Tuesday, May 15, 2012

Selamat berhari guru



Saat-saat akhir bersama murid-murid, tiba2 je rasa sayu sangat. Kenapa sayu sangat ni? Hampir 5 bulan aku bersama diorang. Masa aku banyak dihabiskan melayan kerenah diorang. Kadang-kadang aku anggap diorang macam adik-adik, tapi kadang-kadang ada jugak fefeeling mokcik-mokcik. Aku suka membebel sampaikan diorang cakap "Cedgu ni membebel macam mak saya la".


Tapi saat-saat akhir ni lah aku di beri keje yang bertimbun-timbun. Tensyen jugak la. Tapi aku gagahkan diri, kena siapkan jugak sebelum Jumaat ni. Harus tinggalkan skolah ni dengan good impression pada cekgu cekgi. Dalam aku duk bersedih, Alhamdulillah aku masih lagi mampu tersenyum, tergelak sorang-sorang bila marking paper ujian PBS Form 1.. Meh tengok sikit ape benda yang kelakar tu..



Soalan; Tuliskan satu esei ringkas untuk menerangkan kepentingan sains dalam kehidupan seharian.

Jawapan;
Pagi tadi saya ingin ke sekolah tetapi mula-mula sekali saya mesti menggosok baju saya dengan menggunakan sterika. Dan sterika juga mengandungi haba dan juga kepanasan untuk menyeterika baju. Selepas itu saya pula menaiki kereta. Di dalam enjen kereta pula mengandungi minyak yang mencukupi. Selepas itu saya ternampak Cikgu Mariani memegang telefon. Di dalam telefon mengandungi chip dan menggunakan simkad.

Seriously, sangat comel jawapan. Full mark okay sebab die menerangkan 3 kepentingan Sains dalam kehidupan kita.

  • Yang pertama; Memudahkan kerja rumah seperti menggosok baju. Sterika dicipta menggunakan konsep haba. Seperti yang kita tahu haba salah satu sumber yang sangat penting dalam kehidupan kita.
  • Yang kedua; Pengangkutan. Dengan ada nya kereta, bas, motor kita boleh bergerak ke mana saja walaupun jarak jauh.
  • Yang ketiga; Perhubungan. Kecanggihan alat telekomunikasi sekarang ni membantu menghubungkan manusia walaupun berada jauh beribu batu.

Semoga berjaya anak-anak ku. Cekgu tinggalkan kamu supaya kamu boleh mencorakkan masa depan sendiri... Gonna miss uolssss...

Happy teacher's day~







2 comments:

Unknown said...

Terima kasih, cikgu...
:)

Mar Yanie said...

sama-sama..;)