Hello, Assalamualaikum semua..
Lately dah overload rasanya timeline facebook, instagram, twitter, blog dengan pelbagai jenis business. Orang yang buat online business rata-ratanya orang yang dah ada career tapi masih nak cari extra side income lebih-lebih lagi pada yang dah berkeluarga.
Well, 2014.. what do you expect?
Yang dua-dua suami isteri berkerja pun tak cukup nak tampung perbelanjaan kan. Tak kurang hebat jugak si isteri yang ber'title' suri rumah pun sekarang nak tolong suami cari side income at least dapat beli baju untuk diri sendiri pun jadi la kan. Nanti mintak ngan suami bebel itu lah ini lah pulok.
Tak dinafikan bila berbisnes ni ada yang akan support, ada yang suka, bila bisnes dah naik sikit mulalah ada yang dengki, ada yang rasa annoying ngan iklan-iklan yang tersembur keluar kat mana2 dan macam-macam lagi lah.
Aku pun macam tu lah. Kadang-kadang rasa annoying jugak. Bila dipikirkan balik ish tak baik macam tu kan. Biar lah diorang nak berbisnes, jangan lah cemuh. Itu hak masing-masing. Cuma otak aku still macam tak boleh nak terima kalau bisnes yang bertingkat-tingkat ni. Maksud aku yang kena cari downline. Aku sampai sekarang taknak involve dalam bisnes yang macam tu. Bukan aku benci tapi aku ni jenis yang tak pandai nak bercakap & influence orang suruh join club hahaha.
So far, aku pernah di offer untuk join/ register Zhulian. Tengok pada diorang bercakap dan bukti-bukti orang yang dah berjaya buat bisnes ni memang buat aku kecur air liur. Ada yang sanggup berhenti kerja yang dah stabil dan join bisnes ni sebab pulangan yang lebih lumayan dalam masa beberapa tahun je. Kita tengok pun rasa macam teruja, baru bisnes 5 - 7 tahun dah mampu pakai kereta mewah, beli rumah banglow dan aset2 lain. Wahhh, seriously aku sangat kagum.
That day aku hampir termakan pujuk rayu untuk join club. Sesi discussion dalam kereta ekceli..:)
Pastu diorang ada contact2 aku jugak la tanya ada masa free tak, berminat nak join ke tak, nak ajak pergi main office jumpa rakan-rakan... then I said "No, thanks". Bukan sombong bukan tak suka tapi I know myself better. Aku tahu kemampuan aku, aku bukan seorang yang suka mengambil risiko, aku bukan seorang yang berani mencuba sesuatu yang baru. No! I am not!
S selalu pesan bersyukur dengan apa yang kita ada. Maksud aku kat sini bukan nak cakap "Eh, tak payah la cari duit lebih, duit gaji tu pun dah cukup lah". Aku sendiri pun ada buat tuisyen, side income jugak kan? Maksudnya, mencari extra duit is okay tapi jangan terlalu mengejar mencari harta duniawi. Masa tu hanya spend untuk bahagian tu je, tapi masa rehat kita? masa untuk keluarga kita? masa untuk ibu bapa kita? masa untuk anak-anak yang baru nak membesar? Masa untuk Dia? Memang orang boleh cakap okey je, ada je masa untuk buat semua ni. Ye, memang ada tapi berapa lama? 5 minit? 10 minit? 1 jam? 5 jam? Itu untuk sehari atau seminggu atau sebulan? Semua orang ada masa cuma bezanya adalah kualiti.
Duit/ harta semakin dicari semakin rasa tak cukup, tak puas...dah dapat, nak lebih lagi, dah dapat, nak lebih lebih lagi. Insyaallah, kalau kita bersyukur dengan rezeki Allah, dapat sikit-sikit pun kita rasa cukup. Yang rasa tak cukup nya bila kita ada duit mula lah nak beli kereta mewah, nak pakai baju branded sebab tu kita akan cari lagi cari lagi duit supaya dapat maintain untuk benda itu. Kalau kita bersederhana dalam segala hal, Insyaallah, dapat duit lebih sikit pun kita rasa dah banyak dapat simpan sebab dah biasa hidup bersederhana. Do you get the point?
Okay, sama-sama renungkan. Ayuh berbusiness..:)
** Aku tengah pikir nak start online business. Nak jual ape ek?? hewhewhew
1 comment:
Hi.
I like this entry, dear.
To me, do something that u love and expert.
Mcm jd cikgu tuisyen tu ok apa. Just keep it up.
Manusia ni kepakaran kita x sama. Mcm riha pun, nk suruh buat direct selling dan suruh orang join bawah kita mmg taklah. Sbb riha pun x suka org paksa.
Nak jual shawl, kain pasang, blouse, atau belajar buat kek/jahit baju pun ok jugak kn?
Post a Comment