Skip to main content

Sekeping hati yang memakan diri



Aku tak benci, cuma sakit..
Aku tak marah, cuma segan, malu..
Bila orang mempermainkan hati ini dalam diam..
Benar orang cakap, diam itu berisi.. bagi aku sangat bahaya..


Aku tak mahu mempermainkan hati dan perasaan orang lain..
Sebagaimana aku mengharapkan perkara yang sama..
Aku inginkan kejujuran, keikhlasan..
Senang kata kalau taknak cakap taknak..
Mengapa perlu simpan?
As simple as that *sambil petik jari*


Aku pikir benda simple macam ni kenapa susah sangat orang nak buat?
Paaaaannnnnnggggg *tertampar hati sendiri*..
Owhhh, rupanya susah ye kawan-kawan?


Sebenarnya hati, perasaan tidak boleh dipaksa..
Perasaan hadir tak terduga..
Sekelip mata kita suka lalu jatuh cinta,
Bila datang yang ke dua, hati terdetik lagi terus jatuh cinta..
Bukan tak sayang pada yang pertama, cuma yang kedua ini lebih sayang..
Macam mana tu?
Salah ke diri ini? Tak salah kan?
Yang salah adalah hati... *senyum senget mulut*


Bukan ke perasaan yang wujud ini adalah anugerah dari Allah?
Jadi aku pikir, aku faham kot..yer, mungkin faham kot...
Faham apa?
Faham bila seseorang yang sayang pada yang kedua tapi masih tak lepaskan yang pertama..
Daripada cakap terus, okey kita dah tak sayang awak.. nampak kejam!
Hati manusia ni memang lumrah, mudah rapuh bila disentuh dipermain-mainkan..
Tapi walau rapuh, retak, hancur sekalipun...masih lagi mampu berfungsi dengan baik..
Malah akan jadi lebih kuat!


Terima kasih Ya Allah.. 


Sekian coretan insan terpilih yang pernah terluka (yang penting bukan aku) bahahahaha *sila tampar*




Comments

juan said…
...........

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…