Saturday, November 27, 2010

Rasional pantang larang


eh, okay apa dapat bisul free yang orang tak nak dapat bisul kena bayar ekeke

Korang biasa dengar tak pasal pantang larang yang entah zaman bila lagi wujud entah betul ke tidak. Kepercayaan ni sebenarnya wujud masa zaman nenek moyang kita lagi lepas tu diperturunkan secara lisan turun temurun. No wonder la sampai ke hari ini pantang larang ni masih wujud dan mekar dan masih diamalkan. ceywah.


Tak tahu la pulak sejauh mana kebenaran pantang larang ni. Tahu-tahu je selalu kena warning oleh orang-orang tua tak boleh buat itu dan ini nanti jadi macam itu dan ini.


Orang cakap pantang larang ni bertujuan untuk mendidik masyarakat terutama sekali generasi-generasi muda macam saya kita ni supaya penerapan nila-nilai baik terus diamalkan dalam kehidupan seharian.


Okay jum tengok pantang-larang yang popular.

Dilarang bersiul dalam rumah,nanti ular masuk dalam rumah. Rasionalnya:Kalau ular masuk dalam rumah bukankah itu sangat bahaya?

Tak boleh duduk atas bantal, nanti naik bisul.Rasionalnya:Bantal kan untuk letak kepala, mana boleh sama taraf kan punggung dengan kepala kan.

Tak boleh duduk atas tangga time maghrib, nanti kena rasuk hantu. Rasionalnya: Eh, dah time maghrib pegi la sembahyang. Waktu maghrib sekejap je tak macam isyak,esok pagi boleh sembahyang lagi kan.

Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam,nanti bawak sial.Rasionalnya: Tak nak bagi tercucuk jarum la,malam-malam mata tak nampak sangat.

Jangan tidur lepas makan, nanti perut buncit.Rasionalnya: Proses penghadaman kita ambil masa 2 jam untuk proses.

Kalau makan nasi kena habiskan,kalau tak nasi tu menangis.Haaa,yang ni agak seram. Kalau dapat dengar nasi menangis macam mana gamaknya. Rasionalnya: Tak elok membazir.

Ibu hamil tak boleh lalu bawah ampaian nanti dapat anak gagap. Betul ke? Padahal tak nak bagi tersadung,jatuh semua kan.

Yang ni agak famous.Jangan memukul mendera binatang nanti anak jadi cacat. Rasionalnya:Untuk mengelakkan penganiayaan ke atas binatang.


Hari tu ada cakap kat adik tutup la buku kalau tak nak study or nak pergi mana-mana, nanti syaitan berak.akibatnya apa yang dibaca susah nak masuk dalam otak. Padahal tak nak bagi tahik cicak bersepah merata-rata kat buku. Eh,ni dikira pantang larang jugak tak? Saya tak tahu dari mana saya dengar benda ni haha.


Sebenarnya terlalu banyak pantang larang ni kalau nak list ni tak cukup ruang. Korang ada tak pantang larang yang jarang kita dengar. Minggu lepas saya ada post entry yang berkaitan dengan pantang larang jugak.Kalau nak baca klik sini


P/s:kadang-kadang ada antara pantang larang ni jadi betul-betul.Tak tahu itu kebetulan ke ape kan.:)

Friday, November 26, 2010

Stop Child Abuse

Nowadays, we often read about child abuse and it seems like wouldn't stop by days. So, I think it is not wrong for us to 'jaga tepi kain orang' rite? For the children's sake, please be a busybody! haha. It should be urged in our communities, hoping that this will help put a stop to child abuse. This is one area where being a busybody habit can be very useful.

Raised Your Hand. Be Counted. Stop Child Abuse Now!

Do you still remember the United Nations Children's Fun (UNICEF) 'Get On the Board' campaign?

unicef

This campaign was conducted to create awareness, aimed at educating the public on child abuse and collecting 100 000 signatures on the website www.uniteagainstabuse.my

Have you raised your hand? I have done it. If you didnt do yet, please click here and create one.
my cute hand
Families were children's first line of protection. Children who grow up in a secure family life with love are often confident and well behaved compared with the peers who have struggled with violence and abuse.

My poor skill *sigh*
 The causes of child abuse are the most come from the changing in family members (I mean blended family-a family in which a child from a previous marriage is brought into a new one), increased economic stress, job losses, poverty, divorce, stress.

So, starting from now-be a busybody-. If you are witnessing the child abuse, do not afraid to report as it is the only way to take action against it. STOP CHILD ABUSE!!

Thursday, November 25, 2010

Two Is Better Than One

holla!! Jum enjoy-enjoy jap..nak jawab tag dari yatt..thanx so much kerana setia mengetag daku ni..:D


Syarat: bukak media player > lagu yang tengah 'play' is answer for no 1 > next song for answer no 2 > dan seterusnya > last skali tag member-member
P/S:senang jer kalau tak nak terikat sangat shuffle kan aje playlist tu okay 


1. If someone says 'This is okay?' you say...
Gemuruh- Faizal Tahir
waaa, kantoi minat superman!

2. How would you describe yourself?
Yang Terbaik- Marsha
waaa, amat betol!

3. What do you like in a girl/guy?
Party in the USA- Miley Cyrus
kena pegi USA dulu ni..

4. How do you feel today?
Berhenti Berharap-Shiela on 7
OMG,totally wrong!

5. What is you life's purpose?
I'm Alive- Celion Dion
ceywah!! untuk hidup ler..

6. What's your motto?
21 Guns-Green Day
keh3..angkat senapang nak pegi mana ni wei.

7. what do your friends think of you?
What Goes Around-Justin Timberlake
tetibe dapat lagu ni..

8. What do you think of your parents?
Papparazi-Lady Gaga
hahaha sesuai sangat kot..

9.What do you think very often?
Yesterday Once More-The Carpenter
eh, this is my fevret song!

10. What is 2+2?
Down-Jay Sean
mak ai..rasa down sebab tak dapat kira..

11. What do you think of your best friend?
Cinta Antara Kita-Duta ft Baizura Kahar
mana boleh camni

12. What do you think of the person you like? 
Where is the Love-Black Eye Peas
phewitt

13. What is your life story?
Cinta ini-Siti Nurhaliza
penuh dengan cinta

14. What do you want to be when you grow up?
Realiti Dewi-Alyah
tapi tak jadi cam alyah ala lady gagap..:D

15. What do you think of when you see the person you like?
Cinta Terakhir-Aiman
wahaha hope so..

16. What will you dance to at your wedding?
The Climb-Miley Cyrus
uh, 2x si miley masuk dalam top playlist. saya tak nak menari nak memanjat jer nanti..:)

17. What will they play at your funeral?
Jai Ho-Pussy Cat Doll
Gile ah!! haha

18. What is your biggest fear?
Bengang-Akim
yekot,bengang membengang..

19. What is your biggest secret?
Big Girls Dont Cry-Fergie
hee,yer..besar-besar pun still meraung.

20. What will you post this as?
Two Is Better Than One-Taylor Swift
wah congrates to taylor swift sebab terpilih tuk jadi pemenang..:D

fuhh,finally siap jugak asaimen yang yatt bagi. So, sekarang ni saya pulak nak pick beberapa orang yang bertuah/malang keh3..


jeng jeng jeng~ mimi, Afiffah, mescya, acan... okay sila-sila luangkan masa buat assignment ni ye..:D

Tuesday, November 23, 2010

never put all your eggs in one basket



To prevent the entire loot from being stolen, never keep all your valuables in one place. Spread it around the house. Many robbery victims lose all their valuables because they put them together in one place, usually the master room. Isn't it rite?

sneak-ins and break-ins
  In some cases, thieves will be happy to leave with laptops and other small items. If they didn't get nothing,this will be where the perpetrators come to cause bodily harm like rape, assault or murder. 

So, we have to take precautions to make our home less tempting to thieves. 'Your property is your responsibility'.

Wednesday, November 17, 2010

kebetulan atau hanya mainan perasaan atau memang ketentuan?

Kenapa kita perlu dengar cakap orang-orang tua? Bila orang-orang tua cakap camtu camni kita kena percaya sebab mereka ni makan lebih garam dulu dari kita. Betol ke? Pelik! Kenapa mereka perlu makan garam? hee. Pernah tak korang terpikir bila sesuatu perkara yang terjadi pastu tiba-tiba baru korang ingat "eh betol la orang tua aku pernah cakap camni". Adakah ini satu kebetulan atau mainan minda perasaan atau memang ketentuan dari Allah? Cuba kita tengok situasi ni.
I just wondering..:)
1. What?? MTeST KPLI pagi Sabtu pukul 9 a.m! Hari sabtu beb! kompem jalan jammed hujung minggu semua orang berpusu-pusu nak keluar shopping. Korang dah amik langkah berjaga-jaga,so bergerak awal pukul 7.30 a.m. Lepas tu ikut jalan pintas konon-konon nak save masa tapi sama je sebab terlupa. Ingatkan korang 10 orang je yang nak amik MTeST ni tapi rupa-rupanya ada 10 ribu orang lagi yang sama-sama menuju ke destinasi ITU. At last,masa perjalanan sebenar 20-30 minit je tapi sejam terperangkap dalam jammed. Orang-orang tua cakap kalau banyak sangat cabaran sebelum sampai ke sesuatu tempat maknanya itu satu petunjuk. Petunjuk yang macam ni bila dah siap mak tanya boleh jawab ke tak. Eh,boleh aja adala tembak 30 soalan.

2. Hari ni nak pergi shopping! Mintak tolong abang hantar pastu janji nak jumpa kat mana,pukul berapa. Dah siap,CALL! Baru je 20 saat perjalanan tetiba perasan eh, aku tak bawak handphone la, nanti cam mana nak call bila dah siap,jam pun tak bawak. Okay,patah balik nak amik semua tu. Pastu, mak pun cakap jangan ikut jalan yang sama,ikut arah sini pulak. Adakah akan jadi apa-apa kalau ikut jalan yang tadi?

3. Hari ni nak pergi shopping (asyik shopping je okay tukar nak pergi karaoke pulak) kat GIANT. Tapi sebelum pergi tu jadi macam-macam. Bersalah paham dengan kawan sendiri,call teksi takde yang free pulak semua bizi, tambah pulak dalam hati berbelah bahagi nak pergi ke tak. Bila dah kuar happy sana happy sini jalan sana sini at last baru perasan "eh,mana purse aku wei?". Ha'ah,yela. Mak aku pernah cakap jangan happy sangat nanti mesti menangis.

4. Hari ni kena balik Unibersiti,okay pack semua barang jangan ada yang tertinggal apa-apa nak pergi jauh ni. Sampai masa okay bertolak. Dah lebih separuh perjalanan ke stesen bas eh tertinggal itu la ini la. Okay,diam! Tak boleh nak patah balik dah. Tak tahu sama ada nak jimat minyak kereta atau takut tertinggal bas nanti atau memang tak elok patah-patah balik ni?

Kebetulan ke semua ni? Saya nak share kat sini satu benda. Saya pernah dengar ceramah motivasi dari Dr. Fadzillah Kamsah melalui CD je bukan depan-depan pun. Contoh situasi yang beliau gunakan 'kalau la kereta depan kita tiba-tiba eksiden dengan kenderaan lain pastu terus kita cakap Ya Allah, MUJUR aku lambat sedikit kalau tak mesti kena jugak ni'. Beliau cakap perkataan MUJUR yang kita gunakan seolah-olah kita ni tak redha dengan ketentuan Allah. Sememangnya benda tu Allah nak jadikan sebegitu dan time tu jugak, kita takde kuasa nak nafikan. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. Ceywahhh. Tiba-tiba rasa nak on lagu Aizat- Hanya Kau Yang Mampu. Tak pun lagu Suratan atau kebetulan.:D  

Tuesday, November 16, 2010

Berkorban apa saja.....



Selamat Hari Raya Aidiladha
Semoga raya kali ini lebih bermakna

Monday, November 15, 2010

adakah memakai barang copycat itu sangat cool?

hello bolggers!! it's been a long time not write anything here..:D

dulu korang pernah tak tengok cerita-ceritu melayu kat tv3 macam slot identiti pukul 6.30 pm ke.kalau kat tv1 pulak slot galeri pukul 7 pm.memang terbaek la timing die sampai meraung-raung nak habiskan cerita ni dulu baru nak sembahyang maghrib.boleh gitu?hee.pastu cerita pukul 8.30 pm kat tv2.aiseyy,tiba-tiba rasa cam old skul sangat dan terasa cam tua sangat haha.times really flies away rite? tapi bukan tu saya nak cerita.saya nak cerita pasal benda lain kehkehkeh.
ni selingan.type sambil makan epal sangat cool.
ingat lagi tak masa korang masuk asrama form 1 dulu jumpa kawan-kawan baru yang kaya raya tapi ada jugak yang biasa-biasa macam kita.pastu tengok baju-baju orang lain semua lawa-lawa.saya ingat lagi baju t-shirt paling mahal yang saya pernah ada masa tu rm15.memang gile ah mahal rm15 tu pastu ada pulak tulisan Live's.tengok betol-betol okay Live's bukan Levi's.tapi masa tu apa nak keysah budak-budak tak reti lagi barang-barang branded ni.pakai yang cikai punya je.bila pakai yang nak sama ngan ORI punya dah rasa bangga woi.jalan orang pandang sana sini.tak tahu pulak orang puji ke orang mengata keh3.

pastu ada kawan dulu pakai beg converes.memang hebat ah! walaupun ada ejaan yang salah converes patotnya converse kan tapi takde hal la tak menghalang pun budak-budak sekolah yang takde duit nak pakai macam tu.kira dah hebat sangat tu! 

bila dah masuk matrik jumpa ramai lagi kawan-kawan dari pelosok Malaysia ni dengan pemakaian sangat advanced baru nak celik mata pasal benda-benda camni.baru tahu jenama apa lagi yang famous selain PUMA,Levi's,converse,Von dutch. pastu baru tahu jenama b.u.m equipment tu bukan setakat kasut je tapi baju-baju pun ye jugak.memang kuno tahap gila ah haha.dulu gelak-gelak bila orang pakai baju jenama-jenama yang pelik sebab ingat tu jenama tak famous macam Espirit.what a shame!

ni lagi cool,ada kawan saya cerita dia jumpa sorang mamat ni dari belakang nampak segak memang perfect semua la.bila die pusing ke depan baju dia pakai ada tulisan POMA!! yang besar bapak penuh satu baju. gile ah hebat! adakah dia rasa sangat cool? saya rasa mamat ni memang cool habis.kalau perempuan pakai boleh la cover-cover di sebalik tudung hee

saya dan kawan-kawan dah banyak kali buat discussion pasal brand-brand yang mengambil kesempatan ke atas brand-brand yang famous ni.orang panggil 'copycat'.tahu tak apa tu copycat??? copycat tu maksudnya 'tiru kucing'! hek3.
according to definition from answer online copycat is one that closely imitates or mimics another.contohnya;
atitas from adidas
filo from fila
Live's from Levi's
converes from converse
louisVuitton pun ada banyak copycat orang ubah ejaan la

sebenarnya banyak lagi.tapi saya nak cakap kat sini tak semestinya baju-baju mahal tu kualitinya bagus.kadang-kadang orang jual brand bukannya barang.kalau tengok handbag yang datuk siti nurhaliza dapat dari datok K masa birthday dia dulu harga berpuluh ribu tapi pattern tak lawa pun.tak tahu la sama ada saya yang tak pandai nak menilai benda-benda mahal macam tu.kalau kita tengok lagi ada je barang-barang murah tapi pattern sangat lawa.
RM 40k! jangan main-main
ok.sekian..:P

Thursday, November 11, 2010

Petua mudah untuk dapatkan diet seimbang

petua lagi!!
macam mana nak seimbangkan diet??

betol kan? hahahaha
apa lagi? beli penimbang dan seimbangkan diet anda sekarang! :D



Wednesday, November 10, 2010

Ukur personaliti anda melalui rahsia tarikh lahir

tajuk mantap! idea datang lepas tengok Wanita Hari Semalam haha yang membincangkan topik 'Tarikh Istimewa Dalam Perkahwinan'. tapi saya dah tukar tajuk kebetulan kat laptop abang ipar ni ada 'tool' untuk cek rahsia tarikh lahir. menarik bukan?

ini la tool nak cek rahsia tarikh lahir
pastu masukkan tarih hari lahir kemudian tekan 'fakta tarikh lahir' jeng jeng jeng nanti dia tolong kira kan. dan akan keluar personaliti kita. anda nak tahu tak? sila tinggalkan tarikh lahir kat ruangan komen nanti saya tolong cek kan. seronok bukan? heee

menurut Dato' Dr. M (dah lupa nama dia) dalam WHI semalam-sebenarnya nombor-nombor ini ada aura dan getaran nya tersendiri. percaya ke tak? orang dah buat kajian woi dah lepas phD dah dapat title dato' dokter lagi takkan tak nak percaya kan. penat-penat orang tu belajar.

beliau jugak ada menyatakan nombor-nombor yang agak bahaya adalah nombor yang ada gabungan no 2 & 7, 8 & 8 (yang lahir tahun 1988 macam saya jangan gelabah woi sebab ada cara kira dia tak semestinya 88 macam tu) dan beberapa lagi dah lupa hehe.  Dato' semalam dah baca personaliti Datin Paduka Ummi Aida (artis jemputan yang datang) yang mempunyai nombor akar 3 iaitu mewakili 'api kecil atau manja' haha (siapa yang mewakili no 8 adalah 'api besar dan marak). so, bila kita tahu personaliti kita mewakili api disarankan jangan meminati atau suka pakai barang-barang yang warnanya adalah MERAH!! sebaliknya pakai la warna biru yang menenangkan gitu.

tapi kalau anda kira-kira pastu ada nombor-nombor bahaya macam ni jangan risau sebab kita semua tahu tarikh lahir memang tak boleh tukar la kan. tapi nombor-nombor macam nombor telefon, nombor plat kereta or moto boleh dibeli yang baru bukan? so, dato' dr M cakap semalam cari aura nombor yang bagus dalam diri kita. nak kahwin pun boleh kira-kira dulu tarikh tersebut untuk mengetahui personaliti alam perkahwinan kita nanti. menarik bukan? 

Jum try!!

p/s: sesipa yang nak cek sila cepat-cepat. kaunter dibuka sampai pukul 5.30 pm je sebab guna laptop abang ipar kan. pukul 6 dia dah balik kerja mesti nak guna laptop pulak..heeeeeeee

Tuesday, November 9, 2010

Separuh Akhir Muzik-muzik ke-25 Tiada konspirasi

ceywahh, lagak macam wartawan. so, musim meneka sudah datang. jum buat spekulasi siapa yang bakal ke final. Lagu memang mantap-mantap tapi ada yang tak mantap memang sakit telinga nak mendengar pun ada jugak. semua tu terpulang pada citarasa masing-masing. 

semalam dah berlangsung separuh akhir pertama. kita dah tahu lagu mana yang tersenarai dalam TOP 6!! antara 6 lagu ni memang ada lagu yang saya jangka tersenarai dan ada yang saya memang tak suka hehe. macam la hebat sangat saya ni mengalahkan juri pro.


Gerak hati-Azlan & The Typewriter
Inikah Cinta-Akim
Kebahagiaan Dalam Perpisahan-Shahir
Mencari konklusi-Hujan
Cinta-Mohd
Noktah Cinta-Hafiz
Hujan Bunga di Kuala Lumpur-Anna Raffali
Nadiku-Sabhi Sadhi
Cinta Sempurna-Yuna
Oh Juwita-Nubhan
Sejujur Hatimu-Adibah Noor
Hanyut-Faizal Tahir

pada saya, antara persembahan yang best malam tadi - shahir (walaupun tak minat sangat), hafiz, sabhi sadhi. cam sedih nye lagu nadiku tak tersenarai T T. lagu Mencari Konklusi pulak, pada saya la muzik nya memang meletop, havoc, rancak tapi tak suka suara Noh. lagu Sejujur Hati nyanyian Adibah Noor tu tak sesedap lagu Kau terlalu istimewa lalalala. siapa setuju? lagu Hanyut tu best tapi rasanya dua lagi lagu FT (adrenalin & selamat malam) lebih best kot. patu kegagalan Akim meloloskan diri ke Top 6 maybe sebab dia asyik nak sebut 'saya suka awak saya suka awak' kikikiki

FT yang hebat!! tapi suara die cam dah kureng sikit merdunye hee

Tika Masanya-Hujan & Mirwana
Manifestasi Cinta-Fiq & Mirwana
Kau Harus Ada-Hujan
Drama King-MUH & Black
Menggegar Dunia-Stacy & Adam
Tolong Ingatkan Aku-Ana Raffali
Jahat-Stacy
Susun Silang Kata-Aizat
Cinta Kosmik-Fabulous Cat
Ku Ada Kamu-Adira
Sofea Jane-Black
Adrenalin-Faizal Tahir

Okay, jum spekulasi lagu-lagu yang bakal tersenarai dalam TOP 6 untuk minggu ke-2. kalau saya la saya pilih lagu Manifestasi Cinta, Drama King, Ku Ada Kamu, Sofea Jane. Tapi macam satu kepastian kot lagu Aizat dan FT akan tersenarai jugak walaupun tak berapa nak sedap sangat. Anda?

muka cam korean look mesti dapat punye..:D

Realiti Dewi-Alyah
Pelita-A.P.I
Berlari-Tomok
Extravaganza-Bunkface
Bersamamu-Joe Flizzow
Selamat Malam-Faizal Tahir

Untuk minggu ke 3 ni kalau suh senaraikan TOP 6, semua lagu la kan berpeluang hiks. tapi yang saya rasa kompem! masuk final setakat ni: Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Noktah Cinta. harap-harap grup Hujan tak masuk heee ampun ya fans Hujan :D. lagi saya nak pilih satu lagu FT (ni mesti kompem masuk kan at least 1 lagu), Drama King, Sofea Jane, dan paling penting nak lagu BERLARI (Tomok). saya bukan peminat tomok tapi lagu ni punye lirik best! aku kan berlariiiii mengejar impian aku lalalalalala) dan juga lagu AKU ADA KAMU (Adira). Lirik dia pun sangat sesuai.
rambut depan dia tu cam di tampal je ngan rambut palsu ekekeke

lepas tu klik kt sini untuk baca kat page MURAI.com 'Separuh Akhir Muzik-muzik Tiada Konspirasi!). yeke? okay! tak kesah la.

At last saya rasa kan lagu yang masuk bertanding bukan 12, mesti bertambah jugak kan. macam tahun-tahun dulu.

So, sekarang siapa pilihan anda? bagi satu lagu pun dah cukup..:D

Monday, November 8, 2010

Betul pengalaman itu sangat berharga bukan?

hai..welcome back!! sekarang ni macam dah kurang mengupdate belog. nak kata bizi takde la sangat, entah tak tahu apa yang saya buat seminggu ni sampai nak update belog pun tak sempat. bajet bizi la konon.

okay, tak nak buang masa bebel panjang-panjang. sebenarnya saya baru balik dari Kolej Mara Banting untuk sesi 'microteaching' subjek biologi. saya yakin ramai jugak kan yang dapat. so, sekarang tak boleh cakap banyak, tak boleh menyesal, apa yang kamu dah buat redha je la. ada rezeki, ada la kan.

ini bukan pengalaman pertama saya di suruh mengajar depan 'pelajar tua aka panel'. first time dulu masa mula-mula nak apply degree. konon nak mintak course science and education. 

memang di panggil interview disuruh mengajar tapi saya bukan pegi mengajar masa tu tapi lebih kepada membodohkan diri depan panel. yela, bayangkan tak prepare pape pun, tak expect pun akan disuruh mengajar. then, biasala bila dah gelabah kita terus pilih tajuk sesuka hati dan jeng jeng jeng tajuk yang saya pilih tu sangat la susah dan saya sendiri tak paham. padan muka! lepas habis mengajar terus panel cakap tunggu je la keputusan ye, kamu ni speaking pun tergagap-gagap lagi banyak err err err. kemudian saya dapat offer degree in biology, itu pilihan ke-7 tak silap saya. U see betapa teroknya saya masa tu kan. haha

jenuh yang senang macam tu pun ade murid angkat tangan nak tanya..haha


pastu bila dapat peluang dipanggil untuk sesi 'microteaching', saya terus nak buat yang terbaek (tapi azam dalam hati je). kalau nak tahu baru semalam buat slide power point. bahan-bahan nak mengajar pun baru cari semalam. kalau ada alat untuk cek kesungguhan tu rasanya tak sampai 25% kot haha.

tapi saya rasa bersyukur sangat sebab saya penah jadi cekgu ganti walaupun tak sampai 2 bulan. lepas tu dikelililngi kakak-kakak yang comel eh bukan kakak-kakak yang juga cekgu. saya amik nasihat mana yang patot. see, pengalaman itu sangat berharga kan?

sampai je kat KMB tadi terjumpa member-member lama pastu terus cari port sesuai untuk tanya sebenarnya kita nak ajar apa weh? gila!! sampai nak masuk bilik nak mengajar pun tak tahu lagi apa nak buat? hahaha. memang terbaek!! pastu kawan-kawan saya cakap 'eh, kau takpela penah ada pengalaman mengajar'. tapi saya rasa SAMA je bila saya masuk bilik ataupun sebenarnya kena mengajar dalam makmal tiba-tiba sebut makmal mesti dah boleh bayangkan nak kena buat eksperimen kan? eskperimen okay!!

saya mengajar tak ubah macam rancangan masakan. okay buka gas, kita akan panaskan kacang. GOOD!! memang nasib baek takde radas yang pecah!! bila dah keluar dari makmal tu fuuuhhhh lega sangat kot dan dalam hati ni lantak la panel nak gelak bahasa inggeris tunggang langgang, yang penting ini lagi bagos dari pengalaman yang kat atas tadi..:D

so, sekarang dah lega. saya tak nak pikir lagi dan tak nak berharap sangat nanti kecewa pulak. pengajaran; pengalaman itu memang sangat berharga kan?? lebih berharga dari OLAY. kerana dirimu begitu berharga. :P

Friday, November 5, 2010

Funny Quotes

it is fun!! 

let's take time to read these quotes.







what say you?
muahahaha gelak-gelak sampai guling

Tuesday, November 2, 2010

Kita mampu cipta kejutan

Sukan Asia 2010 Guongzhou, China
hip hip hooreeyy
Go Malaysia Go!


Monday, November 1, 2010

Berehat bersama Doraemon

Takde kit kat nak bagi kamu berehat
tapi saya ada ini
terjumpa masa google google hari tu 
lalu saya pun kutip tanpa rasa bersalah
tapi bukan nak bagi kamu makan ini
CUMA
nak ajak
jum uji konsentrasi!
YEAH!

*tengok dan fokus betol-betol

search kat google
camne?
boleh tak?

nah,pilih mana satu doraemon yang paling hensem :D
selamat berehat!!