Wednesday, January 26, 2011

Mimpi

Kita selalu dengar orang cakap mimpi ini mainan tido je tapi tak tahu la camne mimpi ni boleh start bermain wayang kan. Bila dah lalok terus tetido tup tup bangun pagi eh semalam rasa macam ada mimpi la.

Okay, pagi tadi masa saya terjaga tido tak pernah saya ada perasaan yang camni. Perasaan apa? Perasaan yang sangat bengang!! Kenapa? Okay,kronologi nya macam ni.

4.00 a.m: Baru nak masuk tido dah lalok tahap gaban mentang-mentang esok (hari ni) off tak payah keje.


Dont know the exact time: Terus tetido tak sedar ape.


6.00 a.m: Jam henset berbunyi sebab semalam abang pesan kunci jam dia nak bangun awal pegi keje. Tapi biasala bunyi jam snooze dulu dalam hati (eleh,abang tak kan bangun nye kul 6.gile awal kot!


6.45 a.m: Bunyi jam lagik! tak tahu berapa kali TERsnooze dengan tak sengaja. Dalam otak Subuh subuh subuh belum lagi, abang tak kejut lagi!!


*keluar bilik cari abang tak jumpa.heeee dia dah pegi keje.


Okay hari ini off day ataupun cuti ataupun tak perlu pergi keje. Dalam otak sekarang ni tido!!!


7.00 a.m: Masa untuk tido.


10.00 a.m: Terjaga tido. Adei ganggu betol la. Sebab time tu tengah mimpi pegi shopping dengan sorang kawan yang saya rasa macam penah kenal tapi tak dapat ingat siapa. Time tu dah masuk KFC siap order. Hancur luluh harapan belum sempat order tu sampai saya dah terjaga tido.


Then, tengok jam eh baru pukul 10,sambung tido lagi la. Eh, bukan. sambung mimpi nak tunggu order KFC sampai nak makan dulu baru betol-betol nak jaga dari tido. TAPI tak dapat sambung mimpi tu. So,paham tak perasaan saya camne skang ni? Lama gile kooot tak makan KFC dwit takde. Haish!

from mr. google

Pernah tak korang cuba-cuba nak sambung mimpi? Pernah tersambung tak? 


*tiba-tiba teringat zaman dulu selalu tido dalam kelas tekup muka kat meja. Entah mimpi ape entah jatuh bangunan ke jatuh longkang ke ape tiba-tiba sawan jap kat meja. Semua orang dalam kelas pandang. Oh,so shy. 


*ada gak orang penah cite mimpi pegi toilet, ingatkan betol-betol toilet tapi rupa-rupanya kat katil lagi.So, selamat la di situ hahahahaha..


Sebagai pedoman:
Rasulullah pernah bersabda;
Jika masa semakin dekat, mimpi seorang muslim nyaris tidak pernah dusta. Muslim yang paling benar mimpinya adalah yang paling jujur perkataannya. Mimpi seorang mukmin merupakan satu bagian daripada 46 bagian kenabian. Mimpi ada 3 macam: 1. Mimpi yang baik sebagai berita gembira dari Allah, 2. Mimpi seorang muslim yang dialami oleh dirinya sendiri, 3. dan mimpi yang sedih itu datang dari syaitan. Jika salah seorang dari kamu mengalami mimpi yang tidak disukai, janganlah menceritakannya kepada orang lain,sebaliknya bangunlah,kemudian solatlah.

Sekian, wassalam.

Wednesday, January 19, 2011

Awan Nano


By Hafiz AF7

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melmpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Aku lah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano 
Setia melindungi diri 
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenar mu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air mata mu kasihku
Sehingga kau katakan
Aku lah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirku walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimana pun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir 
Dan tak kan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimana pun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walau tak akan tercapai jejarimu

Wednesday, January 12, 2011

Kadang-kadang mengarut itu relevan.



Kadang kadang kita akan rasa sesuatu benda tu mengarut tapi bila betol-betol jadi baru la mula nak 'eh,betol la orang dulu-dulu cakap tu'. Bagus jugak ada pantang larang ni, semua orang akan patuh.


Mr Google: Pisang kembar
Well, korang nampak tak pisang kembar tu? Orang cakap makan benda-benda berkembar ni berkemungkinan akan dapat anak kembar. Betol ke? Bunyi cam mengarut je tapi bila betol-betol terjadi baru la nak percaya semua ni. Start esok nak cuba cari makanan yang berkembar la *double cheese burger*.


Lagi orang cakap kalau dah jamah makanan jangan nak beralih-alih tempat lagi. Kena makan kat situ jugak walau kawan-kawan panggil ke apa ke takut kawen ramai. Tapi sekarang ni orang dah tak takut kawen ramai, lagi suka ada la :D.. Then, kalau makan pinggan bertindih nanti dapat isteri dua. Haish, makin ramai la lelaki akan konon-konon buat tak sedar ambil pinggan bertindih keh keh keh.

Thursday, January 6, 2011

Sebelum dan selepas

Orang cakap bila dah kerja carik duit sendiri baru tahu betapa susahnya nak dapat duit. Bila dah sedar betapa kepayahan nak dapat duit kita akan lebih menghargai dan menyayangi duit-duit itu. Tapi itu orang lain yang cakap. Tak semestinya betol kan. 


  Tapi some of us, bila dah ada duit sendiri kita akan lagi boros sebab kita tahu itu duit kita. Kita yang keje, so suka hati la nak belanja itu ini, hello itu kan duit kita, kenapa perlu ada sekatan nak beli itu ini?

 
So, when it comes to "gaji" apa yang kita plan kadang-kadang akan berada pada landasan yang betol jika disematkan dengan azam yang kuat kalau tak memang akan jauh tersasar dari tu haha.




Dia akan jadi macam ni:

Lists sebelum gaji:
*Anggaran gaji RM1200

Untuk ma & abah: RM 200
Makan: Beli lauk je balik nanti tanak nasi sendiri jimat duit
Nak beli baju: Yang murah-murah dan berpatutan je boleh beli banyak
Part facial: Beli pencuci muka yang mana dah habis,toner pelembap yang biasa guna
Kasut selipar: Beli yang RM15 je ada banyak yang lawa-lawa
Saving: RM 200
Saving minyak kereta, tol: RM150






Lists selepas dapat gaji:


Makanan: Nak KFC, mengidam secret resepi.
Baju: Beli 2 helai je sebab pegi rembat yang mahal!
Facial: Dari pencuci muka shurah (murah) kepada Olay, Loreal (mahal)
Kasut selipar: Beli yang mahal dan berkualiti konon nak carik yang tahan lama
Saving minyak kereta, tol: RM50 je dan kalau tak cukup mintak derma dengan abang
Saving: Baru first time dapat gaji tak perlu saving lagi, banyak masa lagi
Duit ma & abah: Start bulan depan la bagi, ini serius!!

Wednesday, January 5, 2011

Dewasa



Dah 5 hari masuk tahun 2011 saya baru sedar yang saya tak sedar bila orang tanya umur awak berapa saya jawab 22 tahun padahal yang selayaknya 23 tahun. Sungguh tak malu.


Kalau dulu kicik-kicik masuk tahun baru terus tukar dari 7 tahun kepada 8 tahun walaupun D.O.B lambat lagi. Eh, ingat lagi tak apa tu D.O.B? *date of birth~terasa sangat old skul ngee~*


Lately, saya asyik teringat zaman-zaman muda remaja yang full of enjoys tak perlu pikir banyak-banyak. Pikir belajar belajar belajar je. Ceywah, belajar je? Yer, takde nak pikir pasal dwit. Tapi sekang tiba-tiba datang ke dalam kepala minda benak pikiran ini sepantas kilat zaaaaaappppp OMG my RM30k hutang PTPTN hahahahaha. Bila nak bayar?????




That pic-one of my precious memory masa jadi cekgu ganti dulu tapi nak cakap jadi budak-budak kat belakang tu lagi best!! Tak macam cekgu baju besar kaler hijau tu, dah la kena lari sana sini nak handle students last sekali im lost di kalangan mereka dek oleh kebesaran tubuh badan mereka heeee perasan kurus!! :D


p/s: hargai setiap detik yang dilalui dan jangan lupa rakam dengan kamera sony,coolpix bukan kamera handphone untuk imej yang lebih jelas :D

Sunday, January 2, 2011

Lembut gigi dari lidah.

Siapa sini punya gigi lagi lembut dari lidah? Angkat tangan!
Kenapa peribahasa 'lembut gigi dari lidah' diberikan nama sebegitu rupa?
Semua orang tahu gigi tak kan lembut dari lidah.Tapi ada sesetengah orang memang ada kepakaran 'melembutkan' gigi dari lidah nya. 


Bila dah kerja macam-macam perangai kita boleh tengok. Full of colors especially yang ada pada BOS. Kenapa kalau kita ni jadi 'bos' kerja utama kita mesti nak marah staff bawahan? Kadang-kadang no no bukan kadang-kadang tapi selalu jugak saya terpikir mereka ni tak pernah buat salah ke masa kerja awal-awal dulu. 

Pehal ko ni lembap sangat hah?


Saya paling tak suka kalau kita first time buat salah I mean salah untuk benda yang logik supaya kita dapat belajar pastu kena kondem "kau ni pehal? @ apa yang susah sangat? @ apa yang kau buat lama sangat tu?". First week kerja dah nak kena perfect. Kalau tak perfect hrmm kiranya 'kau ni so lembap la'. Sedih tak? Mungkin mereka ni pikir kena pandai handle staff bawahan nanti diorang pijak kepala. Hello, ada je bos baik yang orang tak pijak kepala.


This week saya rasa sangat down. Kena marah teruk. Padahal dia yang bagi arahan tak betol pastu nak salahkan kita pulak. Bila saya called staff biasa tanya nak buat macam mana ini itu, elok je bagi arahan. Tup tup arahan yang bos bagi tu salah. Tapi yang sedihnya bos tak mintak maap pun. Memang satu lagi perangai bos tak boleh nak mintak maap dengan staff bawahan ke? Nanti jatuh maruah. 


Tak lama lepas tu bos call "erk, cam mana nak cakap ek. Akak tak dapat datang la, suami sakit tak dapat hantar. Akak amik cuti la ok. Ala, rasa bersalah sangat. Kecian kau kena buat keje full kul 8.30 pagi-11.30 malam.". Amboi cakap memang tip top la. Esok masuk keje terus kondem kenapa cik kak kau buat macam ni macam tu. Kau tak baca ke? kau main amik je. Sedih gila rasa macam nak nangis. Memang dah menangis pun. Rasa cam nak mintak je kat bos "Tolongla buang saya dari kerja ni".  


Pada saya nama je bos tapi kalau perangai macam tu sikit pun saya tak respek walau tinggi mana dia belajar walau tinggi mana pangkat nya,apa yang saya tahu gigi mereka tetap busuk. Wekkkk!!  

Gigi orang yang pangkat tinggi pun tetap busuk masa bangun pagi keh keh keh



After all, I realized pegi mana-mana pun working environment tetap sama. Tak boleh lari dari ketensionan. So, Saya pikir apa-apa pun saya mesti bertahan!!

Saturday, January 1, 2011

Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru

01.01.11




Comel bukan? Tak perlu tunggu 11.11.11 nak create memori terindah dalam hidup. Hari ini pun boleh. So, I wish hari ini akan bermula dengan baik dan untuk hari-hari seterusnya. Azam? Tak boleh nak cakap sebab kena cari azam dulu yang entah di mana-mana. But one thing I wish I will be a better person than yesterday.




HAPPY NEW YEAR!!


GOOD BYE ALL SADNESS!!
GOOD BYE 2010!!
(I'm gonna miss all the moment i've created on 2010)
WELCOME TO ALL HAPPINESS!!
WELCOME TO ALL LUXURIOUS!!
WELCOME AND WELCOME 2011!!