Tuesday, November 9, 2010

Separuh Akhir Muzik-muzik ke-25 Tiada konspirasi

ceywahh, lagak macam wartawan. so, musim meneka sudah datang. jum buat spekulasi siapa yang bakal ke final. Lagu memang mantap-mantap tapi ada yang tak mantap memang sakit telinga nak mendengar pun ada jugak. semua tu terpulang pada citarasa masing-masing. 

semalam dah berlangsung separuh akhir pertama. kita dah tahu lagu mana yang tersenarai dalam TOP 6!! antara 6 lagu ni memang ada lagu yang saya jangka tersenarai dan ada yang saya memang tak suka hehe. macam la hebat sangat saya ni mengalahkan juri pro.


Gerak hati-Azlan & The Typewriter
Inikah Cinta-Akim
Kebahagiaan Dalam Perpisahan-Shahir
Mencari konklusi-Hujan
Cinta-Mohd
Noktah Cinta-Hafiz
Hujan Bunga di Kuala Lumpur-Anna Raffali
Nadiku-Sabhi Sadhi
Cinta Sempurna-Yuna
Oh Juwita-Nubhan
Sejujur Hatimu-Adibah Noor
Hanyut-Faizal Tahir

pada saya, antara persembahan yang best malam tadi - shahir (walaupun tak minat sangat), hafiz, sabhi sadhi. cam sedih nye lagu nadiku tak tersenarai T T. lagu Mencari Konklusi pulak, pada saya la muzik nya memang meletop, havoc, rancak tapi tak suka suara Noh. lagu Sejujur Hati nyanyian Adibah Noor tu tak sesedap lagu Kau terlalu istimewa lalalala. siapa setuju? lagu Hanyut tu best tapi rasanya dua lagi lagu FT (adrenalin & selamat malam) lebih best kot. patu kegagalan Akim meloloskan diri ke Top 6 maybe sebab dia asyik nak sebut 'saya suka awak saya suka awak' kikikiki

FT yang hebat!! tapi suara die cam dah kureng sikit merdunye hee

Tika Masanya-Hujan & Mirwana
Manifestasi Cinta-Fiq & Mirwana
Kau Harus Ada-Hujan
Drama King-MUH & Black
Menggegar Dunia-Stacy & Adam
Tolong Ingatkan Aku-Ana Raffali
Jahat-Stacy
Susun Silang Kata-Aizat
Cinta Kosmik-Fabulous Cat
Ku Ada Kamu-Adira
Sofea Jane-Black
Adrenalin-Faizal Tahir

Okay, jum spekulasi lagu-lagu yang bakal tersenarai dalam TOP 6 untuk minggu ke-2. kalau saya la saya pilih lagu Manifestasi Cinta, Drama King, Ku Ada Kamu, Sofea Jane. Tapi macam satu kepastian kot lagu Aizat dan FT akan tersenarai jugak walaupun tak berapa nak sedap sangat. Anda?

muka cam korean look mesti dapat punye..:D

Realiti Dewi-Alyah
Pelita-A.P.I
Berlari-Tomok
Extravaganza-Bunkface
Bersamamu-Joe Flizzow
Selamat Malam-Faizal Tahir

Untuk minggu ke 3 ni kalau suh senaraikan TOP 6, semua lagu la kan berpeluang hiks. tapi yang saya rasa kompem! masuk final setakat ni: Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Noktah Cinta. harap-harap grup Hujan tak masuk heee ampun ya fans Hujan :D. lagi saya nak pilih satu lagu FT (ni mesti kompem masuk kan at least 1 lagu), Drama King, Sofea Jane, dan paling penting nak lagu BERLARI (Tomok). saya bukan peminat tomok tapi lagu ni punye lirik best! aku kan berlariiiii mengejar impian aku lalalalalala) dan juga lagu AKU ADA KAMU (Adira). Lirik dia pun sangat sesuai.
rambut depan dia tu cam di tampal je ngan rambut palsu ekekeke

lepas tu klik kt sini untuk baca kat page MURAI.com 'Separuh Akhir Muzik-muzik Tiada Konspirasi!). yeke? okay! tak kesah la.

At last saya rasa kan lagu yang masuk bertanding bukan 12, mesti bertambah jugak kan. macam tahun-tahun dulu.

So, sekarang siapa pilihan anda? bagi satu lagu pun dah cukup..:D

14 comments:

Sherry said...

Sedih jugak nadiku tak tersenarai ! huhu. best kan lagu tu ?

Mar Yanie said...

ha'ah..besh kan lagu nadiku..mula2 x minat sgt tp lame2 dgr sedah rs nak makan..:D

Encik MT said...

wow,ada wartawan hiburan disini ya! haha! Encik MT pun harap2 hujan tak masuk.kui,kui,kui

Mar Yanie said...

en. MT: yep2..gossipers wanna be..haha ..mmg x besh sgt suara noh smalam..:)

E'in said...

smlm e'in xtgk sampai abes laa.. sp yg dpt ek???

Mar Yanie said...

e'in; top 6 semalam shahir, hafiz, hujan, yuna, adibah noor, faizal tahir..:D

mynameisYAT said...

wah, wartawan bru ni.

ak sokong hujan xpayah la ;p. lgu nadiku ak salu dgr. tp mlm td trase tacing2 gtu. trus dwload.hahaha.

Mar Yanie said...

yatt!! hahaha..mesti la bab2 camni harus ke depan..keh3..aku pun nk download jgk..:P

Sca Ndx said...

peh kutut tomok, padehal dulu mase dia belah tengah minat gila,hehe

Mar Yanie said...

eh x kutuk pun tomok..mengata jer..heee

shahrul said...

tak dapat tgok pon :( besh ke ?

Mar Yanie said...

shahrul..takpe..terus tengok yg final nti..br besh!! ;D

JANE said...

mencari konklusi la beshh!

idup noh noh noh noh! hahah

Mar Yanie said...

erk dee..besh ke? okay! haha..lagu asal die mmg besh tp malam tu suara noh x besh sgt..:D