Assalamualaikum semua..
Dah masuk bulan April, semacam rasa tak percaya. Betul ke ni? Betul ke ni? Jadi sendiri mahu ingat la usia pun makin hari makin meningkat tua bukannya semakin muda.
Bila bercakap mngenai usia yang makin meningkat, apa yang kita harus buat? Okey la, aku tanya soalan, aku jugak yang jawab nya.
Main point: Selarikan sikap, pemikiran, gaya, social life dan bla bla bla dengan peningkatan usia kita. Susah kan nak stop, kikis perkara yang kita dah terbiasa buat sebelum ni. Susahnya nak start nak pakai baju bersaiz besar, nak pakai tudung tutup dada, nak pakai stokin. Susah hoi susah.
Mengapa susah?? Sebab kita tak biasa kan diri untuk menjadi seperti itu!! Hari-hari pakai baju ketat, kecik sampai kita rasa benda tu "ala biasa je, takde lah ketat sangat pun". Kan? Kan?
Aurat: satu perkara yang mana paling senang untuk kita kaut pahala kalau kita ikut garis panduan yang ditetapkan dan ia juga adalah satu perkara yang paling paling paling senang untuk kita kumpul dosa kalau terdedah situ sini walau tanpa disedari.
Gulppp. Takut kan? I'm not talking to you yang tak pakai tudung, yang pakai baju nipis, yang pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek pakai legging. No no no! I'm reminding myself as well which is yang merasakan diri ini sudah menutup aurat padahal tidak. Belum sampai tahap menutup aurat yang sebenar. Pakai tudung ada bonggol unta walaupun sikit. Pakai baju labuh lepas paras punggung tapi seluar fit. Pakai dress labuh ala-ala jubah tapi nampak shape. Yer, semua itu aku sendiri yang present kat orang. Huhu.
Well, kalau kita tak start sampai bila takkan berhasil kan?. Why not kita mulakan dari sekarang? Slowly... Insyaallah harap-harap makin lama kita akan rasa selesa dengan pembaharuan ini.
Untuk memulakan misi ini, apa kata kita:
Beli baju baru setiap bulan at least sehelai memadai. Masuk yang baru, keluarkan lah yang lama yang kecik yang nipis tu. Buat baju tidur malam jew.
Okay uolsss.. Again, aku sedang mengingatkan diri sendiri yang sesungguhnya sangat jauh dari sempurna. Soon, Insyaallah.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment