Friday, June 15, 2012

Malang tak berbau....



Kalau berbau memang dah lama orang elak..


Okay, hampir sebulan jugak aku peram kisah sedih ni. Ingat nak lupakan je tapi orang kata dari kenangan itu kita belajar sesuatu yang berguna kan. Sebenarnya family aku tak tahu pun, tu yang aku senyap aje cuma abang aku je yang tahu. Yela, aku duk menumpang umah dia kompem2 la semua benda yang berlaku harus dilaporkan kepada pihak berwajib.



Bonet  takleh nak tutup. Tido tak lena malam tu.


Lepas kejadian tu baru aku tahu pemegang lesen P bukan setakat tak boleh langgar kereta orang tapi even lampu isyarat pun dah kena di merit. Owhhh, betapa kurang cerdik nya aku kalau bab-bab macam ni. Pastu jugak baru aku tahu pasal insurans bagai. Kalau tak accident camni, mesti sampai bila-bila kau takkan tahu khenn? Ok, pasni kena accident banyak-banyak sebab banyak benda lagi yang aku tak tahu. Astaghfirullah mulut aku ni celupar sangat.


Orang berbudi kita berbahasa, tolong menolong amalan mulia kan. Jadi masa pergi buat report polis, semua cerita dah di twist. Konon aku yang langgar bontot kereta orang sebab nak menyelamatkan lesen P orang yang melanggar dari digantung. Sebenarnya takyah nak twist sangat pun, polis sendiri yang akan bagi cadangan sekian sekian bhahahaha. Okay la, lastly aku disaman RM300. Takpe, bukan aku yang bayar pun. Aku tolong sajorkk cuma nama iols dah busuk la sikit T T..


Kadang-kadang kita dah berhati-hati, orang lain pulak tak berhati-hati. Ini lah yang dikatakan malang tu tak boleh dihidu. Ada ketika tu terlalu berhati-hati pun boleh jadi jugak. Contoh kereta baru, sayang la konon nak terjun lompang kat jalan pun dah berdebar semacam. Makin kita berhati-hati makin teruk jadi sebab kita terlalu memikirkan kemungkinan2 yang negatif. Jadi, bila dah ada kereta sendiri, jangan terlalu manjakan. Melentur buluh biar dari rebung nya...:D



P/s: Betul ke kereta yang asyik accident je kena mandi bunga jugak?? Aku ingat manusia je yang mandi bunga  teheee..Ahhhh, karut semua tu...:P





5 comments:

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

honestly ak pun pernah langgar keta org pas sbulan dpt lesen P tp xmo tulis dlm blog sbb .... hehehe.... membahayakan manusia segajat... masa ni la ak sedar betapa penting kita kena ada kabel besar2...

Mar Yanie said...

amik sbg pengajaran okay..

eh, br sedar ke kabel berleluasa skang ni..kt kmpung aku tu tiap2 minggu ade je curik kabel tepon..ciss, bedebah penagih2 dadah..

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

pengajaran yg ak dapat...
jgn terlalu over konfiden
over konfiden tanpa limit boleh membunuh... hehe...

btw... kalau ada kabel besar... pencuri kabel pun leh terlepas dr hukuman...

mynameisYAT said...

aku pun pnah mngkemekkn kete bpk aku.

time blk dr shopping ngn member, dia sebok suruh aku tgk beg baru dia. time tu aku tgh reverse. sekali aku toleh je ke beg baru dia, gedeganggg kete aku tgeser kt tiang. arghhhh! ;(

Mar Yanie said...

yen..betol.. bila dah terlebih kompiden, mesti ade benda x elok jadi.mintak dijauhkan la..


yat, x menyempat2 nak tunjuk beg pun..sabar la..hahahaha