Saturday, January 4, 2014

New Year Celebration



It is so yesterday.


Curlasstt mak pagi-pagi lagi dah beromputih bagai. So how's your 2014 treats you so far? Ada cerita/ kejadian menarik yang berlaku dalam masa 4 hari ni? Belum? Sabar.. Ini baru permulaan, ada 361 hari lagi to go! Akan ada banyak lagi cabaran yang bakal menunggu kita.


Aku percaya kedatangan 2014 ni tak sama macam tahun-tahun sebelumnya. Kemeriahan tak terasa, semangat hilang entah ke mana. Ramai yang tak excited untuk meraikannya termasuklah aku. 


Kenapa? 

1. Semakin besar jurang di antara pemimpin dan golongan marhaen. Due to recent floods tragedy kat Pahang & Terengganu dan kos sara diri yang semakin menggila - rakyat dah takde mood nak celebrate new year. Sedang orang-orang biasa macam pakcik makcik bertungkus lumus nak siapkan persekolahan anak-anak, ada segelintir pihak pulak gigih berbunga api bagai dengan konsert-konsert nyanyian merata-rata. Konsert amal? I don't have any idea about that. Adakah itu cara yang betul? 


2.  Pelaburan berjuta-juta untuk projek yang dirasakan tidak penting pada waktu yang kurang sesuai sedangkan rakyat Pahang & Terengganu (especially) kehilangan wang ringgit/ tempat berteduh. Sudah tentu ia menimbulkan kemarahan rakyat.


3. Harga barang makin naik. Bukan setakat barang makanan malah alat-alat tulis pun, dengar-dengar ada sesetengah tol pun naik jugak. Kesian, tak ramai pun ada dapat increment gaji even kalau ada increment pun takkan sebanyak mana pun. Tapi aku berharap aku mampu survive dengan duit yang ada ni, semoga Allah permudahkan. Sejujurnya aku memang takut nak menghadapi tahun 2014 sebab aku tahu kedudukan aku pada tahap mana.


4. Semakin tahun ke depan, semakin kurang cerdik statement yang dikeluarkan. And we will expect the more unbelievable statement from "them".


Aku tak bercakap pasal politik tapi cuma sekadar luahan perasaan seorang aku yang berpendapatan rendah dan aku rasa semakin hari hidup ku rasa semakin kurang selamat di sini. 



Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari pemerintah yang zalim.



1 comment:

mynameisYAT said...

Tak suka Malaysia, keluarrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!

Hahahahaha