Friday, February 10, 2012

Kesibukan yang melanda



Semenjak dua menjak ni (padahal baru je semalam), aku dah buang topeng lama aku. Topeng yang mana? Malas, suka buang masa bla bla bla. Lepas tu aku pikir kenapa la tidak dari dulu lagi aku berubah. Takde rugi sikit pun kalau aku berubah. *Sigh*


Lately, aku sungguh busy. Busy ngan kerja yang berlambak yang aku suka tangguh (padan muka), dan juga busy apply kerja-kerja lain. Kalau awal-awal masa aku mengajar kat sini dulu, sempat jugak la aku belek-belek henpon, connect wifi free kat office ni tapi sekarang sape yang mesej, habis waktu sekolah baru aku perasan mesej.


Apa yang aku buat?






Ow, cekdu kena tanda buku sekolah murid. Suka tangguh-tangguh, sekali harung tanda 5 kelas mahu patah tangan. Ink pen merah pun dah pudar ngeh ngeh ngeh.




Kadang-kadang aku busy main benda ni. Word Search. Dah addicted dah pun.




Mungkin aku baru sedar yang aku tak punya apa-apa, duit takde, kerja yang menjamin masa depan belum ada, pengalaman kerja pun seciput jer, yang aku ada cuma henpon Samsung Galaxy Y jer.... ;P    hehehehhe


Aku pun nekad nak cari kerja, yang totally lari bidang pun aku apply jugak. Aku tak kira, kalau rezeki nak datang, kita mane tahu kan.






Dan sekarang demam NOVEL!! Ini la kesibukan aku yang paling utama! Sibuk membaca novel. Jangan terkejut, sekarang aku bercita-cita nak menulis novel la. Uweeekkk. Padahal esei Bahasa Melayu aku tak pernah pilih untuk tulis cerpen. Aku suka buat esei fakta memanjang. Hahahaha. Tapi mane tahu suatu hari nanti aku akan jadi novelis macam Arini Eva? :P







No comments: