Belakang yang ada kabus tebal macam asap tu adalah puncak gunung kinabalu *memoir in Sabah*. |
Cuma aku agak terkilan kenapa aku tak jumpa seseorang kat sini macam kisah Ammar dan Nadira. Mungkin sebab aku tak panjat gunung tu, cuma berlegar-legar di kaki gunung. Kaki gunung? Yang tu pun aku tak sampai lagi kihkihkih.
Honestly, aku nak Nadira dan Ammar bersama sebab mereka sangat secocok, punya tarikan yang sangat dasyat meskipun kerana jantung itu. Jantung? Tak kot, memang diorang suka sama suka la *tiba-tiba emo*.
Bazli, kesian kau. Nampak macam patung bernyawa dah sekarang ni. Muka macam orang dah kehilangan jiwa raga, hati seolah-olah hancur luluh pecah berderai bak kaca, dan nampak macam meneruskan hidup dengan hanya melihat kebahagian pasangan itu. Jangan sampai kau jadikan Tira sebagai tempat persinggahan sementara. Kalau belum bersedia, jangan mencari cinta lain. Pulihkan dulu hati mu yang berdarah itu.
Kita yang menonton ni rasa macam nak cakap je kat Bazli "Takpe awak, lupakan Nadira. Saya ada, saya rela mencurahkan rasa kasih pada awak, meh kita kapel. Kalau awak setuju, saya janji akan membahagiakan awak dan takkan sesekali berpaling dari cinta ini", ewaaahhh....
Dan tak kurang juga ada yang rasa nak ketuk-ketuk kepala Nadira kenapa, mengapa dan bagaimana Nadira boleh lupakan pengorbanan Bazli? kenangan lama bersama Bazli? pahit manis yang dilalui bersama? siapa disisinya sewaktu dia sakit? Kenapa Nadira sanggup menari di atas tangisan hati seorang lelaki bernama Bazli?
Tegarnya kau menari di atas tangisanku.....kau permainkan ku sesuka hatimu.........sudah cukup cukup sudah...cukup sampai di sini saja.....lalalalalalala (harap-harap ada adegan Bazli nyanyi lagu ni kat Nadira)
Okay, sekarang beralih pulak kepada Nadira. Kalau aku di tempat Nadira, di dalam kasut dia, hati aku mungkin akan berperang, mungkin jua buntu mana satu yang harus dipilih. Tak boleh terus menganyam kasih dengan dua orang lelaki pada satu masa. Nak tak nak, aku harus dan mesti memilih. Lalu, aku akan pilih Ammar sebab aku merasakan Ammar adalah jodoh ku. Orang lihat aku mungkin kejam, tapi percayalah Ammar cuma terlambat sedikit sebelum Bazli.
Perlukah Nadira korbankan hati dan perasaan melihat orang yang dia sayangi merana?? Bazli, yang disayang-sayang. Sebab terlalu kasihkan, terlalu sayang lah, Nadira perlu lepaskan dia pergi. Hati Nadira sudah pada Ammar, mana mungkin dia boleh terbitkan jiwa nya pada Bazli walaupun perasaan sayang dia masih menggunung pada Bazli. Bayangkan kalau mereka teruskan perhubungan ini, bahagia kah? Satu hati saja yang bertarung sedangkan satu lagi sudah give up. Tiada lagi kemanisan dalam cinta itu.
Bukannya ku tidak suka sama kamu tapi aku takut hidup kau kan sengsara, kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain............ (Anak Kampung)
Betul, cinta perlukan pengorbanan. Sekuat mana cinta itu, walau seagung kisah Shah Jehan, segewdikss cinta Romeo pada Juliet, ada lagi cinta yang Maha Agung. Cinta kepada Allah.
Kau teliti ayat ni baik-baik, "Kerana aku telah bersedia, aku boleh menghadapi keadaan ini kerana aku tahu, kebarangkalian ini mesti terjadi...andai saat kau dah sayang pada sesuatu itu, kau sayangilah betul-betul, semaksimum yang kau boleh, namun kalau saat itu dia harus pergi, kau kena lepaskan dan dari situ kau akan belajar "ikhlas".. (jumpa kat sini)
Ikhlas lah duhai hati, lepaskan ia pergi semoga yang datang nanti juga akan ikhlas dengan mu. La Tahzan, jangan bersedih lagi..
16 comments:
tak setuju dgn tindakan nadira dan ammar!dan setuju bila bazil pilih tira. nadira n ammar tu tlalu kejam.
dat's life!! dh takdir mcm tu khen, kita hnya mampu merancang, Allah menentukan segalanya.. ikhlas dr abe hadi ku...kikikiki
kakak fatimah syarha aku pulak kate (dlm buku dia, sebarkan cintaMu)sebelum kita sebut pasal takdir, kita ada pilihan. sebelum sesuatu tu tjadi, kita blh pilih, guna akal utk tentukan baik buruk dan buat pertimbangan. lepas kita buat pilihan, barulah itu namanya takdir. jadi setiap apa yg berlaku dlm idup kita, jgn sebut je itu takdir.sbb sblum takdir, kita ada pilihan.sekiah, hehe
haishhh..nk mengalahkan pendapat abe hadi aku la tewww!!!
klu kite sayang kan sesuatu tu, kita lepaskan ia pergi..klu ia kembali, itu milik kita.. *sorry, quote basi* gagagaga
aperkahhh kau berdua? emm kalo aku pon xtau nak pilih sape.. ammar kot. tahla, yg penting bcinta biar ikhlas, bahagia, rela.. :)
khennn???..aku n yatt di team ammar!! :D bazli x usah la menagih cinta dira lg sbb cinta dira dh beralih arah..DAN Bazli x perlu cari org lain, rawatlah luka yg terpendam di lubuk hati yg plg dalam dulu sebelum mencari pengganti..wakaakakaakaa
aishh, aku xnak dira n bazli. bazli dayus klu dia trima dira balik. tgk x episod ari ni, dira merayu2 kat bazli suh kawen dgn dia?wahaha..dira yg menagih cinta bazli ok. smpi bazli jd keliru, kesian tira.dira xlayak utk bazli, n xlayak jugak utk ammar. dira kena muhasabah diri dulu. =p
aku dah agak, amie akan emo dgn dira! well well well.. aku pon benci ppuan itewwww!
newey, utk myani, tu gambo ko zaman bile? heheh
aku sbenarnye di pihak bazli, kesian die tapi kadang2 hidup ni kejam.. br mencabar.. eheh tiba2..
untuk dira, x usah la meludah ke langit then nk jilat balik ptuihhhh tu..
untuk ammar, terimalah apa2 kemungkinan yg kan berlaku.
untuk tira, mulakan hidup baru bersama org lain.
untuk aku; tinggalkan seketika cinta duniawi, buru cinta hakiki.insyaallah smpai masa, jodoh turun dr langit.
untuk amie; cari la lelaki bergelar ustak.
untuk yatt; deymmmm!!! ni picca iols taun 2010, umor 22 taun..nmpak berhengus amat ka?
*sorry, dh melalut..harharhar
yat: apesal gaya penulisan ko dh mcm ala2 safwan gitewww?
yanie: wahaha..cikgu yg ajar skolah agama pon xleh nak pcaya bulat2 jugak. aku nak nasihat yg sama mcm nasihat utk diri mu tu je.
Say no to ustak/ustad or cekgu agama..but say yes to ustaz..awwwww..gagaga
aku khen hadek2 jugakk... sukewww tawww amieee kacau aku.. bweekkkk~
hahahahahahahahahaha!
berhingus sungguh!!
*harap2 safwan xbaca komen2 disini*
xde org bc belog ni selain uolss...dun worie..hahaha
xde org bc belog ni selain uolss...dun worie..hahaha
Post a Comment