Wednesday, February 15, 2012

Alah bisa tegal biasa



Hulamakk, pagi-pagi dah berperibahasa kemain lagi. Assalamualaikum kamu, kamu dan kamu. Ye la, belog ni cuma ada 2 3 orang je yang tegar membaca walaupun follower beratus-ratus ngeh ngeh ngeh.


Siapa yang tak tahu peribahasa 'Alah bisa tegal biasa'? Takpe. Saya pun ingat-ingat lupa, baru teringat beberapa minit lepas terus google maksud. Alah bisa tegal biasa ialah sesuatu yang susah atau sukar dihadapi dapat dibuat sekiranya kita biasa melakukannya. Paham murid semua?


Setiap orang ada perkara yang dia rasa susah sangat nak buat tapi untuk sesetengah orang tak pulak. Macam saya, perkara yang paling susah adalah


Tak boleh tak tido lepas Subuh 
  • Konon nya kalau tido 5 min pun jadi la. Eleh, kalau dah tido tak usah la nak berangan tido 5 min. Mahu nya sampai satu dua jam kan. 
  • Dulu selalu buat macam ni. Bila pikir balik apa faedah yang kita dapat? Tidur yang cukup? Puas hati? Menyesal ok, Bangun pukul 10 pagi misalnya. Mandi, sarapan dah amik masa 1 jam. Dah kenyang bukak tv or buat keje la sikiiiiiiiit. Eh dah pukul 3? Masak! Perut lapar. Siap masak pukul 5. Petang-petang orang tak buat keje dah. Otak dah tak efektif masa tu. Pejam celik dah malam. Bila malam kan sesuai untuk merehatkan badan, tengok tv. Then, bila masa nak cari keje? Haish

So, saya dengan nekad mengambil keputusan untuk berubah!! Mula-mula memang payah jugak nak tahan mata jangan tido. Bila dah lama, okay la. Tapi bila kita dah terbiasa bangun pagi, jangan sesekali cuba untuk tido sekejap ke ape ke. Nanti jadi terbiasa ulang habit lama yang takde pekdah!

P/s: skang ni tengah cuba kurang kan main fb. Tak boleh, pls help me.





3 comments:

muhyiddin yassin said...

abih tu klu br balik dr amarika smpai lam klu 8pg letih tu...nk tdo gak hu2

mynameisYAT said...

muhyiddin yassin, bkn dr afrika?

myani: ko deactivate je FB tu.

Mar Yanie said...

en muhyiddin..x kan asyik berulang alik dari amerika tiap2 ari? hek3..

yat..aku ingat camtuh jgk.nk deactivate.tp takut peminat aku tertanye2 plak.huarghhhh