Tuesday, December 28, 2010

Keguguran

Dont get me wrong. Keguguran is not only for abortion only. *wink*



I had a very very terrible hair loss. It's true!! Sampai boleh rasa eh kepala makin ringan. Skang ni, tak boleh nak main-main dengan rambut lagi. Pegang sikit dah gugur. Hoh, sungguh rapuh *sobbies*. Dah macam-macam shampoo guna tapi still it doesnt work. 

Orang cakap antara faktor pemangkin rambut gugur ni mungkin disebabkan stress. I agreed! Mungkin ya. Masa saya belajar dulu memang rambut dah start gugur, I realized maybe sebab terlalu kuat study cheywah! Tapi sampai skang macam makin menjadi-jadi pulak. Makin teruk. Tak boleh nak cakap stress sebab study (zaman study dah lama ditinggalkan). Lepas puas cari sebab-sebab, I decided to say that my hair lose is maybe due to 'masalah dwit'. Yer, saya sangat perlukan dwit T T.

Sebenarnya saya dah lama buat research google sana sini untuk cari shampoo yang paling sesuai untuk dipakai. Tapi still tak yakin. Nak beli yang mahal-mahal takut tak menjadi rasa cam rugi pulak (padahal memang nak save budget ceh). Tapi kalau beli yang murah-murah takut makin teruk. Tapi shampoo yang glemer cam Sunsuilk, Pantene, Rejoice rasanya harga dah okay je. 

At last, I decided to try Dove *hair fall* shampoo and conditioner. Bukan yakin sangat pun ngan Dove ni tapi kat Guardian (ceywah, promot lagi) ada offer promo pack for Dove. Dalam kotak tu ada 3 jenis (shampoo & conditioner *hair fall*+Body wash) yang berharga RM29.90. Saya beli yang promo pack bukannya apa nak jimat ke apa tapi sebab nak dapat free gift handbag yang nampak sangat eksklusif gitu hee. Beli Rm30 above dapat free gift ni until 2 January 2011 okay.

Hair fall rescue


ini la free gift handbag :)

Tapi cam dah lari jauh dari tujuan asal nak selamatkan rambut gugur. Lebih kepada macam mana nak dapattkan free gift handbag dari Dove keh keh keh.

Sunday, December 26, 2010

Kerinduan pada zaman kanak-kanak

Rindu!! I miss my childhood so much.



Bangun pagi, celik mata terus pikir nak makan apa, nak main masak-masak tak pun permainan yang intelek sikit nak main doktor-doktor eh tak la nak main jual-jual guna pasir sebagai nasik, daun bunga raya dihiris kecil-kecil buat macam ulam gitu, batu jongkong tiga tongkol nak buat ala-ala dapur, tempurung nak buat kuali T T. Dulu duit habis buat beli pisau lipat 20 sen. sekarang ni rasanya dah cecah 50 sen kot tak pun lagi mahal. 


 
Pernah tak time kat sekolah dulu selalu nak compete dengan kawan-kawan siapa lagi advanced (budak-budak memang selalu camtu) ada barang itu ada barang ini. Siapa-siapa yang bawak pensel warna 'LUNA' (bukan Luna Maya okay) wah hebat! Kalu tak silap harga dalam RM 3.50 time tu. siapa yang beli yang ada 24 batang tu gila hebat dan kaya! Pastu kat tempat buka yang lipat tu mesti tulis 'Jangan ambil tanpa kebenaran. Hanya ahli keluarga saja' including me tulis macam tu kikikiki.



Pastu pemadam ni kalau boleh tak nak yang putih biasa ni harga 10sen. Nak yang ada bau oren, nanas, pisang la-mahal woo 30 sen tu. Pastu tiba-tiba mengalah bila ada kawan bawak eraser yang boleh tekan kluar macam panjang tu. Frust!

Eraser yang boleh padam kalau tulis dengan pen. Boleh padam sampai kertas terkoyak-koyak haha

Masuk pulak bab 'glue/gam'. Tak nak la yang warna putih yang macam hingus tu. Nak yang macam glue stick gitu. Kalau guna macam keluar tak nak keluar je gam nya nanti bila dah tampal kat dalam buku tak jadi gelembung. Kalau guna gam yang macam hingus tu bila dah tampal dalam buku tulis yang 50 mukasurat dah rasa macam buku 100 mukasurat pulak. 


 
Ada lagi yang best. Dulu buku karangan dah habis beli buku baru. Buku yang lama kena tampal dengan buku baru. siapa-siapa yang tampal sampai 4 5 buku memang hebat la rajin tulis karangan, mesti pandai. Pastu siapa pakai spek masa zaman kicik-kicik mesti kompem 'ni mesti budak pandai! kuat baca buku,kicik-kicik dah pakai spek'.


 
Then, zaman ber'kakak angkat' pun ye jugak time tu. siapa yang takde kakak angkat memang menyedihkan la nampak sangat tak feymes T T. Kicik-kicik dah pandai pikir camtu. Lagi masuk bab kasut pulak. Darjah 1,2,3,4 pakai kasut sekolah yang tampal tu. Naik darjah 5, 6 say no to kasut macam tu. Nak kasut yang bertali! baru cool. Bag pulak tak nak dah yang zip banyak-banyak. Orang dah pakat pakai bag galas yang ada tulis 'Outdoor' time tu. Memang cool gile.


 
Tu tak masuk lagi bab liquid, pensel dan lain-lain lagi. Pensel tu ada yang feymes yang boleh cabut bila dah tumpul. Cabut yang tumpul masuk kan kat belakang sampai semua tumpul pastu beli yang refill. Ada lagi kan pensel macam tu. Nak google image pun tak jumpa.


 
Conclusion nye nak cakap jadi budak-budak ni best. Tak yah nak pikir masalah duit sangat, mintak dengan parents je sebab ada alasan kukuh kicik lagi tak kan nak keje carik duit sendiri kan. Bangun pagi pegi sekolah main dengan kawan-kawan. Bila dah tua cam sekarang ni nak bangun pun malas. Celik mata je kena pikir itu ini, Nak cari keje la, nak makan apa (makanan yang mahal-mahal tak usah cakap la kena limit to once a month tak pun once a year).


 
~Times really flies away~


mish them so muchhhh..T T


p/s: cam dah lama gile tak makan KFC dan sewaktu dengannya.

ahhhh..nak3!!!

Tuesday, December 14, 2010

Kenali tanda-tanda awal Autisme

Hello semua!!


Hari ni rasa macam nak share something useful. Ceywah. Sepanjang saya hidup, saya memang pernah dengar perkataan 'autisme'. Tapi tak pernah amik tahu pun apa itu autisme. Eh,tapi saya tahu itu sejenis penyakit cuma tak tahu penyakit yang macam mana umtil I watched this muvie My Name Is Khan. Owh, macam ni ke penyakit autisme.


Khan is very sincere..T T
Autisme atau nama lebih spesifik disorder of neural development (kecacatan perkembangan tegal) ni melibatkan fungsi otak dan juga dianggap sebagai penyakit neurologi. Penyakit ni boleh dirawat tapi malangnya tak dapat dipulihkan. 


Suddenly a few days ago, saya ada terbaca pasal ciri-ciri autisme kat kalendar Guardian (ceywah,promot2!! sambil menyelam sambil minum air). Kalau nak kalendar untuk 2011 boleh dapatkan di Guardian dengan harga RM10. Kalau nak free pun boleh tapi ada syarat la kena beli barang-barang bernilai RM100 and above boleh dapat free. Lagi menarik, it's not just a calendar tapi kat dalam ada kupon produk-produk terpilih boleh beli dengan harga jimat. Eh, sorie dah lari topik. 


Okay, back to the main topic!


Kalau nak kenal macam mana ciri-ciri autisme boleh baca ini. Harap-harap ia berguna pada semua.






 Benci perubahan / Hate changes
Mereka ini tak sukakan kelainan. Kalau boleh nak guna cara biasa yang selalu mereka buat. Contoh nak balik rumah, tak nak guna jalan lain selain yang biasa je. Paham tak ayat berbelit ni? heee

Talks over and over about the same thing
Contoh: Nak teddy bear nak teddy bear!
macam Shah Rukh Khan dalam muvie tu. Cakap berulang-ulang kali benda yang sama je.

 Doesnt play with others
Golongan ni memang tak tahu nak bersosial i mean sosial is bergaul dengan orang sekeliling. Tak nak bermain dengan rakan sebaya yang lain.

Shows needs by using an adult's hand
Yang ni pun memang jelas. Kalau nak sesuatu benda contoh aiskrim ke ape ke mereka akan menggunakan tangan orang dewasa tunjuk keinginan. Tak berani nak tunjuk dengan tangan sendiri.

Enjoys spinning things
Mereka suka memutar objek but I do not know why 

Joins group only if adult insists and assists
Mereka ni kalau tak disuruh, didesak dan dibantu memang tak akan bergaul dengan sebaya mereka.

 One side converse
Perbualan satu pihak sahaja. That's why golongan ni suka bercakap sorang-sorang.

 Doesnt show interest

 Repeats thing
Suka mengulangi sesuatu perbuatan

Does thing like flapping hand
Very clear. Mereka suka mengibas-ngibas tangan.

 No pretend play
Haaa..ini seriously bahaya. Kadang-kadang kalau mereka bermain ala-ala superman jangan terpedaya. They're not like the others. Takde istilah main olok-olok pada mereka.

 No eye contact
Ni orang normal pun kadang-kadang bercakap takde eye contact haha

Laugh or giggles inappropriately
Suka ketawa berdekah-dekah tak bersesuaian dengan keadaan. Maksudnya takde perkara yang menggelikan hati pun berlaku tapi mereka boleh ketawa berdekah-dekah.




After all, I realized betapa beruntungnya kita ni. Dan saya tiba-tiba minat pulak tengok cerita/muvie berkaitan dengan penyakit-penyakit ni macam My Name Is Khan, 1 Litre of Tears (seriously menanges air mata berbaldi-baldi and lepas tengok cerita tu baru tahu penyakit tu wujud).

Saturday, December 11, 2010

Penat

Hello..rasa cam lama giler tak update padahal baru je 3 hari kerja. Tapi serius rasa cam dah setahun kerja, amat penat!! kerjanya berdiri, susun-susun barang sambil curik-curik duduk, kira duit berjuta-juta, bukak kedai tutup kedai. 1st day kerja - dua jam pertama rasa cam ahh beshnye kalau belajar,takyah diri,duduk atas kerusi jer cekgu soal cepat-cepat sembunyikan muka kiut di belakang kawan-kawan yang besar. Lepas tu dah abes belajar terus keluar serbu cafe carik makanan tak yah nak tutup pintu kelas ke ape. ahh,miss dat moment huhuhu. 




Tapi, Kerja ape yang penat sangat tu?? Jap, ada ke mana-mana kerja yang tak penat?? okay, lu pikir la sendiri eh tak nak minat nabil lagi la!! next time saya bagitahu la kerja ape tu. sesiapa yang rasa ada kepakaran menujum kerja apa boleh cuba teka dan tinggalkan jawapan di ruangan komen. Hadiah:misteri! hehehe


kerja nye ada kaitan dengan pharmacy :D


choww



Saturday, December 4, 2010

Peluang Datang Lagi


Jika gagal tak guna mengeluh, yang berguna adalah kenalpasti kenapa gagal dan buat sesuatu supaya tak gagal lagi     -Tun Ahmad Sarji
Hai semua. Dah seminggu tak update belog menampakkan betapa bizi nye saya dengan benda yang entah hape-hape :D


Pernah tak korang terpikir apa sebab-sebab yang menggagalkan korang untuk mendapatkan sesuatu kerja? Selalu orang akan nasihat kita takpela takde rezeki cuba cari mana silapnya TAPI pernah ke kita cari silapnya di mana?


Rasa-rasanya kenapa korang gagal dalam interview?

  • Tak cukup konfiden - yang ni memang perkara biasa. Saya pernah dengar orang bercakap tak boleh nak tunjuk konfiden sangat nanti orang takut nak amik kita kerja sebab nampak terlalu berdedikasi takut peluang mereka pun dirembat. betol tak? Papepun salah satu solusinya sentiasa berlatih di depan cermin bermonolog seorang diri supaya lancar dan kekalkan momentum keyakinan. Jangan minit pertama je konfiden orang suh perkenalkan diri pastu terus prestasi merudum tak dapat jawab (ini merujuk kepada diri saya hee)


  • Tak cukup persediaan - betol betol betol. Nak pergi interview kat mana-mana company kena rajin google dulu sejarah, latar belakang and whatsoever. Lagi satu kena banyak tahu isu-isu semasa yang berkaitan dengan kerja-kerja yang diminta. Contoh nak apply jadi cekgu kena tahu pasal 'kebolehpercayaan pendidikan seks' yang di uar-uarkan oleh kerajaan, sistem peperiksaan yang terbaru dibincangkan semua bla bla bla. Pendek kata kena luangkan masa untuk ulangkaji sebelum ke interview.


  • Tak dapat jawab soalan - one of my weakness! sekali dah stuck tak dapat jawab satu soalan terus konfiden menjunam. Solusinya cuba bertanya pada kawan-kawan yang pernah pergi temuduga tersebut apa soalan yang ditanya semua. At least dapat jugak imagine soalan-soalan yang macam mana yang akan ditanya. Yang penting skop mesti sama!!


Tapi ada sesetengah kawan tak nak bagitahu secara detail kan mungkin takut peluang mereka untuk dapat kerja tipis. Start from now, kena banyak google google. Sebenarnya saya baru dapat satu emel dari JobsMalaysia.info. Ada satu link yang anda harus klik iaitu Teknik Menjawab Soalan. Selamat mencuba!!

P/s: Orang kata peluang datang sekali je. Betol ke? :)