Thursday, September 26, 2013

Berebut nak dapatkan penghormatan dari manusia.



Apa jadi dengan dunia sekarang? Adakah ini yang dikatakan dunia akhir zaman? Ya Allah, tanpa kita sedar tanda-tanda kecil yang kian membesar itu sedikit demi sedikit makin nampak jelas kan? Tapi masih lagi kita menidakkan tanda-tanda itu.


Tabik hormat sampai terkentut-kentut.


Ramai pekerja yang berdedikasi sampaikan masa rehat pun masih nak berkerja, tak keluar makan. Fokus berkerja menghadap komputer, melayan kerja yang takkan pernah habis, bila bos tengok CCTV ye lah kamu la orang yang paling komited dengan kerja. Tapi entah bila solat nya?  Lupa nak luangkan masa sekejap berjumpa dengan Dia kat atas sana.


Bila mana kena panggil attend meeting ataupun pergi annual dinner, nak lari diri sekejap nak menghadap Dia pun takut. Takut bos atau staff lain tercari-cari mana budak ni menghilang? Orang tengah meeting boleh pulak keluar lama-lama. Contoh je tu tapi memang banyak berlaku. Tak sedar kah kita ini terlalu nak dapatkan penghormatan dari manusia? Huh.


Berkereta mewah dan besar bukan lagi kerana keperluan tapi kemahuan yang meluap-luap, bila nak pergi reunion nak suruh kawan-kawan sohsehsohseh bercakap pasal kita uhhh hebatnya dia hebatnya dia. Apa yang kita dapat? 


Sama jugak situasi bila berkawan dengan kawan-kawan yang leka hal agama. Mungkin diorang terlupa kot. Keluar enjoy-enjoy, makan-makan, sampaikan tak ingat waktu solat. Disebabkan terlampau nak jaga ikatan silaturrahim antara satu sama lain sampaikan nak cakap ngan kawan "Aku nak pergi solat kejap" pun susah. Takut kawan terasa hati, ni perli aku ke ape kan? kan? kan? Pernah tak macam tu?


Mengapa kita terlalu nak dapatkan penghormatan dari manusia? terlalu menjaga hati manusia? terlalu nak menjaga hubungan antara manusia sehinggakan mengabaikan hubungan kita dengan Allah? Siapa diri kita sebenarnya? Dari mana datangnya kesenangan yang kita ada sekarang ni? Dari mana rezeki ini datang oh? Ayuh lah kita renung-renungkan~


** Ingat! Kesenangan juga merupakan satu ujian dari Allah. Semoga kita sentiasa beringat. Takkan selamanya kita di atas, belajar tunduk dan tengok ke bawah. Satu hari nanti pasti kita ke sana juga.






Wednesday, September 25, 2013

Berfikir dengan fikiran, hati dan iman.



Aku dapat rasakan zaman muda aku sedikit demi sedikit dah beransur pergi dan sesungguhnya aku rela hati melepaskan saat itu untuk masa depan yang lebih matang. Ehemmm. *Sila baca dalam nada yang serius*.


Facebook. Aku dah hilang keseronokan terhadap benda alah ni bila makin lama manusia jadi makin tidak waras menulis status yang sebenarnya boleh menjatuhkan aib sendiri, orang lain, bergaduh, memerli. Lebih parah bila post yang dipaparkan umum tu selalu nak tunjuk diri sendiri teraniaya, tunjuk diri kita lah yang paling suci, kenapa orang suka cari kesalahan kita, berdoa semoga orang yang menganiaya kita tu dapat balasan setimpal dan bla bla bla. Ehhh, kita pun sama je lah. Mungkin tak perasan, kalau betul kita baik tak payah nak post status macam tu. Diam je. 


"Akibat salah guna facebook, ramai isteri nusyuz, ramai suami dayus.Fikirlah dengan fikiran, hati dan iman setiap kali ingin menulis status berkaitan dengan diri" Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman


"Silence often has the strongest voice"


:)



Tuesday, September 24, 2013

Esok akan lebih bahagia.




"Berhenti merungut, mengeluh dan menyesal. Tulis apa yang kita syukur dari dulu sehingga kini. Insyaallah, esok akan lebih bahagia"  


Kenapa orang lain boleh dapat kerja yang bagus je? Aku ni kerja biasa je, tak tetap. Jangan mengeluh, cuba tengok ramai lagi yang tak bernasib baik di luar sana yang belum dapat kerja. Bersyukur.


Eeee, jeles nye orang tu gaji tinggi, aku ni gaji rendah je cukup-cukup makan. Jangan merungut. Gaji rendah tapi aku duduk sekali dengan family abang, dah tak perlu bayar sewa rumah, bil air bil eletrik semua sharing. Mungkin yang gaji tinggi tu nak kena bayar kereta dan macam2 lagi. Bersyukur. 


Erm, dah ramai kawan-kawan yang dah kawen dan bakal kawen. Aku ni belum lagi tak tahu bila nak ke arah tu. Jangan sedih, aku tak kawen lagi tapi Allah kurniakan adik-beradik yang sangat menyayangi dan amik berat pasal aku. Tambah lagi dikelilingi anak-anak buah yang ramai, tak sempat nak rasa sunyi. Macam gini pun dah rasa bahagia. Bersyukur.




Jadi betul lah, cuba kita audit diri *baca dalam nada ala-ala Prof Dr Muhaya*. Jangan bandingkan dengan orang lain apa yang kita takde tapi senaraikan apa yang Allah dah bagi kepada kita. Kita tak sedar sebenarnya Allah dah bagi lebih dari apa yang kita minta dari Dia.


Tapi dah jadi lumrah, manusia jarang bersyukur dengan apa yang ada dan lebih mengejar/ merungut/ mengeluh dengan sesuatu yang takde atau belum ada. Percayalah tak semua yang kita nak itu adalah yang tebaik untuk kita. Mungkin Allah tak bagi sesuatu yang kita nak dikhuatiri kita akan lalai lalu menjauhkan diri dari Dia. 


Jom audit diri kita. Bermula dari sekarang, wujudkan satu diari dan tulis "Senarai Bersyukur" kita dari dulu sehingga sekarang! Semoga kita akan lebih tenang dan bahagia bila sentiasa bersyukur. Insyaallah.




Saturday, September 21, 2013

Dua tiga tahun pertama adalah fasa pembelajaran




Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.



Ewahhh, dah pandai pakai peribahasa gitteww. Hai, Assalamualaikum semua. Aku selalu ingat mak aku selalu pesan, sabar sabar sabar. Jangan ikut hati, kelak merana diri. Nak tunggu hidup ni betul-betul stabil memang makan masa panjang. Macam mak aku, sekarang je baru boleh hidup senang bila anak-anak dah besar. Tanggungjawab mak dah lepas, kalau dulu nak beli baju raya untuk diri sendiri setahun sekali pun susah sebab nak dahulukan baju anak-anak. Tiba-tiba rasa sedih, rasa macam aku ni dah tua rupanya. Sikit lagi masa mak dah boleh totally lepaskan tanggungjawab jaga aku untuk seseorang yang bergelar suami. Waaaaah kauu..


Pic source form Mr Google.


Kadang-kadang eh bukan kadang-kadang memang selalu datang perasaan cemburu dalam hati bila tengok kawan-kawan dapat kerja bagus, gaji bagus berbaloi ngan qualification, dapat beli kereta besar-besar. Terfikir mengapa lah perjalanan hidup orang selalu baik. Pastu cepat-cepat aku hilangkan perasaan tu sebab seolah-olah aku menidakkan dan mempersoalkan rezeki yang Allah bagi. Aku lupa yang Allah tu sesungguhnya Maha Adil dan Bijaksana. Mungkin rezeki aku belum muncul lagi, mungkin sikit masa lagi, esok atau lusa. Ya Allah, harap aku dapat bersabar menunggu saat itu.


Jadi bila aku pikir balik, dua tiga tahun yang pertama dalam alam pekerjaan ni merupakan proses pembelajaran iaitu fasa di mana kita menimba ilmu, mencari pengalaman, mengenal ragam-ragam manusia dan macam-macam lagi. Cuba untuk bertahan selama dua tiga tahun dah cukup menggambarkan bahawa kita berjaya melepasi fasa yang boleh dikira kritikal dalam hidup ini. Ada orang tak mampu bertahan, baru je kerja terasa banyak sungguh halangan dan cabaran, terus berhenti taknak kerja. Rugiiiii. Orang tua selalu cakap, kalau dah lepas dua tiga tahun yang penuh cabaran, lama-lama kita dah lali dengan situasi ini campak je mana-mana kita boleh survive. Insyaallah, ayuhlah kita semua BERTAHAN!


There are so many ways/ skills how to survive. Go and learn it! It will be effective one day.



Dah kumpul pengalaman at least setahun dua, kita dah boleh dianggap senior haaaa time tu lah baru kita boleh demand sikit nak up gaji ke ape kan. Kalau kena kes company yang sungguh kedekut nak up gaji dan bonus macam company aku ni yerrr diulang macam company aku ni yang sungguh tahik hidung masin, this is the best time to blaaaaah dari sini!!! Aku ni tunggu masa je tengah cari kerja sesuai, cari peluang for better offer, environment yang condusive, aku akan cabut lari. Harap masa tu, no extend dah macam last time aku buat dengan company lama. Diorang mintak aku extend keje sebab nak cari pengganti, aku ikut je. Last last aku sendiri makan hati hari-hari.


Memang dah lumrah, manusia takkan menghargai bila ada depan mata. Bila dah takde depan mata, baru terasa kehilangan bagai. So babaiii. Maksud aku bukan menghargai kita yang kerja bagus ke ape kan, diorang akan terasa kehilangan sebab dah hilang sorang pekerja yang korang boleh suka-suka bagi arahan dan tak pernah membantah, yang boleh dipijak-pijak dan macam-macam lagi. Aku sangat berharap di saat-saat terakhir ini, aku dapat bertahan dan berkerja dengan seikhlas yang mungkin. Insyaallah.


Diorang penyeri hidup aku bila aku rasa serabut. It's true how children can put away our stress even for 5 min only. More than enough!



P/S: Allah sayang pada orang bersabar. Ingatlah bahawa sesungguhnya sabar yang paling tinggi nilainya adalah sabar ketika ditimpa musibah, sabar ketika diberi ujian dan dugaan. Amin.

Thursday, September 19, 2013

Sales Executive??


Sales Executive.

Tiba-tiba teringat satu dialog beberapa tahun lepas masa berjumpa semula Dr. Azman (my co-supervisor Final Year Project) kat UTM;

Dr Azman  : Mariani, kerja apa sekarang?
Aku           : Tak kerja lagi dokter. Hari tu jadi cikgu ganti sekejap sambil sambil tunggu konvo la konon nak                    cari duit sikit-sikit.
Dr Azman  : Kenapa tak kerja? Susah ke nak dapat kerja?
Aku           : Takde lah dokter. Ada la jugak dapat dua tiga interview tapi position Sales Executive. Nak                           kena promote barang-barang makmal, kena pergi UKM la, UM la, UPM la, kena attend                             briefing pasal alat-alat terbaru. Tak minat lah dokter, lagi pun saya ni memang fail la bab nak                         mempromote barang-barang ni. Buat malu je kalau takde orang beli. Dah la taknak beli, siap                         buat muka lagi dekat kita. Iskkk malu lah saya.
Dr Azman  : Awak ni, belum cuba dah banyak complain. Bukan nak terima dulu, try dulu. Selagi tak cuba                        tak tahu. Cari lah pengalaman dulu. Sebenarnya kerja sales ni bagus, boleh upgrade skill                                komunikasi, cara kita bercakap dengan orang bla bla bla bla.




Tak semua orang ada kebolehan untuk berkerja dalam bidang sales. Biasa orang cakap nak kerja sales ni, muka kena tebal macam kulit kaki, kena pandai bercakap, skill memujuk mesti kena power. Aku? Ada la sikit-sikit skill memujuk tapi pujuk boipren je, nak pujuk orang suh beli produk kita memang babai lah. Kalau orang cakap taknak, aku akan stop takkan pujuk dah. Dah orang taknak, buat apa nak pujuk-pujuk lagi kan? Tapi aku perasan orang sales ni dia akan pusing jugak dari A ke B ke C ke D entah macam mana boleh sampai Z then last-last kita akan termakan pujuk jugak. That's the power yang kita kena ada kalau nak kerja dalam bidang ni.


Ada orang kata, skill ni datang secara semulajadi. Contoh; Skill kepimpinan. Kita boleh nampak kan seseorang yang mempunya sifat-sifat kepimpinan. Kalau dalam group, memang nampak dia lah berkaliber, volunteer untuk mewakili sesebuah kumpulan kan. Ada jugak yang cakap skill boleh dipupuk. Contoh; Tak boleh bercakap depan orang ramai, kurang keyakinan diri. Kalau kita selalu berlatih, public speaking misalnya, spontaneous kan lama lama kita akan terbiasa.


Masa mula-mula aku jejak kaki kat company sekarang ni, Victual Industries, seriously aku ni sungguh ragu-ragu boleh ke aku bekerja ni nak handle customer's complain. Alah, handle customer melalui phone call je pun. Perghh, memang berdesup jugak la jantung kena marah dengan customer, rasa takut dan seram sejuk je padahal bukan nampak muka pun! Aku nak bersuara pun rasa rendah diri. Tapi bila dah lama-lama, dah tahu taktik secara automatic kita boleh handle dengan baik. Kadang-kadang rasa terharu dan bangga jugak la kalau customer call "Hello, may I sepak to Yani", "Hai, Yani ada?", "Yani, I nak request Halal Cert, COA, MSDS bla bla bla bla". Awwww... kita dapat rasa ada orang selesa dengan cara kita berkerja. Rasa sangat dihargai.


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah setahun setengah aku kerja kat sini. Dah sayang ke kerja sekarang ni Mariani oii? Sayang tu ada lah sikit-sikit. Tapi sekarang ni aku mula rasa yang aku perlu improve diri, ada aim, ada target semua. Takkan selamanya kita kat satu tempat je. Bagi aku 2 - 5 tahun ni adalah tempoh mencari pengalaman kerja. Jangan nak demand sangat nak dapat kerja yang bagus-bagus gaji tinggi sedangkan pengalaman kita seciput. Insyaallah, suatu hari nanti akan ada rezeki Allah janjikan untuk orang-orang yang bersabar.


Kesimpulannya ape wehh? Hrmmm, mungkin aku nak buat kerja sales kot lepas ni. Nak cabar diri. Biasa kerja sales ni di'conquer' oleh orang Cina je. Tak ramai orang melayu buat sales. That's why aku sangat respect dengan orang melayu yang boleh bertahan buat kerja sales. okay, we will see how far Mariani bercakap besar, nak kerja sales konon. Phuiii..hahahahha