Wednesday, January 2, 2013

Surat Resign.



Kehkehkeh, aku yakin dengan meletakkan tajuk seperti di atas pasti kawan-kawan aku akan terkejut especially Azma cayunkk. Sorry uolsss, surprised!! Aku dapat offer lagi lumayan tawu!! Jadi recording artis kat Ambang Klasik. Wujud lagi ke company Ambang Klasik ni? hewhewhew.


Tiba-tiba je kan aku nak bercerita pasal surat berhenti kerja. Apa ke hel?? Takde lah, sempena tahun 2013, aku berhasrat untuk memberi sumbangan pada orang ramai. Sumbangan apa? Yang pasti bukan duit!! Tapi sumbangan dalam bentuk perkongsian idea gitteww. Selepas buat analisa pasal belog ni, ramai jugak yang klik blog ni untuk mencari contoh soalan temuduga yang pernah aku tulis kat sini dulu. Jadi secara tak langsung aku berbangga jugak la dapat berkongsi sesuatu dengan orang-orang di luar sana. Rentetan dari tu (cewahhh), aku cuba untuk menaip entry yang berfaedah yang boleh dijadikan rujukan. Taknak la asyik cerita pasal produk kecantikan jeww. Tapi kan...... cuba tengok ni;





8 dari 10 senarai kat atas membuktikan ramai yang singgah blog ni sebab nak cari review/tips/kelebihan/cara pakai produk bio essence hehehe. Hari-hari memang confirm la keyword bio essence muncul. 


So hari ni aku nak share macam mana nak menulis surat berhenti kerja sebab aku tengok memang ada yang taip keyword "nak tulis surat resign" terus link ke blog aku. Ehh ehh? Sentap uolss mentang-mentang aku banyak kali berhenti kerja kenss. So, ni contoh je la kan;



Tuan/Puan,

PER: NOTIS BERHENTI KERJA 

Merujuk kepada perkara di atas, saya Cantik Jelita, ingin memaklumkan kepada pihak puan tentang perletakan jawatan saya. Tarikh akhir saya berkerja di SMK Akademi Fantasia adalah pada 18 Mei 2012.

2. Untuk makluman pihak puan juga, tujuan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah menerima tawaran pekerjaan yang baru. Saya akan mula melapor diri pada 21 Mei 2012.

3. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya. Selama tempoh 4 bulan menjadi guru ganti banyak memberi ilmu baru kepada saya. Jasa baik dan tunjuk ajar pihak puan amat saya hargai.


ATAUPUN


Dear Sir/Madam,

REF: NOTICE OF RESIGNATION

With reference to the above, with much regret, I would like to inform that I am tendering my resignation as a retail trainee by giving the company’s fourteen (14) days notice as to adhere with the contract of employment. My last working day with the company will be on 3 Nov 2011. 
2. It is unfortunate that I have to leave such a great company. I’ve decided to take care of my mom who lives at Paris. Thus, I need to find opportunity to work at the nearer location which will only be a few miles from her.

3.  Working with this company has been a memorable experience and the knowledge and skills acquired are priceless. Therefore, I would like to extend my sincere thank for the support, guidance, and assistance given to me.

4. I will submit all company belongings, keys or documents currently in my possession to you. Lastly, I thank you for giving me the opportunity to serve and be part of your team and wish All the Best to the company.   


Okay, harap-harap dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk korang yang nak berhenti kerja tu. Jahatnya aku macam mengalukan-alukan orang ramai supaya berhenti kerja harharhar. 



Baidewei, contoh nak tulis surat resign ni pun aku refer dekat blog-blog lain jugak. Okay, babai.







4 comments:

sha my heart said...

tq 4 sharing.
Awak dapat kerja apa pulak? Pasti lagi lumayan kan? Ingatkan awak nak buka bisnes

YAT said...

mekasih mek. tggl nak edit je sat lg..

wisata outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Ikara Wong said...

NIce blog and blogger....huhu