Before you open your mouth, make sure you have a mind to back up all the things you say.
Assalamualaikum semua..
How is your holiday? Harap-harap tersengih lebar lah ye tambah-tambah lagi hari ni sejuk je mendung je kat luar. Alhamdulillah setelah berminggu-minggu Malaysia dilanda kemarau, habis hutan terbakar, daun kering berguguran. Allah uji sekejap je rasa dah tak tahan. Macam mana lah nanti kan?
Dalam duk panas tak panas ni ada jugak orang yang suka memanaskan keadaan yang sedia panas ni. Putar belit sungguh ayat kali ni teheee.
Aku terfikir adakah zaman sekarang ni, orang-orang kita terlalu open-minded? Adakah ia perkara biasa ikut peredaran masa? Atau kah memang ada sekelompok manusia ni jenis yang berfikiran kolot? Tak ikut peredaran masa? I mean that hello ini tahun 2014, kenapa perlu berfikiran macam era 1990 an?
Siapa yang telah mewujudkan hubungan adik, abang, mak, ayah, kekasih ANGKAT? Mengapa perlu berangkat-angkat? Oh, dulu masa kat sekolah rendah aku memang ada ramai kakak angkat. Orang cakap kalau budak yang ada ramai kakak angkat ni memang geng "howttt" kat sekolah. Ooooppss taknak lah komen pasal tu.
Masuk sekolah menengah ada jugak program "Ibubapa Angkat" sebab duk asrama kan. Mak ayah sebenar kat rumah jauuhhhh. 30 minit perjalanan nak sampai sekolah. Jauhhh kan? So, wujudlah program ni supaya ada orang tua memantau kebajikan kami secara lebih dekat.
Thanks google for this pic!
Okay, aku cuma nak cakap angkat berangkat terangkat ni cuma pada mulut sahaja "Eh, dia ni adik angkat I tahu, jangan usik!". Walaupun close macam mana sekalipun, it doesn't give u a ticket to peluk-peluk bila bergambar (lelaki perempuan). Walaupun "Dia ni I dah anggap macam anak kandung sendiri, takkan lah I nak buat macam-macam", huh sedangkan mak ayah sendiri pun dah banyak kes ngap ngap anak - tak payah cakap. Yang takde ikatan persaudaraan yang sah tetap takkan sama dengan original blood. Yang haram tetap haram kan??
Even kakak ipar & abang ipar yang dah join family kita pun ada batas apatah lagi yang takde perjanjian apa-apa kecuali hanya di mulut "Okey, ini kekasih angkat I". Helllooooo.. sedar tak???? I am so annoyed dengan statement orang sekarang ni - tak reti nak berfikir dulu sebelum bersuara. Yang salah tetap salah. Full stop.
Sama-sama renungkan. Daa~
No comments:
Post a Comment