Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Nur Fathiyyah binti Muhd Syafiq

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, sekarang saya dah memasuki usia 4 bulan dan nama diberi adalah Nur Fathiyyah binti Muhd Syafiq yang membawa maksud 'Cahaya Pembukaan/ Kemenangan'. Semoga kehadiran saya memberi sinar baru kepada ibu dan baba. Insyaallah.






Bai bai..


Kelahiran Yang Dinanti-nanti

Subhanallah! Allahuakbar!


Alhamdulillah, tanggal 17 September 2015 pukul 2.53 pagi, aku selamat melahirkan seorang puteri. Sememangnya kelahiran yang dinanti-nanti tapi sungguh tak sangka 3 minggu awal dari jangkaan. Fizikal dan mental belum betul-betul bersedia tapi Allah itu Maha Mengetahui rahsianya. Sudah tertulis itulah yang terbaik untuk  aku, suamiku dan anakku.




Anakku, semoga menjadi anak yang solehah, berbakti kepada ibu bapa, bangsa dan agama. Inilah salah satu anugerah terindah dari Allah untukku. Semoga kehadiran anak kecil ini tidak melalaikan kedua ibu bapanya dalam mengingati-Mu Ya Allah malah menjadikan kami lebih beriman dan bertakwa kepada-Mu dan rasul-Mu.


Amin Ya Rabb.