Saturday, April 5, 2014

Angkat terangkat bukan satu tiket



Before you open your mouth, make sure you have a mind to back up all the things you say.

Assalamualaikum semua..


How is your holiday? Harap-harap tersengih lebar lah ye tambah-tambah lagi hari ni sejuk je mendung je kat luar. Alhamdulillah setelah berminggu-minggu Malaysia dilanda kemarau, habis hutan terbakar, daun kering berguguran. Allah uji sekejap je rasa dah tak tahan. Macam mana lah nanti kan?


Dalam duk panas tak panas ni ada jugak orang yang suka memanaskan keadaan yang sedia panas ni. Putar belit sungguh ayat kali ni teheee. 


Aku terfikir adakah zaman sekarang ni, orang-orang kita terlalu open-minded? Adakah ia perkara biasa ikut peredaran masa? Atau kah memang ada sekelompok manusia ni jenis yang berfikiran kolot? Tak ikut peredaran masa? I mean that hello ini tahun 2014, kenapa perlu berfikiran macam era 1990 an?


Siapa yang telah mewujudkan hubungan adik, abang, mak, ayah, kekasih ANGKAT? Mengapa perlu berangkat-angkat? Oh, dulu masa kat sekolah rendah aku memang ada ramai kakak angkat. Orang cakap kalau budak yang ada ramai kakak angkat ni memang geng "howttt" kat sekolah. Ooooppss taknak lah komen pasal tu.


Masuk sekolah menengah ada jugak program "Ibubapa Angkat" sebab duk asrama kan. Mak ayah sebenar kat rumah jauuhhhh. 30 minit perjalanan nak sampai sekolah. Jauhhh kan? So, wujudlah program ni supaya ada orang tua memantau kebajikan kami secara lebih dekat.



Thanks google for this pic!


Okay, aku cuma nak cakap angkat berangkat terangkat ni cuma pada mulut sahaja "Eh, dia ni adik angkat I tahu, jangan usik!". Walaupun close macam mana sekalipun, it doesn't give u a ticket to peluk-peluk bila bergambar (lelaki perempuan). Walaupun "Dia ni I dah anggap macam anak kandung sendiri, takkan lah I nak buat macam-macam", huh sedangkan mak ayah sendiri pun dah banyak kes ngap ngap anak - tak payah cakap. Yang takde ikatan persaudaraan yang sah tetap takkan sama dengan original blood. Yang haram tetap haram kan??


Even kakak ipar & abang ipar yang dah join family kita pun ada batas apatah lagi yang takde perjanjian apa-apa kecuali hanya di mulut "Okey, ini kekasih angkat I". Helllooooo.. sedar tak???? I am so annoyed dengan statement orang sekarang ni - tak reti nak berfikir dulu sebelum bersuara. Yang salah tetap salah. Full stop.


Sama-sama renungkan. Daa~





Friday, April 4, 2014

Stream Rose Beauty Products Review



Uolsss, jum sharing is caring. 


Assalamualaikum. Heyyy si cantik jelita semua...


For those yang memang follow blog ni dari awal, mai sini nak bagitau yang misi pencarian aku untuk cari produk kecantikan terbaik belum pernah berhenti lagi. Nampaknya seolah-olah takkan jumpa titik noktah gamaknya hahaha.


Okay, perhatian perhatian! Aku sekarang tengah consume produk kecantikan keluaran Stream Rose Beauty Care. Produk ni diilhamkan dan diformulakan oleh seorang doktor pakar. Bila dengar 'doktor pakar' fuhh rasa tak ragu-ragu sikit pun nak try. Terus sambar.






Stream Rose ada banyak produk tapi so far aku cuma consume 4 benda ni je:





1. Collagen Gold    - untuk kulit tampak tegang putih gebu mulus awwww malas lah nak cakap banyak. Try la sendiri. Pattern: Serbuk. Taste: Berries flavour.


2. Fybermix    - ubat berakkkk. Siapa ada problem nak bernyahtinja boleh amik supplement ni. Aku pun dah start berak hari-hari. At least 2 hari sekali berak tu dah tahap wajib dah sekarang. kalau tak tunggu seminggu baru terkincit-kincit ke tandas. Pattern: Serbuk. Taste: Orange.





3. Capsul 4 Women   - ehem ehem untuk dalaman sesuai untuk orang yang nak kahwin. Aku amik ni bukan sebab nak kahwin tapi harap-harap dapat jumpa jodoh cepat hehehe. Yang ini lebih kepada membuang toksin dalam badan. Bila dalaman bersih maka jerawat akan rasa malu nak muncul lagi. Pattern: capsul macam ubat. Taste: Herba Cina macam nak muntah telan.





4. Beaute Glow   - untuk kulit berseri-seri bercahaya bak mentari pagi di ufuk jingga. *Melampau*. Pattern: macam coklat susu zaman kecik-kecik dulu. Taste: blackcurrant. 


Hasil???


Tunggu lah. Baru 2 minggu aku amik benda alah ni hewhewhew.. Uolssss yang dah consume produk ni meh la sharing is caring. Tell me your result supaya pasni aku tak ragu-ragu untuk continue sampai dapat muka macam Hanez Suraya. Ehhhh???#@%^&







Wednesday, April 2, 2014

Jaga aurat



Assalamualaikum semua..


Dah masuk bulan April, semacam rasa tak percaya. Betul ke ni? Betul ke ni? Jadi sendiri mahu ingat la usia pun makin hari makin meningkat tua bukannya semakin muda.


Bila bercakap mngenai usia yang makin meningkat, apa yang kita harus buat? Okey la, aku tanya soalan, aku jugak yang jawab nya. 


Main point: Selarikan sikap, pemikiran, gaya, social life dan bla bla bla dengan peningkatan usia kita. Susah kan nak stop, kikis perkara yang kita dah terbiasa buat sebelum ni. Susahnya nak start nak pakai baju bersaiz besar, nak pakai tudung tutup dada, nak pakai stokin. Susah hoi susah. 


Mengapa susah?? Sebab kita tak biasa kan diri untuk menjadi seperti itu!! Hari-hari pakai baju ketat, kecik sampai kita rasa benda tu "ala biasa je, takde lah ketat sangat pun". Kan? Kan?


Aurat: satu perkara yang mana paling senang untuk kita kaut pahala kalau kita ikut garis panduan yang ditetapkan dan ia juga adalah satu perkara yang paling paling paling senang untuk kita kumpul dosa kalau terdedah situ sini walau tanpa disedari.


Gulppp. Takut kan? I'm not talking to you yang tak pakai tudung, yang pakai baju nipis, yang pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek pakai legging. No no no! I'm reminding myself as well which is yang merasakan diri ini sudah menutup aurat padahal tidak. Belum sampai tahap menutup aurat yang sebenar. Pakai tudung ada bonggol unta walaupun sikit. Pakai baju labuh lepas paras punggung tapi seluar fit. Pakai dress labuh ala-ala jubah tapi nampak shape. Yer, semua itu aku sendiri yang present kat orang. Huhu.



Well, kalau kita tak start sampai bila takkan berhasil kan?. Why not kita mulakan dari sekarang? Slowly... Insyaallah harap-harap makin lama kita akan rasa selesa dengan pembaharuan ini. 


Untuk memulakan misi ini, apa kata kita:


Beli baju baru setiap bulan at least sehelai memadai. Masuk yang baru, keluarkan lah yang lama yang kecik yang nipis tu. Buat baju tidur malam jew. 


Okay uolsss.. Again, aku sedang mengingatkan diri sendiri yang sesungguhnya sangat jauh dari sempurna. Soon, Insyaallah.


Selamat mencuba!