Wednesday, November 17, 2010

kebetulan atau hanya mainan perasaan atau memang ketentuan?

Kenapa kita perlu dengar cakap orang-orang tua? Bila orang-orang tua cakap camtu camni kita kena percaya sebab mereka ni makan lebih garam dulu dari kita. Betol ke? Pelik! Kenapa mereka perlu makan garam? hee. Pernah tak korang terpikir bila sesuatu perkara yang terjadi pastu tiba-tiba baru korang ingat "eh betol la orang tua aku pernah cakap camni". Adakah ini satu kebetulan atau mainan minda perasaan atau memang ketentuan dari Allah? Cuba kita tengok situasi ni.
I just wondering..:)
1. What?? MTeST KPLI pagi Sabtu pukul 9 a.m! Hari sabtu beb! kompem jalan jammed hujung minggu semua orang berpusu-pusu nak keluar shopping. Korang dah amik langkah berjaga-jaga,so bergerak awal pukul 7.30 a.m. Lepas tu ikut jalan pintas konon-konon nak save masa tapi sama je sebab terlupa. Ingatkan korang 10 orang je yang nak amik MTeST ni tapi rupa-rupanya ada 10 ribu orang lagi yang sama-sama menuju ke destinasi ITU. At last,masa perjalanan sebenar 20-30 minit je tapi sejam terperangkap dalam jammed. Orang-orang tua cakap kalau banyak sangat cabaran sebelum sampai ke sesuatu tempat maknanya itu satu petunjuk. Petunjuk yang macam ni bila dah siap mak tanya boleh jawab ke tak. Eh,boleh aja adala tembak 30 soalan.

2. Hari ni nak pergi shopping! Mintak tolong abang hantar pastu janji nak jumpa kat mana,pukul berapa. Dah siap,CALL! Baru je 20 saat perjalanan tetiba perasan eh, aku tak bawak handphone la, nanti cam mana nak call bila dah siap,jam pun tak bawak. Okay,patah balik nak amik semua tu. Pastu, mak pun cakap jangan ikut jalan yang sama,ikut arah sini pulak. Adakah akan jadi apa-apa kalau ikut jalan yang tadi?

3. Hari ni nak pergi shopping (asyik shopping je okay tukar nak pergi karaoke pulak) kat GIANT. Tapi sebelum pergi tu jadi macam-macam. Bersalah paham dengan kawan sendiri,call teksi takde yang free pulak semua bizi, tambah pulak dalam hati berbelah bahagi nak pergi ke tak. Bila dah kuar happy sana happy sini jalan sana sini at last baru perasan "eh,mana purse aku wei?". Ha'ah,yela. Mak aku pernah cakap jangan happy sangat nanti mesti menangis.

4. Hari ni kena balik Unibersiti,okay pack semua barang jangan ada yang tertinggal apa-apa nak pergi jauh ni. Sampai masa okay bertolak. Dah lebih separuh perjalanan ke stesen bas eh tertinggal itu la ini la. Okay,diam! Tak boleh nak patah balik dah. Tak tahu sama ada nak jimat minyak kereta atau takut tertinggal bas nanti atau memang tak elok patah-patah balik ni?

Kebetulan ke semua ni? Saya nak share kat sini satu benda. Saya pernah dengar ceramah motivasi dari Dr. Fadzillah Kamsah melalui CD je bukan depan-depan pun. Contoh situasi yang beliau gunakan 'kalau la kereta depan kita tiba-tiba eksiden dengan kenderaan lain pastu terus kita cakap Ya Allah, MUJUR aku lambat sedikit kalau tak mesti kena jugak ni'. Beliau cakap perkataan MUJUR yang kita gunakan seolah-olah kita ni tak redha dengan ketentuan Allah. Sememangnya benda tu Allah nak jadikan sebegitu dan time tu jugak, kita takde kuasa nak nafikan. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. Ceywahhh. Tiba-tiba rasa nak on lagu Aizat- Hanya Kau Yang Mampu. Tak pun lagu Suratan atau kebetulan.:D  

9 comments:

YAT said...

ak plak pnah cmni..

aku : ibu, rs nak mkn ns gorengla. tp nnt jela..pas blk jln.

ibu : tak boleh! kalo sebut nasi goreng, kne gak jamah. tunggu jap..

persoalan,, knape dgn nasi goreng?

spupu (smbil drve): rase nak makan tauhu bakar la.. eh, da sebut2 kne la hisap jari. takut kempunan..

aku : ye ke?????!

mar yanie said...

haha..macam2 weh..xtaw sbnrnya ade 'tulah' ke di sebalik kata2 or perbuatan kita ni..aku pun xphm..mmg dorang terlebih mkn garam..:D

miss luluScya said...

wah ! sm la.. kte pn pegi MTEST.. byk halangan .. sesat . nasib pegi kol 8.00 pg.. pastu ... igtkn tempat dekat.. sekali jauh.. sejam baru smpai.. tepat 9.00 pg smpai. selamat amik MTEST :D

mar yanie said...

miss lulu..insyaallah..tu petanda akan lulus MTeST..dh berjaya mengharungi halangan tu hahaha..:D

abid_PM said...

kena redha je la :)

mar yanie said...

abid..memang kena redha dgn setiap yg berlaku..:)

YAT said...

aritu g mtest pon byk halangan:

-pg2 tu bru thegeh2 nk print tiket(sbb mlm lupe)

-plan nak bekpes roti tampal kat kdai fevret ak (tp xsempat!)

-odw tu nak tberak. singgah petronas skali air kt toilet slow sgt! sabo jela nk menadah.

-jln sesak, nk cr skolah 1 hal sbb xtau. last2 smpai ngam2 da nk msuk clas.

yanie, ni ptanda pass jgk ke? hehehe

mar yanie said...

YAT..klu pass aku tabik spring..hahahaha..insyaallah dapat..:)

Anonymous said...

Saya ingin memposting sesuatu seperti ini di website saya dan ini memberiku ide. Cheers.