Saturday, July 11, 2020

How Much Was Your First Salary?




Assalamualaikum,



Holla! Seperti tajuk di atas, let's encourage our youths please...


Umur 22 tahun, kerja di Guardian Pharmacy, Giant Seri Kembangan sebagai Supervisor selama 3 bulan (Dis 2010 - Feb 2011). Masa tu betul2 fresh graduated dan dalam misi memburu kerja, ada isteri kepada kawan abang yang duduk menyewa blok sebelah rumah Flat Teratai di Puchong Perdana offer kerja ni. Tanpa ragu-ragu, sis terus ambil peluang sebab nak cari duit poket kan.




Basically, kat Guardian branch ni ada 6 orang staff semuanya iaitu 1 orang Manager, 2 orang Supervisor dan 3 orang Sales Assistant yang berkerja secara bergilir (shift). Shift pagi bermula pukul 9.00 pagi - 6.00 petang. Manakala shift petang pula bermula pukul 2.00 petang - 11 malam. 

1 orang Supervisor akan handle salah satu shift. Masa mula-mula kerja, bos dah brief pasal customer service - what to do & don't. Setiap bulan akan ada seorang Mistery Shopper menilai kami, bagaimana servis yang kami berikan, body language dan macam-macam lagi. Sudah tentu kami tak kenal siapa Mistery Shopper itu. Tugas kami hanyalah perlu sentiasa senyum sampai telinga dan memberi layanan yang sama rata tidak kira beza pangkat, bangsa, warna kulit bla bla bla. 

Akhir bulan akan keluar result siapa yang terkena. Unfortunately, I was chosen!! Dengan komen sebegini "Tidak senyum kepada pelanggan dan tidak membantu pelanggan mencari produk". Puas aku duk pikir mana satu la Mistery Shopper ni ek, dan dan time aku tak senyum jugak la yang dia nak muncul. Mungkin aku tengah gaduh ngan boyfriend ke masa tu, huh!

Well, team mate aku ada 2 orang yang sentiasa berkerja dalam shift yang sama. Diorang ni sebagai Sales Assistant merangkap cashier jugak lah. Kadang-kadang bila diorang rehat, aku kena cover di bahagian front cashier. Bermacam-macam ragam manusia yang aku jumpa tapi ini adalah pengalaman yang sangat berharga. Banyak benda yang aku belajar dekat sini. 

Pertama : Aku belajar cara berkomunikasi dengan betul. Secara jujurnya aku seorang yang sangat pemalu dan pendiam dengan orang yang aku tak kenal. Tapi kerja kat sana, aku perlu berkomunikasi dengan strangers. Yang selalu buat aku nervous kalau ada mat dan minah salleh aduii speaking sampai terbelit lidah dan berterabur gigi. Kalau aku tak faham sangat, aku akan cakap "Sorry, pardon?" sambil meletakkan tangan di tepi telinga. Konon kan kahkahkah. 

Kedua : Perlu ada ilmu. Aku tak diberi tunjuk ajar secara detail pun mengenai produk-produk yang dijual. So, for the first two weeks memang agak struggle bila customer tanya itu ini itu ini. Aku akan jawab sekejap ye, saya tanya kawan dulu. Sampai satu tahap eh sampai bila aku asyik nak bergantung kat orang. Starting dari situ aku study produk-produk yang ada. Aku bukan study satu per satu tapi sambil2 susun barang, belek-belek la kejap label, baca ingredients dan instructions. Tambah menarik, ada jugak customer yang sudi share pengalaman diorang pakai produk. Dalam masa yang sama, aku turut dapat ilmu. Tak kurang juga, habis duit aku beli produk sebab hari-hari duk baca dan tengok haishhh tergugat jugak la wei. Ini memang parah! Yang paling terharunya bila customer datang for the next time tu terus cari aku. Means that, dia selesa la kan dengan kita. Awwww. 

Ketiga    : Keyakinan diri. Baca balik point yang kedua tadi. Bila kita ada ilmu, kita akan rasa yakin untuk berdepan dengan orang dan sentiasa bersedia untuk menjawab pertanyaan.

Keempat    : Orang lain boleh buat, kenapa kita tidak boleh? Pernah selepas 2 hari kerja aku rasa gave up dan nak resign sebab kena marah dengan customer. Aku tengok team mates aku tu relax je, kena marah pun buat tak tahu je lah. Kata diorang, " Kami kena hadap jugak lah kena marah ke apa ke sebab takkan nak berhenti kerja. Kami ni ada SPM je, lain lah hangpa masuk U. Senang nak cari kerja lain". Bila keluar ayat ni rasa tercabar la jugak kan. Benar lah orang kata, diorang ni memang tough sebab diorang pikir diorang tak banyak pilihan. Macam kita yang ada kelulusan akademik ni bila kena marah, sentap dan mula lah pikir aku ada degree wei, aku kerja sini pun sementara je bukan nak kerja tetap. Ego kan bunyi? Eh terasa ke tu? teheee. 

Kelima    : Tak sama dengan alam persekolahan. Bila kerja shift macam ni, jangan expect untuk rehat beramai-ramai dengan kawan. Rehat kena bergilir, makan sorang-sorang, pergi toilet pun sama. 

Keenam    : Jaga solat. Seriously, aku terkejut dengan environment kerja. Memang totally tak sama dengan zaman belajar. Di tempat kerja, bermacam-macam ragam manusia. Ada yang kerja bagus, kejar sales, baik dengan bos tapi bila masuk bab solat kadang-kadang berlalu begitu saja. Bukan nak cakap kita ni bagus. Tak! Cuma aku ni cuba untuk jaga solat. The struggle is real!

Berapa gaji saya pada masa itu? #RM1200. 

Berapa nilai pengalaman & ilmu saya? Sangat berharga.

Kepada adik-adik di luar sana yang baru habis belajar, selamat datang ke alam pekerjaan. Tak mudah dan tak juga susah. Jangan terlalu memilih kerja, yang penting cari pengalaman. Bila jumpa ramai orang, lagi banyak pengalaman yang akan membuatkan kita lebih tough dan tak mudah ditipu. Insyaallah, pasti Allah bantu kita!

Terima kasih kerana sudi membaca. Till we meet again!


Friday, July 3, 2020

Pengalaman Terkena Breast Abscess


Assalamualakum,

Holla!!

Alhamdulillah, menjelma lagi sis kat blog ni teheee.

This time, sis nak share pengalaman yang paling tak dapat dilupakan mungkin juga pengalaman pahit yang pernah sis hadapi dalam hidup iaitu terkena 'Breast Abscess'.




For those yang tertanya-tanya apa itu breast abscess ni, ia semacam ada nanah di bahagian breast atau under aerola disebabkan infection pada susu. Simptom bermula apabila breast membengkak (engorge), mula demam sampai menggigil satu badan, infected area akan bertukar warna merah dan peritnya tidak terkata. Kalau dibiar lama susu boleh jadi akan bercampur dengan nanah.

BREAST ABSCESS – FAQ's - Amrita Clinic

Pengalaman setiap orang tak sama kan, sis terkena breast abscess ni masa dalam pantang anak ke-3. Ceritanya bermula begini.....

Secara jujurnya sis sangat penat melalui proses melahirkan anak dan pantang untuk kali ke-3 ini. Kemungkinan masa tu sis belum ready sebab anak lahir 3 minggu awal dari due date dengan kerja kat pejabat tak sempat nak hand over betul-betul kat oficemate. Tak sampai 1 hari discaj dari hospital, kena warded semula sebab bacaan jaundice anak tinggi. Berkampung lagi selama 2 hari kat wad. Tambah menyulitkan keadaan lagi bila anak pula sejenis high demand baby yang boleh kata menangis je. Celik mata menangis, letak bawah menangis, kita pangku peluk ke dada pun menangis, tidur pulak toksah cakap sekejap sangat. Keadaan badan kita masih lemah lagi kan, jadi emosi sedikit sebanyak terganggu. Masa ni Ya Allah tak boleh nak luah kat orang perasaan stress tu. Duk dalam wad sorang-sorang jaga anak dengan keadaan macam tu, nak tinggal sekejap pergi toilet pun tak sedap hati sebab anak menangis yang tahap meraung tu. Masa tu breast dah mula membengkak.

Dan ceritanya bersambung lagi bila pulang ke rumah. Kitarannya masih sama, anak menangis menangis menangis sampai ibunya pun menangis sama haha. Tiba-tiba satu hari tu badan rasa menggigil-gigil, haa ni tak bukan sah la kena bengkak susu. Sebelum ni pun sis dah terbiasa kena bengkak susu. Cuma kali ni pelik sebab terperasan ada satu ketulan kecil kat area breast. So, sis terus ke Klinik Ramli, Gua Musang nak jumpa my favourite doktor Dr Adaviah tapi masa tu doktor takde, yang ada nya doktor ganti. Nak tak nak kita jumpa jugak lah. Beliau consult dan bagi ubat antibiotik. Pulanglah sis ke rumah dengan misi memperhabiskan ubat antibiotik. Unfortunately, ketulan kat breast tak surut malah makin membesar. Then, pergi lah daku ke klinik lain pulak. Ceritanya pun sama, doktor terus bagi ubat antibiotik yang lebih kuat katanya. 

Selang beberapa hari, keadaan masih tak okey malah bertambah sakit sampai nak menyusukan anak pun dah tak boleh. Nak tidur mengiring tak boleh, berdenyut-denyut. It worsen bila affected area tu tak boleh contact dengan apa-apa pun sebab dah sakit sangat. Sis kembali ke klinik yang sama sebab takut. Dalam fikiran ni toksah cakap lah bermacam-macam benda menerpa. Cancer ke ni? bla bla bla.. Doktor cek dan terus cakap ini satu proses kulit nak pecah dan akan keluar nanah. So, tunggu ia pecah masa tu picit dan nanah tu akan keluar habis. Pastikan nanah keluar dan bersihkan betul-betul. Doktor ajar cara-cara nya. So, sis pun angguk faham. Tak terbayang pun proses tu sangat menyakitkan haha.

Duk sehari lepas tu, sis pergi ke klinik 1st tadi dan Alhamdulillah Dr Adviah ada. Terus sis masuk dan cerita semuanya apa yang dah berlaku. Doktor agak terkejut dan terus suggest suruh pergi kecemasan sebab tak boleh buat apa dah ni melainkan operate buang nanah. Sis masa tu rasa tak percaya bila dengar perkataan operate. Takkan sampai kena operate??? Doktor cakap kalau awak nak tunggu ia pecah tak tahu bila. Memang takde harapan nak tunggu pecah sendiri. Masa tu terus terbayang anak kecik kalau aku masuk hospital ni macam mana dengan anak. Doktor pun remind juga supaya jaga kesihatan diri dulu baru boleh jaga keluarga. Terus sis menangis kat situ.

Selepas buat perkiraan dengan suami, akhirnya kami decide untuk ke Hospital KPJ Perdana hari tu juga. 3 jam perjalanan ke KPJ. Sesampai je kat sana dah pukul 5 petang, terus daftar dan masuk ke wad kecemasan. Doktor datang cek semua dan ada juga lah doktor consult kemungkinan kalau buat operation ni takkan di cover oleh insurans sebab melibatkan post-natal. Sis dah tak boleh hadam dah, biar je la boleh claim insurans ke tak. Janji sis nak cepat-cepat habis proses paling menyakitkan ni. Diberitahu juga yang doktor akan in-charge operation ni adalah Dr Hamid which is LELAKI. I've no choice. 

Pukul 6.30 petang, sis ditolak ke wad. Dalam perjalanan ke wad, nurse banyak la jugak tanya. Ni anak pertama ke? Tak, anak no 3. Semua terkejut sebab kata diorang kebiasaannya berlaku untuk anak 1st. Lepas tu ada la sorang nurse bercerita pengalaman dia jugak. Masa tu dah seram sejuk seram sejuk daku mendengarnya. Tak lama kemudian, Dr. Hamid datang ke bilik dan tanya apa yang dah berlaku. Akhirnya doktor info yang operation akan dibuat pada esok hari pukul 10 pagi dan sedikit briefing mengenai operation. So, kena start puasa serta-merta. Memang sis pun tak lalu makan dah memikirkan sakit ni dengan memikirkan anak lagi.  

Pukul 10 pagi esok bersiap-siap lah ku untuk ditolak ke bilik OT. Fully bius dan sis terlelap. Pukul 12 tengahari tersedar dan semua settle. Alhamdulillah syukur. Terlalu banyak nikmat yang harus ku syukuri. Dikurniakan suami yang sangat supportive di saat ku hadap semua ni, Allah kurniakan kesihatan dan kemudahan pada mak untuk jaga cucunya, pada masa yang sama kakak iparku pun baru dapat anak juga, disusunya anakku yang kelaparan menangis mencari susu ibu.

Allahu, menangis bila teringat pengalaman ni. 

Selepas pulang ke rumah, jadi rutin selama seminggu untuk habiskan ubat antibiotik dan cuci kat bahagian operate. Cuci sendiri je kat rumah. Pastikan sediakan kelengkapan RinsCap Normal Saline Sodium Chloride Irrigation Solution, gauze swab dan wound dressing adhesive (pelekat).




Gambar ihsan google



Sekian mengenai pengalamanku terkena breast abscess. 

Moral of the story:

"Jaga kesihatan diri sendiri dulu, baru boleh jaga keluarga kita dengan baik"

Be positive and always stay positive. Insyaallah semua akan baik-baik sahaja. 

Till we meet again!

Saturday, June 27, 2020

Pengambilan Supplement Untuk Kalsium


Assalamualaikum,

Holla! 

Entry kali ini adalah rentetan dari entry yang aku post sebelum ni iaitu berkaitan dengan Carpal Tunnel Syndrom (klik sini). Untuk pengetahuan juga, bermacam-macam cara dah aku cuba buat. Orang suruh pergi mengurut, kita dah buat. Doktor pun pernah buat referral letter kepada pakar dan aku perlu melalui proses fisioterapi. Fisioterapi juga merupakan salah satu kaedah rawatan secara manual teknik dan berdasarkan kajian. 

Gambar kat bawah ni adalah cara-cara yang diajar semasa fisioterapi. Memang fokus kepada pergerakan tangan. Dalam banyak tatacara ni, yang paling susah nak follow ialah genggaman tendon dan otot genggaman sebab jari rasa lemah sangat. Sekali je pergi fisio lepas tu kita boleh buat kat rumah je follow pada step yang dah diajar. Alhamdulillah, at least ada improvement. 

Gambar ihsan; Google


Selain daripada itu, aku juga cuba cari alternatif lain iaitu melalui pengambilan supplement. 

Nak tahu supplement apa yang aku consume?  

Brand VitaHealth: LiCal Complex adalah khusus untuk kalsium manakala Vita-Lac pula khusus untuk postpartum nutrition.

Sebelum aku consume brand VitaHealth ni, aku dah cari bahan bacaan kat facebook, google, tanya kawan sana sini. Hasil dari bacaanku, actually it depends on individual la kan. Tak semestinya sesuatu produk tu sesuai untuk orang lain, kesannya akan sama pada kita kan. Kita memang kena try & error. Jangan terus claim yang produk ni tak bagus kalau tak serasi dengan kita. Bila sebut pasal produk kesihatan ni, aku lebih prefer beli produk yang clinical test proven atau dari drug store.

Bagi aku, LiCal Complex sedikit sebanyak membantu dalam melegakan sakit. LiCal Complex tu sendiri mengandungi Boron iaitu sejenis mineral yang berupaya dalam membantu penyerapan kalsium yang lebih berkesan dalam badan. Seperti yang kita tahu yang kalsium penting untuk menyokong tulang dan gigi. Ia juga penting dalam pengawalaturan pengecutan otot, pembekuan darah dan fungsi saraf. 

Perlu diingat juga, dalam kita duk syok ambil supplement ni sangat penting untuk ambil dalam kuantiti yang tertentu agar badan dapat menjalankan fungsi dengan normal. Kalau terkurang atau terlebih juga mungkin boleh memberi kesan mudarat pada kesihatan kan. 

Lastly, aku tak cakap yang produk ni sangat bagus atau berkesan. Cuma nak share dengan korang la yang tengah survey supplement khusus untuk kalsium ni. Sekurang-kurangnya pilihan tu dah ada kan. Jangan lupa refer kepada pharmacist, diorang lebih pakar dalam bab ni. That's why lah aku lebih suka pergi farmasi sebab macam-macam boleh tanya sebelum nak membeli. 

Harga? Masa aku beli tempoh hari tengah ada promosi untuk value pack (2 botol = 2X60 softgel) dengan harga RM 125.

So, sila lah survey dulu ye dan selamat mencuba! Aku doakan kita semua yang sedang alami sindrom kebas tangan (Carpal Tunnel) kembali sihat. Insyaallah.