Tuesday, February 22, 2011

Tanpa kekasih


Kenapa kita nak gebang sangat boleh hidup tanpa lelaki?
*dah pandai guna word gebang:bangga*
Bagi saya susahnya hidup tanpa lelaki. Betol tak?

Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui Segala-galanya

Kenapa diciptakan Hawa, dari tulang rusuk Adam?
Bukan kah dari situ kita dapat lihat betapa kebergantungan di antara seorang lelaki dan wanita?

Kenapa kita nak gebang sangat boleh hidup tanpa lelaki??? *Mood:marah* Sedangkan Allah dah jadikan semua ini bersebab.

Tapi kita ni cetek akal. Mak bapak dah pesan jangan bercinta dengan monyet tapi degil! Bila dah putus start gebang nak jadi anti-lelaki. Dah start nak jadi playgirl. Dah start nak jadi pengkid.

Kenapa guna cetek akal? Sebab tak pikir panjang sebelum buat keputusan. Nak jadi anti-lelaki means kita pun anti pada bapak, ayah, abah, papa, daddy dan sewaktu dengan nya.

Baru bercinta 2 3 bulan keciwa bagai nak rak. Orang lain berkahwin bercerai segala bagai pun tak cetek akal macam ni.

Kurang sedar akan kewujudan kita sebenarnya adalah di atas kasih sayang yang wujud di antara seorang lelaki dan perempuan yang bergelar suami isteri.

Sejujurnya saya tak boleh hidup tanpa lelaki
*dont get me wrong*

Contoh paling jelas:
Kat tempat kerja, saya memang sangat memerlukan lelaki untuk menolong saya mengangkat kotak-kotak yang besar lagi berat bagi mengurangkan beban dan peluh-peluh ketiak ku.

Di mana-mana pun saya perlukan lelaki. Sungguh desperate bukan?
Tapi bila sampai satu masa, kita akan terpikir mampu kah kita hidup tanpa seorang lelaki bergelar ayah? Yer, bila dah besar panjang kita kan mula menjarakkan diri dengan family, masing-masing bina kerjaya sendiri. Tapi mereka (mak bapak) tak pernah sekali melupakan anak-anak. 

Kalau tiada ayah, siapa yang akan bawak mak pergi klinik? Siapa yang akan bawak mak pergi pasar beli lauk pauk sayur sayuran? 

Di saat ini saya berdoa semoga abah cepat sembuh. Ya Allah, panjangkan umur abah dan ma. Berikan aku kesempatan untuk membalas jasa-jasa mereka. Aku memohon semoga mereka akan merasa lega dan tidak risau akan masa depan aku sebelum mereka menutup mata. Amin.

Status:tengah layan lagu Aris Ariwatan


 Lirik: Pada siapa-siapa yang lupa. Ni lagu motivasi masa sekolah dulu-dulu.. 
T T

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan 

7 comments:

Naisophon said...

Sindrom penafian tu..

mar yanie said...

sindrom penafian apekah?

Mujahadah said...

mak mJ hidup tanpa lelaki yang bergelar suami hampir 11 tahun.. Dia tabah :) mJ sayang ibu n abah.. tak pernah anti-lelaki... lagi2 ada 4 org abg + seorang abg ipar... owh, hdup dikelilingi lelaki :)

mar yanie said...

lelaki dan wanita saling complement each other..:)

- Ma StOrY - said...

sblom tido aku dengar lagi aris ariwatan... sedey oooo... :(

P0polita said...

dulu penah sekali tepengaruh nak jadi anti lelaki (bukan pengkid oke!) sebab kecewa dlm bercinta.. tapi bile da lame2, teringat balik pasal tu, trase kebodohannye.. lol~ =D

Miss Ain said...

sy suke lelaki......gatal x? haha
normal okay?
nk cari 'adam' nih ...
sape2 sudi?desperate x?wah....x ok!