Saturday, June 27, 2020

Pengambilan Supplement Untuk Kalsium


Assalamualaikum,

Holla! 

Entry kali ini adalah rentetan dari entry yang aku post sebelum ni iaitu berkaitan dengan Carpal Tunnel Syndrom (klik sini). Untuk pengetahuan juga, bermacam-macam cara dah aku cuba buat. Orang suruh pergi mengurut, kita dah buat. Doktor pun pernah buat referral letter kepada pakar dan aku perlu melalui proses fisioterapi. Fisioterapi juga merupakan salah satu kaedah rawatan secara manual teknik dan berdasarkan kajian. 

Gambar kat bawah ni adalah cara-cara yang diajar semasa fisioterapi. Memang fokus kepada pergerakan tangan. Dalam banyak tatacara ni, yang paling susah nak follow ialah genggaman tendon dan otot genggaman sebab jari rasa lemah sangat. Sekali je pergi fisio lepas tu kita boleh buat kat rumah je follow pada step yang dah diajar. Alhamdulillah, at least ada improvement. 

Gambar ihsan; Google


Selain daripada itu, aku juga cuba cari alternatif lain iaitu melalui pengambilan supplement. 

Nak tahu supplement apa yang aku consume?  

Brand VitaHealth: LiCal Complex adalah khusus untuk kalsium manakala Vita-Lac pula khusus untuk postpartum nutrition.

Sebelum aku consume brand VitaHealth ni, aku dah cari bahan bacaan kat facebook, google, tanya kawan sana sini. Hasil dari bacaanku, actually it depends on individual la kan. Tak semestinya sesuatu produk tu sesuai untuk orang lain, kesannya akan sama pada kita kan. Kita memang kena try & error. Jangan terus claim yang produk ni tak bagus kalau tak serasi dengan kita. Bila sebut pasal produk kesihatan ni, aku lebih prefer beli produk yang clinical test proven atau dari drug store.

Bagi aku, LiCal Complex sedikit sebanyak membantu dalam melegakan sakit. LiCal Complex tu sendiri mengandungi Boron iaitu sejenis mineral yang berupaya dalam membantu penyerapan kalsium yang lebih berkesan dalam badan. Seperti yang kita tahu yang kalsium penting untuk menyokong tulang dan gigi. Ia juga penting dalam pengawalaturan pengecutan otot, pembekuan darah dan fungsi saraf. 

Perlu diingat juga, dalam kita duk syok ambil supplement ni sangat penting untuk ambil dalam kuantiti yang tertentu agar badan dapat menjalankan fungsi dengan normal. Kalau terkurang atau terlebih juga mungkin boleh memberi kesan mudarat pada kesihatan kan. 

Lastly, aku tak cakap yang produk ni sangat bagus atau berkesan. Cuma nak share dengan korang la yang tengah survey supplement khusus untuk kalsium ni. Sekurang-kurangnya pilihan tu dah ada kan. Jangan lupa refer kepada pharmacist, diorang lebih pakar dalam bab ni. That's why lah aku lebih suka pergi farmasi sebab macam-macam boleh tanya sebelum nak membeli. 

Harga? Masa aku beli tempoh hari tengah ada promosi untuk value pack (2 botol = 2X60 softgel) dengan harga RM 125.

So, sila lah survey dulu ye dan selamat mencuba! Aku doakan kita semua yang sedang alami sindrom kebas tangan (Carpal Tunnel) kembali sihat. Insyaallah.


Thursday, June 25, 2020

Turning 32 & I'm Feeling Blessed

Assalamualaikum!!

Holla!! 23 June 2020 - I was turning 32!

Every birthday is a blessing. Truth is, I'm feeling younger than what I imagined to be! Haha

Tak mintak banyak, cukup semoga Allah kurniakan daku kesihatan yang baik, rezeki yang halal lagi berkat, kasih sayang yang sentiasa mekar di antara daku dan suami serta dikurniakan anak-anak yang solehah. 

Terlalu banyak perkara yang perlu aku syukuri. Alhamdulillah. Amin Ya Rabb!







Lots of love - Aku Yang Sudah Tua






Saturday, June 20, 2020

Pengalaman: 'Carpal Tunnel Syndrom during Pregnancy'

Assalamualaikum,

Siapa yang pernah lalui ataupun sedang melaluinya, yeahh we're in the same boat!

Saat menaip entry ni pun, tiba-tiba ter'flash-back' rasa sakit yang menyucuk2 tu hanya kita je yang dapat rasa. Terlalu sukar untuk digambarkan dan diluahkan.

Apa tu "Carpal Tunnel Syndrom"? Sakit yang macam mana ye? Haaa, Carpal Tunnel ni merujuk kepada sakit atau kebas pada bahagian pergelangan tangan dan jari-jari tangan sehingga nak genggam tangan pun tak dapat.



Dari first pregnancy lagi aku dah laluinya semasa dalam pantang tapi alhamdulillah ia menghilang selepas 2 bulan melahirkan anak. Masa second pregnancy pula, aku start rasa sakit masa mengandung 8 bulan. Masa tu perasan bila tengah menulis tiba-tiba pen terlepas dari tangan dan tangan jadi kaku. Cuba pegang semula tapi seluruh tangan rasa lemah semacam dan ia terus berlarutan sehinggalah habis tempoh pantang.

Untuk third pregnancy pulak, it became worsen. Starting kena sakit ni pun seawal usia 4 bulan mengandung. Ya Allah, perit tak terkata sakitnya. Masa attend monthly check up, aku cerita je semua walaupun aku tahu sakit ni agak common semasa pregnancy. 

Kenapa aku cakap pregnancy kali ketiga ni paling teruk sakit ni?
  1. Aku tak boleh gerakkan jari-jari pada awal pagi selepas bangun tidur sehinggakan nak tarik selimut bantal pun tak mampu. So, drama air mata bermula. Can you imagine how you started your day with so emotional thing?? 
  2. Part mandi, tak boleh nak pegang berus gigi sebab jari-jari masih tak boleh nak gerak2 lagi. Apatah lagi nak guna sabun dan lain-lain. Hanya mampu guna hujung jari je.
  3. Same goes to when you prepare to work. Pakai baju, sikat rambut, tudung dan bla bla bla. All those things required hand movement. 
  4. Aku tak dapat nak handle persiapan diri anak di awal pagi. Kalau diri sendiri pun tak mampu handle, apatah lagi anak2 kan? Even nak sikatkan rambut anak pun terketar-ketar.
  5. And the list goes on sampai ke petang. Cuma bila menjelang ke petang tu pergerakan jari-jari semakin okey sebab kita dah aktif dan buat macam-macam kerja. Urat-urat pun mungkin makin lembut kan. 
  6. Pernah beberapa kali terlucut pinggan mangkuk gelas cawan dari tangan semasa nak mencuci. Maklumlah tangan tak kuat kan. Berjaya pecahkan pinggan sebanyak 3 kali jugak hihi.
Hari-hari yang aku lalui, aku cuba positifkan diri, tarik segala positive vibes yang ada. Antara positive vibes aku adalah online shopping teheee. Yes, that's my therapy which leads me to happiness. 

Walaupun aku cuba bersikap positif, entah berapa puluh kali aku rebah. Pernah juga masa jumpa doktor aku menangis depannya. Tak terluah dengan kata-kata hanya air mata saja mampu ku luah. Nasib doktor memahami. She reminds me to keep in positive, don't stress out dan bla bla bla. Banyak sangat nasihat yang doktor bagi. 

Ayat last sekali yang doktor cakap

"Saya tahu awak mesti sedih kan sebab orang nampak kita sihat tapi orang tak tahu hari-hari kita struggle. Takpe, saya doakan awak selamat sehingga melahirkan anak dan biar sakit ni cepat-cepat hilang"

Menangis la daku tersesak-esak dalam bilik doktor tu. Betul sangat yang doktor cakap tu. Orang tak nampak aku sakit sebab aku makan macam biasa malah lagi banyak, berjalan pantas, sampai berlari-lari kalau naik tangga (one of the excercises yang aku selalu buat untuk mudahkan bersalin). Aku hanya sakit pada tangan, sakit yang teramat sangat but at the end aku yang kena suapkan makanan ke mulut, aku tetap kena buat kerja, menulis dan lain-lain lagi sebab kalau aku tak buat, siapa lagi kan? 

Dalam aku diuji dengan sakit begitu, Alhamdulillah suami sangat memahami dan membantu especially bila berada di rumah. Dia lah tukang urus anak, urus rumah. Benar, Allah itu tidak pernah zalim terhadap hambaNya. Ujian yang diberi masih lagi dalam lingkungan kemampuanku.

Aku banyak study pasal sakit ni melalui carian google dan FB. Hasil carian menunjukkan salah satu faktor sakit ni adalah kerja yang melibatkan egronomik pergelangan tangan yang tidak sesuai. Contoh; cara penggunaan tetikus (mouse) yang salah - kedudukan tangan yang tidak betul. 

Sekarang aku dah pakai mouse pad yang jenis macam ni untuk support pergelangan tangan. It helps me a lot. Boleh cari kat shopee, ada yang murah.


Alhamdulillah, anak no 3 dah nak masuk umur setahun. Slowly sakit tu dah beransur pulih. Cuma kadang-kadang ia datang menyinggah especially kalau diri berada dalam tekanan. Benar lah yang doktor pesan, please be positive. Insyallah, it will be fine. 

Okey, itu saja cerita pengalaman ku. Meh la korang kongsi juga pengalaman masing-masing. Boleh kita bertukar-tukar pendapat atau tips-tips yang berguna untuk elakkan sakit ni berulang lagi. 

Till we meet again!

** Sis trauma nak mengandung lagi dalam masa terdekat ni (eh macam nak anak lagi je teheee)

Friday, June 12, 2020

Tahun 2020 Yang Penuh Cabaran

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ku kembali lagi ke sini setelah sekian lama menyepi. Syukur masih lagi diberikan peluang untuk terus menjalani hidup di atas muka bumi ini.

Pejam celik pejam celik dah separuh tahun kita berada pada tahun 2020. So far, apa achievement kita setakat ni? Berapa progress dari senarai azam 2020 yang dah berjaya kita capai? 

Well, semua orang tahu pasal pandemik Covid-19. Pastinya ada antara kita sedang hadapi saat-saat sukar dalam kehidupan buat masa sekarang kan. Yup, semua orang terkesan dengan situasi ini tapi dengan cara yang berbeza. 

Apa-apa pun, bersyukur lah kita sebab dalam kita diuji dengan kewangan dan lain-lain, kita masih dilindungi dari terkena penyakit Covid-19. Benar lah orang kata tak semua yang kita nak kita akan dapat pada masa yang sama. Allah tarik bahagian ni, tapi Dia bagi kat bahagian yang lain pulak.

Ok, this is my first post on 2020. Harap ku dapat kembali dengan post2 yang lebih menarik dan yang pasti harus konsisten hahaha.