Friday, July 6, 2012

Soal halal dan haram...


Soal halal dan haram jangan dibuat main-main lebih2 lagi kalau melibatkan bab makanan..haishh.. hamboiihh kau, bab makanan laju jek, bab lain camne pulok??


Sebenarnya aku terliur sampai tahap leleh air liur nak try makanan dari US ni. Al-maklumlah nak tunggu tuan punya badan ni jejak kaki ke sana macam tak mungkin jek. Kalau honeymoon setakat Paris, Switzerland je kot pegi tak sama arah dengan US *sigh*. Semalam bos offer roti and a few lagi la tak tahu ape jenis makanan. Nak kata papadom macam bukan, capati pun bukan tapi aku nampak macam makanan orang melayu jek iaitu sarang tebuan. Bila pikir balik takkan la orang US produce makanan cam sarang tebuan ni.


Teringat dulu2 mak aku rajin bebenor goreng sarang tebuan ni, jenuh hokkai, nak keluarkan dari sarung dia tu pastu sekejap je dah mengembang kalau lambat sikit hangit. Mak aku tak kenal erti letih ke? Aku ni yang jenuh dan letih menunggu bila nak makan kikikiki.



Thanxx google; alahai, terliur la pulok malam2 cenggini.


Awal-awal lagi bos dah bagitahu,

"u haaa amik la rasa jangan malu-malu tapi saya cakap awal-awal la yang ni takde logo halal, u tengok bahan-bahan, baca betul-betul, rasanya takde apa, boleh je u makan".


Erkk. mana bos tahu halal boleh makan? Jadi, aku tanpa pikir panjang buat muka teruja amik pastu cepat-cepat taruk dalam laci. Tak makan pun sebab aku dah was was. Bukan ke kalau kita ada perasaan was-was, kita tak boleh makan kan makanan tu?


Halal dan haram nampak mudah je, tapi kalau silap sikit dah jadi lain. Sekalipun bahan-bahan yang disediakan halal, bebas dari unsur-unsur khinzir tak bermaksud makanan tu halal. Kita kena tengok pulak dari segi penghasilan. Kot-kot kilang sana tak bersih. Kan? Kan? Kan?


Jadi, kalau dah rasa was-was tu tak usah la duk panjang cerita lagi ye. Kesimpulan, kau tahan je la air liur tu dari meleleh.


Renung-renungkan dan selamat beramal~



No comments: