Interview.
Blog time guys. Malam-malam aku lebih suka spend masa untuk berblog sebab nak taip satu entry amik masa yang panjang nak lontarkan serta muntahkan segala idea yang meronta-ronta dalam otak ni.
Tadi masa kat tempat kerja, aku tak buat kerja sangat pun sebab takde komputer. Komputer aku dah terbakar gara-gara kuat sangat berkerja. Aku kan workaholic. Kerja aku hari ni, tunggu arahan dari senior, pastu aku tenung kau, kau renung mata ku lalu kita jatuh hati *panggg*. Segera aku alihkan mata ku pada kalendar. Hari ni 26hb Jun 2012. Mengikut perkiraan, dah 2 tahun lebih rupanya aku tinggalkan zaman belajar. 2 tahun beb, cam tak percaya je kan.
Dalam masa 2 tahun ni, macam-macam benda berlaku. So, ini hari aku nak highlight pasal interview jew. Sekarang ni musim orang dapat interview kan lebih-lebih lagi SPA macam aktif je panggil orang. Teringat balik pengalaman interview aku di zaman dahulu kala.
Kalau tak silap la dah banyak kali aku dapat offer interview. Ada yang aku pergi, ada yang aku decline macam tu je. Arghhh, rasa menyesal pulak tak tulis dalam diari. Eh kau ada diari ke? Mungkin aku kena buat part I, part II, III, IV..eceh, macam banyak bebenor yer kau. Dulu-dulu masa mock interview kat sekolah/ kolej/ unibersiti bukan main skema lagi kan. So, aku pegang la attitude 'skema' dan apply dalam mana-mana interview yang aku attend.
KGC Resource Sdn Bhd
*gigih duk belek email lama*
My the very first time interview, aku apply position Quality Control. Aku redah je masa tu, aku cuma practice nak introduce diri jek. Then, bila masuk je bilik, apa semua ni?? tak macam interview pun. Kitorang sembang-sembang je. Tapi biasanya yang sembang-sembang tu yang TAK DAPAT nye kahkahkah. Jap, aku dapat la. That time dia kata takde postion untuk Quality Control. Aku agak frust jugak la walaupun aku tak tahu apa benda tu QC. Serius tak tahu!
Lastly, dia offer aku position Product Specialist. Nama macam hebat kan? Kan? Kan? Kerjanya camne pulak? Oh, keje senang je. Kena promote inkubator, centrifuge, electron microscopy, HPLC bla bla bla. Senang je kan? Macam la orang akan beli tiap-tiap hari. Aku bukan pandai pujuk orang pun suh beli itu ini, kalau barang kosmetik takpe la jugak. Lepas tu dia terus je cakap first task aku kena pergi UKM pergi dengar seminar pasal HPLC. Aku memang TAK berminat langsung. Bila aku pikir balik menyesal la pulok. Kalau tak, dari awal lagi tak perlu aku nak keje yang lari dari bidang sobs sobs sobs.
KUMON
Pernah dengar tak pusat tuisyen KUMON? Eceh, aku memang dari dulu lagi duk aim nak jadi cekgu. Mana ada aku apply keje dalam bidang biologi sangat. Aku pergi interview kat area Puchong ni je. That time aku tak pandai drive, aku ada lesen tapi buat perhiasan dalam purse sajorkk. Bertahun-tahun jugak jadi perhiasan. Jadi aku rasa macam jauh giloooo je dengan rumah. Kerja nya senang, buat soalan, tanda buku latihan dan kerja tu part time. Gaji dia bagi RM600. Bila dengar RM600 terus aku taknak hehe. Bodoh kan? Padahal part time je, memang sesuai la dengan gaji tu. Tapi aku gigih bertekad tak nak! Interview pun tak sampai 10 minit, kesian abang aku siap amik cuti lagi sebab nak hantar aku pergi interview kehkehkeh. Last-last aku tolak mentah-mentah je.
Selepas beberapa siri temuduga yang agak meyakinkan, dan aku dah pun berjaya menolak lamaran mereka akhirnya.....
09/07/2010 : Bermula lah pengalaman kerja pertama aku sebagai cekgu ganti kat SMK Banting.
The end of PART I.
*nanti aku sambung PART II (kalau aku rajin la).
No comments:
Post a Comment