Sunday, June 24, 2012

Madagascar...ubah persepsi aku.



17 hb June 2012..
Lokasi: The Mines


Hari tu, aku jadi superbibik pergi angkut anak sedara 4 orang dari Dengkil ke The Mines semata-mata nak tengok muvie *tiba-tiba*. Mengikut perkiraan aku, last aku tengok muvie akhir tahun lepas masa Ombak Rindu keluar. First day lagi tu aku tengok. Lama gila kot tak tengok muvie sebab takde kawan yang sehati sejiwa. Eleh, cakap je la nak keluar dengan boypren kahkahkah.


Dah macam adik-adik aku je diorang ni. Untung lah dapat mokcik yang sporting..Iye dokk? tehee



Mula-mula aku nak tengok Man Sewel Datang Kolumpo sebab tu aku nak ajak budok-budok kecik nak cover la kan ke'matured'an aku ni. Alih-alih kakak aku pesan jangan bawak budok-budok ni tengok citer orang besar kang ada adegan tak senonoh. Okay mem. Last-last pegi beli tiket Madagscar untuk 6 orang. Eh 6 orang pulok? Aku ajak Yati la sebab tak kompiden nak handle budok-budok ni sorang-sorang.



Total: RM58. 


Bila bawak keluar diorang jalan-jalan baru la aku paham kenapa kakak aku suka duk kat rumah je time weekend. Anak-anak nya masyaallah, Tuhan je tahu. Nampak baik sekali sampai The Mines melompat sana melompat sini. Kalau takde Yati mahu menangis aku sorang-sorang nak jaga.


Sebelum masuk dewan Yati belanja popcorn 2 bucket besar. Masuk je dewan haram popcorn tu tak sampai langsung kat tangan kitorang. Budok-budok ni bedal sesama diorang jek. Malu aku ngan Yati, mintak dia paham-paham la perangai kanan-kanak kens.


Bila Madagscar start, dari minit pertama lagi aku start gelak sampai minit terakhir. Serious tak sangka aku boleh layan citer kartun yang sememangnya aku tak suka. Aku cuma suka muvie sedih, cinta camtu la. tapi Madagascar dah ubah persepsi aku. Aku pusing tengok budok-budok ni gelak sama ke tak. Tapi diorang serious je. Serious duk makan popcorn, tak pokus langsung kat citer Madagascar. Aku ngan Yati je duk gigih gelak kahkahkah.


Lepas ni aku dah planning nak tengok Ice Age, tengok preview pun dah terburai perut aku gelak. Macam best. Tak sabar....weeeee~



2 comments:

mynameisYAT said...

Aku mmg prefer cte katun2 beb. Aku pnah ketawe smpai nangis n tjerit2 kt wyg sbb tgk kungfu panda. Nsb xtkencing. parah! Sgt enjoy!

Mar Yanie said...

hahaha.aku gelak sungguh-sungguh. siot gile mimik muka karton sekor2 ni mcm real..tu yg lawak giler..