Tuesday, June 19, 2012

Awesome.


Holla.

Tik tok tik tok, sekejap je kan rasanya, dah cukup sebulan aku bekerja kat Victual Industries Sdn Bhd. First time kot aku reveal nama company harharhar. Victual Industries ni supply bahan-bahan mentah (raw materials) macam gandum, milk powder, collagen, maltodextrin ahhh macam-macam lagi la. Tak sempat nak hafal, banyak sangat. Otak aku ni bukan boleh kerah tenaga sangat, cepat letih.


Kalau tak silap aku la, ni pertama kali rasanya aku tak mengeluh pasal kerja ni. Okay tipu, adalah mengeluh sikit. Sikit jew, tak banyak. Buat apa nak mengeluh kalau tempat kerja, environment, staff, sistem semua ohhseeemmm?? Rugi kalau mengeluh. Jadi aku diam, datang buat kerja cukup timing blaaahhh. Ada hari aku rajin, aku OT. Sebenarnya bukan aku nak OT sangat pun tapi memandangkan senior-senior tak angkat punggung, takkan aku yang baru masuk 2 3 hari nak keluar awal kan? Kadang-kadang aku pikir apa kejadah nya la aku OT sedangkan gaji aku dah RM5000 sebulan. Kalau aku OT mahu pergi dalam RM8000. Scary jugak la keh3.


Apa yang membuatkan aku rasa best sangat kat tempat kerja ni? Meh aku list kan.


  • Ada UNIFI yang super laju. Ohsemmm bukan? Aku ni memang gilo online. Dari zaman study sampai la sekarang. Kadang-kadang tak makan pun takpe, dapat online terus rasa kenyang. Kalau zaman study dulu, "Kalau online, study off. Tak online, study tetap off" hak3. Tapi kerja tetap kerja kan. Online jugak tapi kerja aku berjalan.
  • Senior-senior yang tersangat la baik. Tak boleh imagine kalau aku dapat kerja lain, camane nak bagitahu kat diorang yang aku nak resign. Mungkin aku akan tolak offer kerja lain sebab aku dah sayang ngan semua orang kat sini. Majority op kosh la chinese tapi "chinese belacan". Tahu tak yang jenis tak pandai sangat cakap dialek sendiri. So, bahasa yang digunakan mostly English & Malay. Walaupun aku benak English tapi boleh la paham. No problem.
  • Sampai je timing dalam pukul 1, mesti diorang datang tanya "Eh, u rehat pukul 1 kan? Nak pergi solat kan?" Tak ohhsemm ke camtu? Susah hokkay nak jumpa orang-orang macam ni. Respect agama lain.  
  • Baru jer masuk seminggu bos datang tanya "Yani, awak panas ke duk kat sini? Kalau panas, I nak belikan u kipas. Kerusi selesa tak? Kalau tak selesa boleh tukar yang lain". Perrgghhh, bahagianya aku. Thank you tapi aku ni takde lemak sangat, kena aircond sikit pun dah sejuk gilo, kerusi ni boleh tak i nak request kerusi yang kecik? Tak padan dengan body la duk kerusi besar hahaha.
  • Paling aku consider sebab dekat dengan rumah. Jadi pagi-pagi aku boleh bangun dan  bersiap pukul 7.55 a.m. Keluar rumah 8.15 a.m terus pecut ke tempat kerja. 15 minit saja, tak perlu redah jalan jem.
  • Eh salah. Paling aku suka bila aku baru je start keje seminggu, terus masuk gaji walaupun tak sampai separuh. Cepat dan tangkas!

Banyak lagi la yang ohhsemm. Nanti bila tak ohhsemm, aku bagitahu teheee.. 


Terharu bila diorang setting balik office semata-mata untuk aku rasa aircond..Thanxx. Besar kan meja???

Tapi ni baru meja aku, kecik je teheee.


Harap-harap diorang tak tukar meja kau jadi lebih besar sebab meja saiz ni pun aku tak tahu nak guna buat apa. Nak guna untuk membolehkan aku online dengan lebih selesa? Mungkin.


Muka tak sabar nak pegi kerja.Bye~




5 comments:

mynameisYAT said...

bestnye! ade keje 0 x? ;p beb, baik keje tu. ko patut bsyukur xdpt QA/QC kot. heheh

Mar Yanie said...

ade weh kosong.nak ke?? cleaner.tiap2 mngu tukar cleaner baru kt sini sbb buat keje x memuaskan....:D

Fatin said...

salam, saya nak tanya ade lagi tak keja macam cik maryanie kat tempat tu? tq ^_^

Mar Yanie said...

sape fatin ni? ada je keje kosong..nak ke? skang tgh cari org..

Fatin said...

Saya pembaca blog Yanie :PP, nak la,hihihi ^^cmne nk mntak? Tenkiu

nie email sy :

bibi230689@gmail.com, nt Yanie email sy, nt sy bg no.telefon sy kat Yanie, TQ sgt2 tau >.<