Holla!! Assalamualaikum semua.
Dah lama tak menjengah masuk dalam blog. Sesekali ada peluang ni apa salahnya kan?? Okey, direct to the point. Ada tak mommy2 kat sini yang ada anak dalam lingkungan umur 5 tahun tapi tengah risau pasal anak masih tak kenal huruf dan tak tahu membaca lagi??
"Eh, anak baru umur 5 tahun, relaks lah sampai masa nanti pandai lah tu."
"Jangan paksa paksa diorang, bagi diorang menikmati zaman kanak-kanak dulu, main puas-puas"
Mesti dah selalu dengar kan ayat kat atas tu? Sebenarnya kita ni takde lah fikir sangat tapi bila ada orang share anak-anak sebaya anak kita atau lebih muda dari anak dah pandai baca, pandai bercakap, speaking zappppp terdetik perasaan risau tu sedikit sebanyak kan??? Macam-macam persoalan menerjah. Adakah anak kita dah termasuk dalam kategori lambat?
Apa yang perlu kita buat???buat??? buat???
Well, macam aku ni takde lah nak terus push anak supaya boleh membaca time tu jugak sebab aku masih percaya yang anak-anak ni ada level point dia bila dia akan bersedia untuk capai sesuatu achivement. Yar, anak-anak ni masing-masing ada kelebihan. Mungkin lebih kat sini kurang kat bahagian lain dan vice-versa. Kita sebagai mak ayah kena mainkan peranan untuk polish & support setiap kelebihan mereka kan. Bukan asyik cari kelemahan je.
Semua kerisauan dan persoalan pasal perkembangan serta kebolehan anak ni sebenarnya bagus jugak dijadikan sebagai starting point untuk make a move.
So, sejak dari tu aku dah mula google, stalk FB & IG kawan-kawan untuk cari kaedah terbaik untuk ajar anak membaca, buku apa yang bagus dan bla bla bla. Maka bermulalah try & error beli bahan-bahan bacaan, alat bantu mengajar dan macam-macam lagi lah. Walaupun keluar kos sedikit sebanyak tapi aku anggap semua tu akan jadi pengalaman yang sangat berharga. Senang nanti nak ajar anak no 2, 3, 4, 5..... eh eh eh ramai pulak anaknya teheee...
Okey, setelah sesi try & error akhirnya aku dah jumpa bahan bacaan yang sesuai dengan anak aku iaitu buku-buku keluaran Mommy Happy Group! Sekali tengok macam sama je dengan buku-buku lain tapi entah kenapa dalam banyak buku yang dibeli, buku ni yang paling menarik minat anak dan nampak dia pun senang nak catch up. Itu lah nak cakap anak-anak ni memang tak boleh nak expect apa yang diorang nak. Honestly, aku pun suka buku ni, tulisan yang agak besar dan warna menarik. Nampak catchy gitteww.
Okey mommy semua, beli buku sahaja tak cukup tau. Maksud aku, kita ni pun kena persiapkan diri dengan ilmu mengajar. Kenapa? Sebab silibus dah banyak berubah kan sekarang. Memula tu aku ingat kacang je nak ajar anak membaca sekali mak aihhh berpeluh dan sikit lagi nak jadi singa sebab anak tak boleh nak follow cara kita.
Then, aku pun mula search Youtube haaa baru la jumpa kaedah phonic. Tak pasal pasal dengan aku sekali dah hafal lagu phonic Abu Ada Ayam. Bagus sangat sebab anak boleh belajar cara sebut dan bunyikan huruf dengan betul. Uolss boleh cuba klik link ni https://www.youtube.com/watch?v=-FPD_b_Zuik ..