Sunday, December 26, 2010

Kerinduan pada zaman kanak-kanak

Rindu!! I miss my childhood so much.



Bangun pagi, celik mata terus pikir nak makan apa, nak main masak-masak tak pun permainan yang intelek sikit nak main doktor-doktor eh tak la nak main jual-jual guna pasir sebagai nasik, daun bunga raya dihiris kecil-kecil buat macam ulam gitu, batu jongkong tiga tongkol nak buat ala-ala dapur, tempurung nak buat kuali T T. Dulu duit habis buat beli pisau lipat 20 sen. sekarang ni rasanya dah cecah 50 sen kot tak pun lagi mahal. 


 
Pernah tak time kat sekolah dulu selalu nak compete dengan kawan-kawan siapa lagi advanced (budak-budak memang selalu camtu) ada barang itu ada barang ini. Siapa-siapa yang bawak pensel warna 'LUNA' (bukan Luna Maya okay) wah hebat! Kalu tak silap harga dalam RM 3.50 time tu. siapa yang beli yang ada 24 batang tu gila hebat dan kaya! Pastu kat tempat buka yang lipat tu mesti tulis 'Jangan ambil tanpa kebenaran. Hanya ahli keluarga saja' including me tulis macam tu kikikiki.



Pastu pemadam ni kalau boleh tak nak yang putih biasa ni harga 10sen. Nak yang ada bau oren, nanas, pisang la-mahal woo 30 sen tu. Pastu tiba-tiba mengalah bila ada kawan bawak eraser yang boleh tekan kluar macam panjang tu. Frust!

Eraser yang boleh padam kalau tulis dengan pen. Boleh padam sampai kertas terkoyak-koyak haha

Masuk pulak bab 'glue/gam'. Tak nak la yang warna putih yang macam hingus tu. Nak yang macam glue stick gitu. Kalau guna macam keluar tak nak keluar je gam nya nanti bila dah tampal kat dalam buku tak jadi gelembung. Kalau guna gam yang macam hingus tu bila dah tampal dalam buku tulis yang 50 mukasurat dah rasa macam buku 100 mukasurat pulak. 


 
Ada lagi yang best. Dulu buku karangan dah habis beli buku baru. Buku yang lama kena tampal dengan buku baru. siapa-siapa yang tampal sampai 4 5 buku memang hebat la rajin tulis karangan, mesti pandai. Pastu siapa pakai spek masa zaman kicik-kicik mesti kompem 'ni mesti budak pandai! kuat baca buku,kicik-kicik dah pakai spek'.


 
Then, zaman ber'kakak angkat' pun ye jugak time tu. siapa yang takde kakak angkat memang menyedihkan la nampak sangat tak feymes T T. Kicik-kicik dah pandai pikir camtu. Lagi masuk bab kasut pulak. Darjah 1,2,3,4 pakai kasut sekolah yang tampal tu. Naik darjah 5, 6 say no to kasut macam tu. Nak kasut yang bertali! baru cool. Bag pulak tak nak dah yang zip banyak-banyak. Orang dah pakat pakai bag galas yang ada tulis 'Outdoor' time tu. Memang cool gile.


 
Tu tak masuk lagi bab liquid, pensel dan lain-lain lagi. Pensel tu ada yang feymes yang boleh cabut bila dah tumpul. Cabut yang tumpul masuk kan kat belakang sampai semua tumpul pastu beli yang refill. Ada lagi kan pensel macam tu. Nak google image pun tak jumpa.


 
Conclusion nye nak cakap jadi budak-budak ni best. Tak yah nak pikir masalah duit sangat, mintak dengan parents je sebab ada alasan kukuh kicik lagi tak kan nak keje carik duit sendiri kan. Bangun pagi pegi sekolah main dengan kawan-kawan. Bila dah tua cam sekarang ni nak bangun pun malas. Celik mata je kena pikir itu ini, Nak cari keje la, nak makan apa (makanan yang mahal-mahal tak usah cakap la kena limit to once a month tak pun once a year).


 
~Times really flies away~


mish them so muchhhh..T T


p/s: cam dah lama gile tak makan KFC dan sewaktu dengannya.

ahhhh..nak3!!!

8 comments:

Encik Psychopath said...

sedikit persamaan.

mar yanie said...

sobs..rindu zaman lama..T T

mar yanie said...
This comment has been removed by the author.
aNnE said...

betul la..rindu nak sekolah balik:(

huhu:)

muhamadsufian89 said...

best skolah rendah dulu..masa rehat main zerofine dgn budak pempuan..haha

mar yanie said...

anne..taw xpe..nk pinjam time machine ngn doraemon undur balik zaman dulu..T T

si kacak..macam2..haha

Marya Hana . said...

hai 1st time jejak sini.

terflash back zaman kanak2 bile tgk kaler luna tuu.
dlu2 kemain mahal, sekarang ni adik2 kite x menghargai, kaler tu siap baling2 je.. T,T

mar yanie said...

marya..budak skang ni dh hilang sebatang dh nak beli yang baru..T T