Friday, February 26, 2021

Kempen BMF: Produk Muslim dari Noraini's

 Holla! Assalamualaikum uolss!


Sihat ke semuanya? Sis doakan semoga kita semua dalam keadaan baik-baik sahaja ye. Insyallah, amin.


So, apa topik perbincangan sis pada kali ini? Haaa, kali ni sis terasa macam nak share sikit pasal produk keluaran orang Muslim selari dengan kempen BMF kan.


Hah, apa itu BMF?


Kempen BMF - Buy Muslim First ataupun dalam bahasa manggeris nya "Utamakan beli barangan Muslim dahulu"


Yeah, haruslah kita support produk-produk Muslim kan. Ramai yang cakap bukan taknak support produk Muslim tapi harganya sedikit mahal jika dibandingkan dengan produk-produk/ brand lain yang dah lama bertapak atau pasar raya besar yang dah establish. Well, memang tidak dinafikan pasal harga tu. Sis takde lah mengecam mereka yang tak beli barang Muslim sebab kita tak tahu situasi masing-masing kan. Kadang-kadang kat satu-satu kawasan tu susah nak jumpa produk BMF ni. 


Tak beli barang muslim tak bermakna kita tidak sokong kan?? Sis sendiri pun masih belum 100% beli barang Muslim, mungkin hanya 20 - 30% sahaja setakat ni teheee. Insyaallah, kalau ada pilihan dan harga yang berpatutan kita cuba utamakan produk BMF ye. 


Okey, sis nak share salah satu produk BMF iaitu dari Noraini's. 


Pancake & Crepe Mix - RM 2.50




Ada perasa vanilla, pisang, coklat & korea
'



Sis sangat suka Adunan Pancake & Crepe ni, sangat mudah dan cepat untuk disediakan. 15 minit dah boleh siapkan sekali hidang untuk anak-anak makan. Satu pack adunan ni sesuai untuk sekali makan, takde tinggal lebihan. Senang nak kemas lepas tu. Rasa nya jugak sedap, anak-anak memang suka makan pancake. Hari-hari request ibu suruh masak pancake. Yang penting ibu nya pulak yang dapat pujian 

Anak-anak : Emmm, sedapnya ibu buat pancake ni 

Ibu           : Ibu memang pandai buat pancake ni tau. *sambil menahan kembang lubang hidung

Ni haaa cara-cara nak sediakan adunan pancake


Okey, selain dari tu ada jugak produk-produk lain dari Noraini's. Jom tengok gambar kat bawah.


Biskut Goodkiss. Harga? RM 2.50 uolss setiap satu


Sis memang pengguna tegar shopee. So, semua barang ni sis beli kat shopee je sebab susah nak cari kat area Gua Musang ni. Kalau korang nak usha produk-produk dari Noraini's ni boleh klik link https://shopee.com.my/norainicookies. Harga juga amat berpatutan. 




Okey, setakat ni dulu ye. Kalau korang ada produk-produk Muslim yang menarik, taste goods dan harga berpatutan - jom lah share. Boleh lah kita support mereka dan business orang Muslim.


Till we meet again yar!



2 comments:

Wani SK said...

salam singgah sini.. oo banyak lagi produk noraini ya.. baru beli adunan segera kek coklat tu kat kedai eco nak try.. dah la harga tu memang berpatutan .. nanti kena usha yang lain plak

Mar Yanie said...

Yar.. Ada banyak jenis jugak produk nya. Senang utk kita mak2 yang jenis semua benda nak segera ni kan.. Hihihi..