Monday, June 25, 2012

Komitmen.



Apa yang kau orang tahu tentang komitmen?



Kalau setakat nak cerita komitmen dalam bercinta semua dah pakar kan? kan? kan? Tapi bukan komitmen yang tu aku nak sentuh, ini komitmen lain. Komitmen yang tidak boleh dibuat main-main. Perghhh serius je ayat kali ni.


Kadang-kadang, sesuatu komitmen boleh membuatkan kita berfikir lebih matang. Contoh; nak beli kereta sendiri (ehem-ehem) bukan sekadar bulan-bulan kena bayar 5 ratus, 6 ratus hengget tapi ia melibatkan tanggungjawab yang lain supaya kita perlu bekerja, bekerja dan bekerja lebih keras. Tak boleh main-main lagi nak pilih kerja pastu tak suka kerja tu kau nak berhenti macam tu je. Habis tu datuk mana yang nak tolong bayarkan kereta kau?


Secara tak langsung, ia memaksa kita supaya serius dalam merencanakan hidup. Apa yang kita nak capai dalam hidup sebenarnya.  Bila ada komitmen, mesti kita akan pikir dengan lebih rasional. Iye dok? Jadi, saya menyeru semua orang supaya mencari satu komitmen, yer satu pun dah cukup lah, untuk melatih diri sendiri supaya berdikari dan bertanggungjawab.


Aku? Baru jer tambah satu lagi. Aku taknak cakap ia pembaziran, aku lebih suka cakap ia adalah satu komitmen. Cuba teka apa? Jeng jeng jeng aku baru sahaja.................


REGISTER ASTRO. 


Tak bazir kan? kan? kan? Tolong katakan pada aku ini bukan pembaziran. Tolong la sebelum aku rasa menyesal kahkahkah.




So, aku nak list kan komitmen aku untuk bulan-bulan yang akan mendatang;

  • Broadband = RM70
  • Astro = RM 40 (nampak sangat mampu pilih yang basic ajeww)
  • ASB loan aku = RM 188.88
  • Minyak kereta = RM 150
  • Bil elektrik (sengaja aku pilih bil elektrik sebab taknak share bayar sewa rumah ngan abang aku)

Lepas ditambah dan ditolak itu ini itu ini, aku masih ada baki duit gaji lebih kurang RM3000. Ingat nak beli kereta 2 3 bijik..


Phewwww...

P/s; Aku jumpa kereta ni kat Taman Botani, Putrajaya. Gigih aku duk tunggu tuan punye kereta mazda ni bila la nak datang, nak tengok tahap kehenseman, adakah sehensem kereta ini?? Ok, bye~








4 comments:

Ryha Feyzal said...

mar dah tak duduk dgn fmly ke skrg? kalau mampu byr, apa salahnya subscribe astro.

Mar Yanie said...

duk ngn abang n kakak ipar..;) thanxx ryha, rs tenang sikit hati, tak rasa bersalah sgt nk subscribe astro..hehehe

mynameisYAT said...

alaaa, kalo x subscribe lg xtenang jiwa ko.. ;p

Mar Yanie said...

yatt..ko mmg memahami jiwa raga aku. mmg x tenang selagi x subscribe..hahahaha