Skip to main content

Sebelum dan selepas

Orang cakap bila dah kerja carik duit sendiri baru tahu betapa susahnya nak dapat duit. Bila dah sedar betapa kepayahan nak dapat duit kita akan lebih menghargai dan menyayangi duit-duit itu. Tapi itu orang lain yang cakap. Tak semestinya betol kan. 


  Tapi some of us, bila dah ada duit sendiri kita akan lagi boros sebab kita tahu itu duit kita. Kita yang keje, so suka hati la nak belanja itu ini, hello itu kan duit kita, kenapa perlu ada sekatan nak beli itu ini?

 
So, when it comes to "gaji" apa yang kita plan kadang-kadang akan berada pada landasan yang betol jika disematkan dengan azam yang kuat kalau tak memang akan jauh tersasar dari tu haha.




Dia akan jadi macam ni:

Lists sebelum gaji:
*Anggaran gaji RM1200

Untuk ma & abah: RM 200
Makan: Beli lauk je balik nanti tanak nasi sendiri jimat duit
Nak beli baju: Yang murah-murah dan berpatutan je boleh beli banyak
Part facial: Beli pencuci muka yang mana dah habis,toner pelembap yang biasa guna
Kasut selipar: Beli yang RM15 je ada banyak yang lawa-lawa
Saving: RM 200
Saving minyak kereta, tol: RM150






Lists selepas dapat gaji:


Makanan: Nak KFC, mengidam secret resepi.
Baju: Beli 2 helai je sebab pegi rembat yang mahal!
Facial: Dari pencuci muka shurah (murah) kepada Olay, Loreal (mahal)
Kasut selipar: Beli yang mahal dan berkualiti konon nak carik yang tahan lama
Saving minyak kereta, tol: RM50 je dan kalau tak cukup mintak derma dengan abang
Saving: Baru first time dapat gaji tak perlu saving lagi, banyak masa lagi
Duit ma & abah: Start bulan depan la bagi, ini serius!!

Comments

padle said…
hehe..xpe2..gaji bulan dpan ade lg kan..
YAT said…
haha. pnah berlaku kt ak. asal jgn -ve je dhla. ko keje kt kl ke? or hometown?
mar yanie said…
yat..kat seri kembangan lorr

padle..yer2..ade bnyak ms lg..:D
apex said…
hahaha nice entri.teringat time mula-mula keje dlu :)
mar yanie said…
haha..biasenye problem ni jd time 1st 2nd gaji je..bila dah lama baru pndai control dwit..:)
fa-in said…
hahah..risau weh nak tnggu abis study..
kne keje segalak,walaaa~
popo said…
hehe....cari gaji byk lg..hihihi..belajar lah rajin2
atiq atikah said…
yani..pling suka kat part''kita keja,duit kita"haha..
mar yanie said…
atiq..betol kan? hahaha
Riha NCL said…
kdg2 tu kita teringin benda2 yg dh lama kita nak. x salah. reward yourself.

tp bulan kedua nti, start berjimat balik ok.

keep it up, mar!!!

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…