Saturday, January 5, 2013

Ramalan AJL27.



Awas, ini bukan entry saje2  taw. Aku dibayar hokkay untuk buat spekulasi atau ramalan keputusan AJL27. Pangggg!! Eh, verangann, sape yang nak bayar aku? kihkihkih. 


Sekali lagi siapa yang agak-agak dah terlupa lagu apa yang masuk bertanding, nah ini diaa dah ikut turutan persembahan nanti;

1. Bed Room Sanctuary - Lagu ; taknak komen lagu ni sebab kurang gemar. 

2. Black ft Malique - Teman Pengganti ; ermm, no komen jugak sebab aku memang tak pokus part bercakap-cakap tuh. Kalau lagu ni on air aku cuma tahu nyanyi part Black jeww. 

3. Shylla Amzah - Patah Seribu ; aku suka je lagu ni, tapi ramai yang tak suka. Tak tahu kenapa, sama ada tak suka lagu atau tak suka Sharnaz tuh. Kaitan sangat Sharnaz dengan lagu ni. 

4. Azlan & The Typewriter - Idola ; aku taknak komen banyak-banyak sebab aku rasa lagu ni boleh jadi JUARA. Kalau tak dapat pun, at least top 3 tu ada dalam genggaman. Kompiden je. Haruslah, lagu ni dah jadi ringtone aku berbulan-bulan.

5. Stacy - Pelangi Senja ; aku suka lagu ni sebab lari dari kebiasaan lagu Stacy yang sebelum ni yang mana aku rasa muak tahap nak muntah dengar lagu disco dia. Kalau ada rezeki mungkin ada tempat dalam top 3. Lirik puitis, ekceli aku agak terkesan jugak la dengar lagu ni especially lirik merintih part akhir sekali "Kini hanya tinggal kenangan, hanya waktu menentukan kita kan bersama....". Motip?

6. Hafiz & Adira - Ombak Rindu ; lagu ni best sebenarnya cuma lirik terlalu pendek. Kalau dua orang ni dapat vokal terbaik pun okay jugak sebab ada part nada rendah dan tinggi, tak ramai yang boleh nyanyi lagu nada rendah dengan baik. Lagu ada dinamik. Perghhh. 

7. Amir Jahari - Tanpamu ; Aizat wanna be. Lagu bagus, aku suka. Ada rezeki ada la kot tempat nanti.

8.Hafiz - Ku Akui ; Too melodious. 4 5 kali dengar okay, tapi dah lama-lama dengar aku rasa penat nak tunggu lagu ni habis, meleret-leret sangat. Tapi vokal Hafiz memang tak boleh disangkal. 

9. Yuna aka Aizat - Terukir Di Bintang ; for sure mesti ramai yang paling tak sabar nak tengok persembahan dari Aizat sebab lagu ni memang shuwitt sangat, camane la agaknya Aizat nyanyi nanti. Mesti penuh dengan senyuman, awwww. 

10. Mojo - Andai Ku Bercinta Lagi ; lagu ni kedengaran macam muzik zaman 90-an. Oldskul, macam lagu Shahir-Kebahagiaan dalam perpisahan. Apa pun Edry memang terbaik!

11. Hazama ft Amy Serach - Simetri ; Lagu catchy, okay jugak. Lagu ni kalau buat gimik lebih sikit boleh menang lagu terbaik ni.

12. ONE ft Jimmy Palikat - Anak Kampung ; Takde komen pasal lagu cuma nak komen harap-harap Mimi tu tak verangan nak jadi Rihanna wanna be, jangan tonggek-tonggek sangat. Berdarah mata aku nanti nak nengok.


Then, ini adalah pilihan aku;

Vokal terbaik : Hafiz atau Stacy (depends pada lagu kali ni, kalau tak aku tak pilih Stacy)

Persembahan terbaik : depends on persembahan retiss esok lah camne

Tempat ke-3 : Patah Seribu - Shylla Amzah

Tempat ke-2 : Terukir di Bintang

JUARA : IDOLA - AZLAN & THE TYPEWRITER


Voleyyyy gittewww?



4 comments:

YAT said...

Aku suka lagu Bed Room Sanctuary iteww.. Tp aku plg tnanti2kan aizat nyanyi lagu yuna. Rsnye teman pengganti mesti ada menang. But Anak kampung, pls donttttttt!

mar yanie said...

aku nervous nak tgk si mimie nti..mesti berdarah hidoung!!

mar yanie said...

aku nervous nak tgk si mimie nti..mesti berdarah hidoung!!

md said...

kenapa lagu Siti Rihana 'Berlian' xmasuk AJL?