Tuesday, May 22, 2012

As the day goes by....



  We were being so matured...



Last weekend, kami buat reunion kecil-kecilan. Seronok tapi rasanya lebih seronok kalau semua orang ada. I mean, my besties sobsobsob. Reunion bermula selewat pukul 3.00 pm hewhewhew. Tunggu Ain habis keje, tunggu bus Zara lagi dari Johor, pegi pungut Yati kat UPM dan Aida kat Sungai Besi. Then, terus bergerak ke Taman Wetland, Putrajaya. Pagi tu ada masa terluang aku dah prepare nasi briyani tak gam. Memang planning nak berpicnic. Tapi malangnya pinggan tak bawak, sudu entah ke mana, finally end up makan kat restoren tapi curik-curik bawak masuk makanan sendiri. Kami weols dah beli air sorang satu. Takdela rasa bersalah sangat kan.

Tak senonoh kan, dah selesai makan tapi malas nak basuh tangan. ;)

Lepas tu, weols straight menuju ke Taman Botani Putrajaya. Memang cantik giloss la pemandangan lebih-lebih lagi ada 5 6 pasangan pengantin tengah shoot post-wedding kot. Weols cuci mata, sambil-sambil mencari idea warna tema kahwin weols nanti ekekekeke. Jalan-jalan punya jalan-jalan jam dah tunjuk pukul 7. Weols terus gerak ke Masjid Besar Putrajaya. Subhanallah, cantik yang amat rumah Allah ni. Lagi menguatkan hati aku nak pegi buat umrah kat Tanah Suci Mekah ;)


@ Masjid Besar Putrajaya



Lepas solat maghrib, weols ingat nak pegi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Memang dah sampai pun. Aku pernah pegi 2 minggu lepas survey tempat exam PTD malam tu. Dari atas PICC tu dapat skodeng the whole Putrajaya. Sangat cantik. Terima kasih Tun Mahathir, u're the best! Tapi sayangnya PICC closed. Pak guard pergi tengok final bola kot. Actually, petang tu kami dah panas hati sebab terpaksa menunggu kereta-kereta konvoi "oghe-oghe" Kelate sambil kibar bendera. Haish, mahu 20-30 minit jugak menunggu trip konvoi tu abis.


Saya dah rindu semua orang.


Tapi dalam banyak aktiviti, paling seronok adalah sesi "pillow talk" dengan Zara dan Yati. Ain dah selamat layan mata, driver la katakan. Penat amat la teww. Weols pillow talk benda-benda yang berfaedah hokay. Macam tajuk kat atas tu, semakin meningkat usia, semakin matang cara percakapan, makin matang cara pemikiran. Topik hangat; Isu politik, isu 1 Malaysia, isu perkauman. Tak percaya? Weols sendiri pun tak percaya teheee.


Keesokkan harinya, tinggal 4 orang sajorkk. Aida dah dihantar ke rumah nye sebab ada catering. Biasalah, orang busy. Siapa yang nak tempah roti jala sekitar Ampang, boleh contact aku. Nanti aku inform kan pada Aida ;D.. Satu aktiviti yang tak pernah tercicir dari senarai....KARAOKE!!!  Mungkin satu sebab kenapa kami bersama. Punya satu hobi yang mutual iaitu menyanyi dengan sumbang nya. Main redah je la.. ;D




Tak cukup mic, botol pun jadi la zara ye ehehehe..


Pukul 4.00 pm, akhirnya kami bersurai. First hantar Yati balik UPM, then hantar Zara ke TBS naik bus. Pastu Ain hantar aku. Tiba-tiba je satu persaan muncul. SUNYI. Serious sunyi. Aku mesej Yati malam tu planning nak pergi tido dengan dia tiap-tiap hujung minggu. Ouchhh, dat moment was so tacink hokay. Rupa-rupanya Yati pun rasa sunyi jugak.Aku rasa aku nak berhijrah tinggal kat UPM. Nak pindah terus tehee..


K la, bye-bye~


Till we met again...............



No comments: