Friday, February 17, 2012

Berdikari


Berdiri Di Atas Kaki Sendiri



Argghhh, too cliche right tajuk nye. Tapi takpe la, hentam saja lah. Maksud berdikari ni terlalu luas, boleh didefinisikan dari pelbagai aspek. Yang paling orang tahu cakap kalau duk jauh dari family masuk asrama or tinggal kat rumah sewa tu namanya berdikari. Betol ke?




Ada kaitan ker? Tak kesah la kan.




Bergantung pada pendapat individu masing-masing la kan. Aku punya cerita lain pulak. Dulu masa form 1, dapat masuk asrama. Jauuuuuuuuhhhhh sangat. 1 jam setengah perjalanan. Kira jauh la jugak kan. Tapi tiap-tiap hujung minggu, mesti call "Ma, datang ye ari Sabtu. Baju busuk ni dah berbakul. Nak basuh tangan pulak tak leh kena sabun. Allergic! Datang tau tolong basuh kan"... Haaaa, itu la yang dinamakan berdikari hoi lalalalalalala


Then, masa aku dapat offer jadi cekgu ganti kat SMK Banting dulu memang tak risau sangat sebab kakak ade kat sekolah tu jugak. Seminggu pertama mengajar, aku dilayan macam raja. Kakak aku tolong belikan makanan, kakak aku tolong ajar tulis buku rancangan pengajaran harian, budak-budak melawan dalam kelas aku mengadu kat dia jugak. Nama je cekgu tapi masih lagi bergantung pada orang lain. Tak patot.


Masa kerja kat Tesco Kepong 7 bulan lepas, sama jugak hal nya. Memang aku duk sorang-sorang terbuang kat area Kepong yang penuh dengan anjing, tapi kalau ada cuti mesti aku balik umah abang kat Puchong. Tak pernah sekali pun aku balik sendiri naik KTM ke apa, mesti paksa abang suh datang amik. Umur 23 tahun masih lagi perangai macam tu?


Sekarang? Ye, di sini, pada waktu dan ketika ini aku mengenali ape itu berdikari dalam erti kata yang sebenar. Aku mengajar kat SMK Usj 23 ni tanpa kenal sape-sape. Aku kena cari orang, tegur. Aku ni dulu bukan jenis yang peramah sangat, nak tunggu orang datang tegur dulu baru boleh geng. Tapi semenjak berkerja ni, aku dah tahu nak bergaul macam mana. Alhamdulillah.


Jadi, untuk membuktikan aku ni seorang yang berdikari, aku terpaksa terima tugas-tugas yang telah dilemparkan kepada aku. Cekgu kaunselor suh bagi ceramah kat murid-murid Form 2. Wahh, bermotivasi bagai la aku kan. Diri dah sedia hipokrit bertambah hipokrit. Gagagagaga. Kang tak terima, orang mengata pulak kita ni satu kerja pun tak boleh buat. 


Lagi? Aku terima tugas untuk mengajar Kemahiran Hidup (Kemahiran Teknikal). Tugas aku mengajar budak lelaki yang kuang ajar. Takde lagi kakak yang boleh aku mengadu. Uwaaaaa. Aku jugak mengajar Pend. Seni. Seni apa yang aku nak ajar? Nak lukis keda belang dengan roda basikal pun aku suruh anak murid tolong lukis kan. Alasan aku "Saya nak awak praktikkan, saya tak nak tunjuk. Saya dah pandai". Cover terbaik punya.


Ada lagi! Sekarang aku ngah bertungkus lumus siapkan kertas peperiksaan Pendidikan Seni. 50 soalan objektif. Nampak senang kan? Baru siapkan 15 soalan tapi otak aku ni dah takde idea. Pend Seni ni bukan banyak mana pun belajar, alih-alih pusing soalan sama. Lepas ni pulak, aku terlibat dengan mesyuarat PIBG. Wuuuuu, dah lama tak dengar PIBG kan? 


Okay, bagi aku berdikari ni bukan setakat berjauhan dengan parents je tapi lebih dari itu. Contoh; Membuat keputusan sendiri, mencorakkan masa depan sendiri, buat kerja yang orang bagi tanpa merungut or menyusahkan orang lain. Aku? Masih belum berdikari sepenuhnya lagi tapi sedang ke arah itu. Insyaalllah. Amin.













3 comments:

mynameisYAT said...

terbaekkkkkk.. msti dorg rs sedih bila nak tinggalkn ko nnt.

Mar Yanie said...

huarghhhh..diorang bersorak nti weh..

Ybhg. DS najib said...

saya pun nk jd cikgu gak..tp x diberi peluang..nnt sy suh muhyiddin nekkan gaji cikgu hik2