Hello semuaaaa...Assalamualaikum?
Alhamdulillah, esok cuti sempena Hari Buruh (1 May). Ekceli siapa yang sepatutnya dan selayaknya dapat cuti ni? Yang aku faham buruh ni macam buruh kasar kerja kontraktor buat bangunan di panas terik mentari. Orang kerja office macam aku dipanggil buruh tak? heee.. Syukur syukur syukur dapat la jugak escape otak sekejap kan dari kerja yang takkan pernah siap tuh.
Well, kebiasaannya bila ada public holiday mula lah shopping complex berderu buat sales besar-besaran, discount sana sini, buy 1 free 10, 2nd price @RM0.20 dan macam-macam lagi promosi kan. Masa ni la kaum-kaum wanita menggilaaaa!! Suka sangat mendera mental kitorang tau!! Mencik mencik mencik!
Bila time promosi gila gila sampai discount mencecah 99.9%, yang paling aku tak suka sekali adalah situasi menunggu giliran nak masuk fitting room. Kemain beratur panjang last-last baju yang dibawak masuk tak berkenan, tak muat saiz fuhhh penat beratur tau! Lagi satu bila nak membayar nya. Orang lain penuh troli shopping baju seluar, kita ni alahai sehelai je nak bayar? Tak berbaloi nak tunggu turn bayar kat cashier.
Tak tengok lagi situasi kat pasar malam, jalan tar, gedung murah! Siapa yang nak join aku mengaku yang kita semua pernah mintak discount lagi walaupun benda tuh dah di'discount' kan? Hahaha yang ini sumpah memang gila! Walaupun kesian kt jurujual, tapi bila dah dapat double discount mahunya tersenyum sampai ke telinga. Dah lupa dah rasa simpati pada diorang yang menjual, untung ke tidak?
Last time aku pergi kat Nilai beli rehal (tempat letak Al-Quran). Harga asal RM10. Abang bangla tu bagi la discount RM8. Boleh aku pergi mintak discount lagi jadi RM5!! Dia cakap tak boleh! "Alaaa, bagi la sikit lagi discount bang". okey la okey la saya bagi RM7.50. Okay!! Walaupun RM0.50 fuhhh tersenyum bahagia tau! Ni la contoh jenis muka yang tak tahu malu kan?
Pastu tengah jalan-jalan mata tertoleh banner "Sales up to 99.9%". Apa lagi??? Seraaaaanggggg!! Masuk je kedai tu:
"Alaaaa, patutlah murah. Baju nipis yang amat sampai orang seberang jalan sana pun boleh nampak (nak cakap tahap nipis nya kain baju tu)"
"Alaaaa, no wonder lah murah. Pattern lama, nak habiskan stok lama la tuh yang tak laku."
Amboiii, banyak cantik muka kan? korang nak yang macam mana? bayar RM10 untuk handbag ala-ala Channel original gred AAA? bayar RM10 untuk kain super high quality? Mintak tolong sedar diri sikit pelisssss.
Pernah jugak aku beli kain pasang/ela, mintak la discount.
"Abang, berapa harga kain ni semeter?"
"RM 12 semeter dik"
"Woh mahalnya. Tak leh discount ke bang?"
"Tak boleh, tu dah kira murah dah tu dik. Kain ni bagus, tak panas tak berpeluh, material bagus punya dari Korea bukan dari Vietnam, warna tak luntur, tumpah makanan pun tak tinggal kesan minyak bla bla bla"
"Alaaaa bang, turun lah sikit harga. Takkan tak boleh kot."
"Emmm, berapa adik nak beli? Kalau amik banyak kita boleh bagi discount la."
"Ehhh, takdelah. nak beli 4 meter je (1 pasang baju)."
Wakakakakakaka.. 1 pasang je pun, tu pun nak bising! Lainlah kalau kau beli 10 pasang nak bising-bising mintak discount pun takdelah malu sangat!
Kadang-kadang ada jugak aku pernah mintak discount benda RM2.00. Dah kira murah kan tuh? Tapi nak jugak try tanya boleh kurang lagi tak harga? Kau nak berapa? RM0.20?
Itu lah pe'el faveret orang-orang kita kan. Tak payah cakap orang lain, tengok diri sendiri tu dulu. hahaha..
okay la, selamat bercuti semua~