Tuesday, April 29, 2014
Dah kurus tentu nak seksi.
Assalamualaikum uolsss..
Siapa yang tak nak kurus? Aku percaya Itu impian hampir kesemua wanita.. Maksud aku kurus tu yang sedang-sedang elok, bukan kurus yang sampai tahap skinny okey. Sekarang ni bermacam-macam produk kurus muncul. Kalau kat fesbuk/ instagram fuhhh tak larat nak scroll down, nampak je terus skip taknak tengok.
Kenapa taknak tengok? Bukan nak cemuh dengan produk-produk tu, bukan tak percaya pada ubat yang boleh kurus dalam masa 5 min... semua tu aku percaya! Cuma yang aku annoying bila tengok testimoni sebelum dan selepas pengambilan ubat kurus tersebut.
Perghhhhh....
Gambar sebelum: Pakai baju kurung saiz xxxxxxxxl, tudung elok je kat kepala.
Gambar selepas: Baju ketat, tudung tak tau ke mana.
Motip nak kurus?? Supaya dapat pakai baju kecik yang ketat? Supaya dapat pakai baju seksi skirt pendek?
Hah, elok lah kalau gemuk selamanya kan????
Aku taknak tepek gambar-gambar testimoni sebelum dan selepas pengambilan ubat kurus. Kang aku upload ngan aku sekali dapat dosa kerana menyebarkan gambar perempuan tak tutup aurat. Setiap kali orang tengok gambar tu, kita pun turut sama memikul beban dosa tersebut kerana disebabkan kita, orang lain turut tengok benda yang tak elok siap kutuk-kutuk lagi.
So, renung-renungkan lah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment