Sunday, July 8, 2012

Kuatkan radio..kuatkan radio..puhlisss




Lirik lagu sekarang ni bunyi dah lain macam. Bahasa apa entah yang diguna, bahasa orang muda mudi la katakan. Tak macam dulu-dulu, lirik penuh tersirat. Kena dengar banyak kali baru boleh tafsirkan atau terjemahkan lirik lagu tu. Tak macam lagu-lagu sekarang.


Contoh lagu Sleeq & Najwa Lertopss ~ Untuk dia


Lirik awal-awal lagi dah suruh "Kuatkan radio kuatkan radio...Sleeq..Najwaaaaa..Aku yang patut, aku yang patut memberikannya segala..Kerna aku mampu, yang mampu, memberikan apa-apa saja untuk dia..hey..untuk dia..hey".. Walaupun super annoying, time dia suruh kuatkan radio, aku dengan pantas menurut perintah. Bila lama-lama, tanpa sedar aku download lagu ni dan terus jadikan ringtone untuk calling. Cool kan?


Sekarang ni aku tengah annoying dengar lagu si Aliff Aziz-Jangan ganggu pacarku~

Berhentilah rayu pacarku
Bawa pergi pesonamu
Takkan cukup kata-kata manismu
Gambar-gambar seksimu
Tagging-tagging flirting-flirting baginya

Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya





Beb, lirik apekah ini? Siap ade lirik liking liking poking poking bagai? Aku rasa lirik ni lagi bluweeekk kalau nak compared dengan lirik lagu Obsesiku "ingin ku gigit gigit cuping telinga kecilmu"....TAPI jangan risau, aku dah download lagu ni. Mungkin beberapa hari lagi akan jadi ringtone dalam henpon aku bhahahahaha..




Lirik ni walaupun tak masuk akal, kalau lama-lama dengar melekat jugak di otak. Betul la orang kata lirik memainkan peranan penting dalam penceritaan sesebuah lagu. Zaman serba moden ni lirik harus catchy khenns, baru la layan~




Okay, aku tinggalkan korang dengan video clip dari Najwa Lertopss & Sleeq.. Layan~











Engkau Punya Gaya

Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di MukaBuku

Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyum mu menawan menawan

Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya




1 comment:

Outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !