Friday, May 18, 2012

Diari seorang guru ganti.



Holla... penat nya melalui hari-hari dalam minggu ini. Minggu terakhir aku mengajar kat SMK USJ 23. 4 bulan lebih mengajar, cukup untuk buat aku rasa sangat 'attached' dengan semua benda yang ada kat sekolah ni.


Aku perasan ramai jugak cekgu cekgi yang sedih nak melepaskan aku *bluweeeekkkk*, supaya mereka tak perlu masuk kelas aku nanti untuk gantikan mengajar hahaha. Kalau ikut kontrak, due date aku jadi cekgu ganti sampai 23 Jun 2012. Kenapa besarkan date tu? Sebab date tu jatuh pada date birthday aku!! hehehe.


Tapi mungkin 'cekgu' bukan profesyen yang sesuai untuk aku kot. Nampak macam sesuai, elok, molek tapi tak semestinya sesuatu perkara yang kita anggap baik untuk kita, mungkin Allah dah tetapkan ia bukan yang terbaik. Aku percaya rezeki Allah ada di mana-mana saja. Insyaallah.


Jadi, lepas berpikir dua tiga kali, aku amik keputusan untuk terima tawaran kerja kat satu tempat ni, tak perlu cakap la kan. Yang penting dekat dengan rumah, gaji okay, suasana okay....harap-harap semuanya OKAY la ye. Jangan 2 3 hari keje dah mula pikir nak berhenti. Insyaallah, aku nak cuba keje untuk suatu tempoh yang lama, mungkin sampai tua.


Pengalaman sungguh mendewasakan aku. Selepas beberapa siri kekecewaan yang aku alami, aku mahu bangkit. Takkan selamanya aku kat sini. Thank you so much. You have made me stronger than yesterday. You? Siapa? Pengalaman la. Ahhh, malas aku nak pikir benda-benda yang menyerabutkan otak. Mengarut ajew.


Petang tadi, cekgu cekgi buat jamuan kecil-kecilan untuk aku. Terharu dan sedikit rasa sebak. Tak sangka aku pun dihargai sebegitu rupa. Cekgu ganti sajorrkkk kan. Makan nasi beriani free, sedap memang terbaik. Pesanan dari cekgu membuatkan air mata aku bergenang. Thank you all, cekgu-cekgu semua sememangnya baik dan tak lokek beri tunjuk ajar.


I have learned so much here. Di sekolah ni aku jadi seorang yang sangat garang, sekolah ni beri peluang kepada aku untuk menunjukkan sisi lain dalam diri aku. Tak sangka aku ni bersuara lantang jugak. Ramai murid takutkan aku teheee. Ini serius tak tipu.


Kat sekolah ni aku digelar "alaa, cekgu yang pakai spek tewww", "Puan Mariani", "cekgu gangster"... Nasib baik la murid tak gelarkan aku "cedgu yang manyak jerawat tewww" hahaha. Itu bermaksud muka iolsss dah flawless hokkay lepas makan collagen de'herbs..:)


Kepada "adik" muridku, thank so much cekgu ucapkan kerana menjadi sebahagian daripada pengalaman terindah cekgu. I'm going to miss uols after this. Rindu apa? rindu nak maki dan pukul korang..*wink* Dengarkan pantun cekgu yer;

Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi. 
Kalau ada umur yang panjang, sampai kita bertemu lagi.

*gila oldskul pantun.


3 comments:

mynameisYAT said...

kah3! lawak dowhhhhh. cekgu byk jerawat. syes kalo aku jd cekgu tah2 tu gelaran iols! so ape profesyen tbaru uols? ok?

Mar Yanie said...

aku nk citer, nti la aku buat entry pasal keje baru..siyes lawak hokkay.smlam aku tido lambat. bgn awal kul 5 pg. kpale dh ting tong. masuk keje, senior duk ajar2 guna software die, ntah bile masa aku bley terlelap.. gile lah..jatuh maruah iols hokkay!!

mynameisYAT said...

haishhhhhh! 1st day maruah sbgai seorg yg lertopssss dah tcalar!