Skip to main content

Pertunangan orang Tg. Karang



Halliiiiuuuu uolsss....


Selamat Hari Thaipusam semua. Kepada yang berkerja tu, aku tersangat la cemburu. Aku ni makan tido makan tido je, takde kerja nak buat. Esok pun still cuti, haishhh nak patah dah tulang ni sebab tak biasa duduk tak buat kerja ni *statement mintak tampar* kahkahkah.


Okay, hari ni aku ada sikit masa eh betul sikit je masa nak update blog lepas ni nak pegi tuisyen pulak. Jadi aku nak cerita pasal E-Day Cik Yati budak Tg. Karang tuh. Phewww, namanya Tg Karang area Kuala Selangor tapi rasa macam dah nak pergi Perak dah. Kalau pergi depan sikit terus ke Teluk Intan. 2 jam setengah jugak lah.


Semoga Berkekalan sampai bila-bila Yati & Alif.


Aku pergi ngan Ain, kitorang sampai dalam pukul 11.45 a.m. Pandang kanan kiri eh memang kitorang tetamu pertama sampai. Tolong la apa-apa yang patut, tapi dah bukan apa yang patut dah bila kitorang dah canaikan 4 hantaran lagi. Dah memang rupa roti canai dah, bidan terjun la katakan dengan warna lari tema. Yati pulak cakap takpe design camne pun asalkan siap, dia dah tak cukup tangan dengan nak bermekap lagi. Dan sampai habis majelis pun kitorang rasa Yati tak sempat tengok hasil gubahan weolss. Nanti bila dia tengok dalam gambar kompem terkejut gagagaga.


Sebenarnya banyak benda yang aku belajar dari pertunangan Yati ni. Dari hari kitorang teman beli barang-barang tunang sampailah ke hari majlis tersebut. Kitorang memang terkejut, masa beli dulu punya la beli riben pink, biru, bunga biru, bunga putih tapi entah ke mana menghilang. Aku tanya yati, mana tema pink dan biru tu? Yati pun geleng kepala, katanya hantaran hari tu semua serah kat emak n nenek dia yang buat. Kitorang gelak jeww, dalam hati ni terus cakap "Nampak je senang tapi rupanya susah jugak nak buat pilihan". Kadang-kadang kita plan macam tu, last minute tukar plan, tapi biasanya planning last minute yang menjadi.


Walau apa pun warna tema, dah selamat pun siapkan 18 jenis hantaran. Hapeeeee?? Tak caya ke? Betul! 18 hantaran sebelah pempuan berbalas 21 hantaran dari pihak lelaki. Haaaa, sesuatu yang baru aku tahu. Awal-awal aritu aku pun ada tanya kenapa banyak sangat? Biasanya tunang pakai sikit je hantaran. Rupa-rupanya adat diorang kasi hantaran banyak-banyak masa tunang, time kawen nanti dah tak payah bawak hantaran lagi. Bawak diri je. Owhhh, gittewww ke?


Siapa kata cinta zaman sekolah cinta monyet? Respek betul kat diorang lama  tuh..
Okay, taknak cite banyak, meh la zoom gambar yang aku sendiri curik kat fesbuk diorang. Aku memang tak sempat pun nak bergambar haritu sebab duk serve orang makan hewhewhew.






Set Nouveles Visage yang mahal tuh. Haish, mulai sekarang aku memang kena cari produk skin care yang mahal-mahal ni. Nak letak buat hantaran nanti nampak cantik jew harharhar.






Owh, yang apam kaler merah tu aku ada amik dua bijik bawak balik, makan dalam kereta. Dua bijik yang bentuk love tuh hewhewhew.











Tak menahan yang ni kitorang siap cakap kat Yati, Alif dah bagi amaran tuh. 1 hantaran full set sayur kubis, carrot, lada, lada benggala, kacang panjang. Suruh prektis memasak awal-awal lettew kot. Actually, ni 1st time aku tengok hantaran sebegini. Idea yang menarik jugak lah, sweet jew.




Aku pefeeling lebih-lebih. Kat fesbuk ramai yang tanya aku tunang ke? Taknak la komen, pandai-pandailah diorang baca komen yang sebelum tu. Mesti tengok picca terus komen, tak baca apa yang orang dah discuss kat atas tuh. Yang menakutkan, aku nampak gemuk. Bukan, memang dah naik berat pun! Baidewei gambar hantaran yang 3 kat depan tuh adalah hasil gubahan tangan aku ngan ain. Kuning, biru dan riben oren. Lari tema tak terkejar rasanya.




Ho hem jeeee.. me looks so tembam. Hari tu pun sebenarnya aku malu sebab pakai baju sama tema pulok. Nasib baik pakai shawl kosong tak berlabuci hewhewhew.



Yati with her bestfriend, Ain. Orang yang paling excited dengan pertunangannya. So sad, kalau lah cukup satu column lagi Zara datang mesti meriah. Takpe, time aku nanti aku nak paksa semua datang. Eh, ada nak datang ke jauh? Aku nak pegi Tg Karang 2 jam setengah pun dah rasa jauh. Haaa, mungkin itu lah yg kawan aku pikir nanti, jauhhhhhhh.. Takpelah...tsk tsk tsk..




Okay, ni adalah second round aku makan. 1st makan nasik udang sambal petai phewww  yummi. Pastu semua orang balik, aku bedal pulak ayam goreng 3 ketul, ayam goreng dia ala-ala KFC beb. Hoi, camane tak gemuk?




Tengok!!! Ini betul-betul sebelum balik, sempat makan fruit tart, apam dan kek hewhewhew.. Lastly, selamat berbahagia Yati & Alif. Bercinta sampai ke Syurga~


Daaaaa~




Comments

YAT said…
Tahniah.. Aku sdg mengomen sambil bekerja di hari minggu.. Hahahah
mar yanie said…
pokus mek..jangan curik tulang..x berkat taw!! :D

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…