Wednesday, March 12, 2014

Hashtag for MH370 #MH370


Assalamualakum, selamat pagi..


Ya Allah, 3 4 hari ni bila terbangun dari tidur terasa amat sayu mengenangkan pesawat MH370. Di mana? masih ada? atau sudah tiada? hilang? kalau ada, sihatkah mereka? kalau tiada, mana mayat nya? Macam-macam bermain di fikiran. 


prayforMH370



Aku percaya ini adalah antara saat-saat yang paling sukar untuk semua pihak; mangsa pesawat MH370, kakitangan MAS, polis, TUDM, FBI, rakyat Malaysia & China, negara-negara luar dan mungkin seluruh dunia. Sukar untuk menerima hakikat bahawa pesawat MH370 hilang. 


HILANG....


Sukarnya untuk meyakinkan orang ramai dengan perkataan hilang. Ye hilang. Mengapa hilang? Bagaimana boleh hilang? Macam mana untuk cari balik? tak semua boleh terima kalau kita cakap ini semua adalah ketentuan dan takdir Allah? Sedangkan orang-orang muslim sendiri pun seolah-olah sukar untuk menerima nya apatah lagi bagi yang bukan muslim. 


Seluruh dunia sedang memerhatikan kita. Bagaimana kakitangan MAS ingin war-war kan perkembangan semasa sedangkan tiada sebarang petunjuk walaupun sudah memasuki hari ke 5. Bermacam-macam spekulasi yang timbul dan di ada-adakan, melawak tidak bertempat.  


Ya Allah, hilangnya MH370 benar-benar menampakkan kekuasaan Mu. Kami berusaha mencari di lautan, di udara malah di darat jua... Kami terlupa Ya Allah "Kau lagi Maha Mengetahui kerana Kau yang menguasai apa yang ada di langit dan di bumi".


Sesungguhnya hanya kepada Allah kita berserah setelah sehabis daya berusaha dan berdoa. 


** Jangan pernah berhenti berdoa untuk MH370.




No comments: