Monday, April 14, 2014

Tips untuk cantik yang sering dipandang remeh.



Holla.. Assalamualaikum semua..


Siapa kat sini nak cantik? Siapa kat sini nak kulit halus dan gebu? Siapa kat sini nak kulit putih? *kalau boleh tangan kanan tangan kiri kaki kanan kaki kiri aku nak angkat semua sekaligus*.


Tapi berapa ramai yang betul-betul rajin jaga muka? Berapa ramai yang rajin tuang air masak dalam gelas dan minum sebanyak 8 kali sehari? Berapa ramai yang rajin nak tepek masker kalau time tak period? Berapa ramai???? 


Honestly gambar ini tiada kaitan langsung dengan entry yang ditaip.


Kalau ikut petua nenek moyang kita dulu - amik air bekas basuhan beras cuci kat muka, air rendaman daun sirih dalam air panas, air asam jawa dengan kunyit memang takkan terbuatnya lah! Confirm!


So? So? Apa nak buat sekarang ni hoi?


Mengapa kita perlu bersusah payah nak cari petua-petua yang memang sedia rumit tu? Mengapa nak invest duit banyak-banyak semata-mata nak cari produk muka yang sesuai ngan kulit kita? *ini memang rujuk kepada aku*.


Well, aku dah jumpa tips yang memang sangat sangat mudah. Kalau malas jugak nak buat pheww tak tahu lah nak cakap apa kan. Okay, here we go.


Tidur yang cukup!

Ececece.. gambar selari dengan tajuk.

Kita manusia ni memang punya sikap yang sangat pelik. Pagi-pagi masuk je office baru nak start kerja dah menguap bagai. Mengantuk tak usah cakap, nak rabak mulut dikerjakan. Tapi bila balik rumah bukan reti nak tidur awal pun. Why? Why? Okay, start malam ni ayuh kita tidur awal. Rehatkan diri, bagi lah masa sikit untuk sel-sel kulit kita memanjakan diri awwwww.


Tukar sarung bantal/ cadar/ selimut sekerap mungkin!

Oh, ekceli nak tunjuk ni cadar kahwin aku nanti hewhewhew.


Aku percaya tak ramai yang akan basuh benda alah ni macam basuh baju hari-hari. Memang tak! Paling kerap pun normal seminggu sekali. Tapi berapa kerat je yang basuh seminggu sekali? hehehe. Standard satu bulan sekali la, tak pun kalau period dah bocor kena cadar baru lah nak basuh. Tak melampau rasanya kalau cakap ada yang sampai 6 bulan sekali baru basuh. Eh eh dia buat macam nak jumpa dokter gigi kan 2x setahun basuh haha. 

Tips ni sangat membantu sebab hari-hari kulit muka kita especially pipi akan berlaku contact dengan bantal. Nak nak kalau bantal tu dah terkena tempias air liur basi. Ewwww. Camane jerawat taknak singgah kan kalau dah cenggitu keadaannya? Tak kira lagi peluh time kita tidur dah melekat-lekat kat situ. Malam esok gaduh ngan boipren sembam muka kat bantal pulak waduhhhh makin galak la jerawat. So, rajin-rajinkanlah yer.


Cek handphone!

Ni salah satu hantaran kahwin yang bakal aku dapat nanti, senang nak bervideo face ngan orang oversea ke over river ke.. *mimpi lah selagi boleh mimpi hoi*

Bukan cek wassap atau sms atau bla bla bla. Mintak tolong cek kan keadaan persekitaran handphone tu bersih ke tidak. Yelah handphone tu baru je dikeluarkan dari handbag. Dalam handbag tu entah bermacam-macam barang ngan kulit cokelat nya, sikat rambut nya, minyak cap kapak yang dah meleleh keluar ke. Haaa, jaga-jaga. Habuk-habuk ni akan menyerang permukaan kulit lebih-lebih lagi yang punya kulit berpori besar *mohon terasa*. Jangan nak syok sangat bergayut malam-malam okey. 


Berhenti membuli kulit sendiri!

Oh, adakah aku pernah mention yang aku baru je consume Stream Rose Beauty Care baru-baru ni? *selepas beberapa siri produk kecantikan cosmoderm, herbalife, sabun beras siam, de wajah, garnier okey bye!*

Okay, ini memang ditujukan untuk aku. Please hentikan segala eksperimen ke atas kulit muka korang. Jangan tukar-tukar produk dalam masa yang sangat singkat. Maintain je pakai produk sama at least untuk setahun dua tahun ke untuk tengok keberkesanan dan kesesuaian produk tersebut kepada kulit kita. Ini tak pakai ini jadi macam ni pakai itu jadi macam tu sampai tak tahu mana satu dah produk yang betul-betul berkesan dan yang mendatangkan kemudaratan. Fuhhh. 


Ayuhlah sama-sama kita jaga benda-benda yang konon "remeh" sangat di mata kita ni kan. Kalau benda remeh pun tak terjaga, huh jangan cakap benda yang rumit kau mampu handle! haha. 



2 comments:

aienzunnur said...

Basuh.cadar.
Mcm terasa la..haha

Mar Yanie said...

opppsssss..mohon terasa!! haha