Thursday, September 9, 2010

oh, esok dah raya!

esok hari raya!!
tapi diingatkan pada semua

JANGAN BUAT INI!!!

apa dia?

terlalu banyak makan dan minum
jangan lupa diri pulak kalau dah jumpa makanan. maklumlah dah sebulan puasa kan, kalau boleh semua nak bantai pagi raya tu. nanti lain pulak yang dapat. i mean diabetes, darah tinggi ke.

budaya terperap di rumah dengan hanya menonton tv sahaja. 
ini memang la orang-orang zaman sekang termasuk lah saya (tapi dah insaf jap). sayang nak tinggal tv, banyak filem besh, drama hebat. tapi kita tak sedar masa terbuang macam tu je. sepatotnye, hari raya ni lah kita nak melawat sanak saudara, merapatkan lagi silaturrahim.
rumah terbuka, masjid tertutup.
majlis rumah terbuka memang amalan yang mulia. tapi yang tak enaknya (betol ke ni ayat) masjid pada hari raya tertutup, tinggal Tok imam dan bilal je kat sana.

membudayakan bermain mercun, meriam, bunga api, BOM!
ada yang kata 'tak raya la kalau takde mercun'. betol ke?

bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram..haraam!
kadang-kadang tak sedar kan. orang hulur tangan, kita pun hulur tangan gak. sekali pandang muka alamak siapa ni?

pakaian mendedahkan aurat
ye la, masa ni la kita nak berfesyen macam-macam lebih-lebih lagi pempuan la. jangan lupa, sepatotnye dapat pahala, silap-silap dapat dosa pulak. T T 

okay, selamat hari raya. maap zahir dan batin kepada semua yang mengenali.

3 comments:

- Ma StOrY - said...

selamat ari raya...=)

Mar Yanie said...

selamat hari raya too..jum kumpul dwit raya walaupun sedar diri dah tuwe..hee

diriku said...

slm aidilfitri =]