Saturday, November 27, 2010

Rasional pantang larang


eh, okay apa dapat bisul free yang orang tak nak dapat bisul kena bayar ekeke

Korang biasa dengar tak pasal pantang larang yang entah zaman bila lagi wujud entah betul ke tidak. Kepercayaan ni sebenarnya wujud masa zaman nenek moyang kita lagi lepas tu diperturunkan secara lisan turun temurun. No wonder la sampai ke hari ini pantang larang ni masih wujud dan mekar dan masih diamalkan. ceywah.


Tak tahu la pulak sejauh mana kebenaran pantang larang ni. Tahu-tahu je selalu kena warning oleh orang-orang tua tak boleh buat itu dan ini nanti jadi macam itu dan ini.


Orang cakap pantang larang ni bertujuan untuk mendidik masyarakat terutama sekali generasi-generasi muda macam saya kita ni supaya penerapan nila-nilai baik terus diamalkan dalam kehidupan seharian.


Okay jum tengok pantang-larang yang popular.

Dilarang bersiul dalam rumah,nanti ular masuk dalam rumah. Rasionalnya:Kalau ular masuk dalam rumah bukankah itu sangat bahaya?

Tak boleh duduk atas bantal, nanti naik bisul.Rasionalnya:Bantal kan untuk letak kepala, mana boleh sama taraf kan punggung dengan kepala kan.

Tak boleh duduk atas tangga time maghrib, nanti kena rasuk hantu. Rasionalnya: Eh, dah time maghrib pegi la sembahyang. Waktu maghrib sekejap je tak macam isyak,esok pagi boleh sembahyang lagi kan.

Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam,nanti bawak sial.Rasionalnya: Tak nak bagi tercucuk jarum la,malam-malam mata tak nampak sangat.

Jangan tidur lepas makan, nanti perut buncit.Rasionalnya: Proses penghadaman kita ambil masa 2 jam untuk proses.

Kalau makan nasi kena habiskan,kalau tak nasi tu menangis.Haaa,yang ni agak seram. Kalau dapat dengar nasi menangis macam mana gamaknya. Rasionalnya: Tak elok membazir.

Ibu hamil tak boleh lalu bawah ampaian nanti dapat anak gagap. Betul ke? Padahal tak nak bagi tersadung,jatuh semua kan.

Yang ni agak famous.Jangan memukul mendera binatang nanti anak jadi cacat. Rasionalnya:Untuk mengelakkan penganiayaan ke atas binatang.


Hari tu ada cakap kat adik tutup la buku kalau tak nak study or nak pergi mana-mana, nanti syaitan berak.akibatnya apa yang dibaca susah nak masuk dalam otak. Padahal tak nak bagi tahik cicak bersepah merata-rata kat buku. Eh,ni dikira pantang larang jugak tak? Saya tak tahu dari mana saya dengar benda ni haha.


Sebenarnya terlalu banyak pantang larang ni kalau nak list ni tak cukup ruang. Korang ada tak pantang larang yang jarang kita dengar. Minggu lepas saya ada post entry yang berkaitan dengan pantang larang jugak.Kalau nak baca klik sini


P/s:kadang-kadang ada antara pantang larang ni jadi betul-betul.Tak tahu itu kebetulan ke ape kan.:)

7 comments:

twinkle twinkle said...

ade ke yg jd betul2?

mar yanie said...

twinkle..entah le..kadang2 jd betol2..myb kebetulan je..:)

YAT said...

jgn potong kuku mlm2 ahad, nnt pendek umur.

anak dara jgn dok kat tangga, nnt xde org pinang.

anak dara jgn menyanyi kat dapo, nnt dpt laki tua.

hehehe~

mar yanie said...

yat..yg no 3 tu aku salu bwat. klu xdpt laki tua xtaw ah hahahahaha

AesyaZealous said...

nice :)

mar yanie said...

aesya..thanxx..:)

♥e'in♥ said...

best2.. ;)