Friday, December 30, 2011
Fenomena
Sekarang ni dah jadi satu fenomena bila kisah-kisah dalam novel mula menjadi rebutan pengarah-pengarah untuk dijadikan drama atau filem *pencinta bahasa, aku la tuh. Ayat nak skema je*
Start dengan Lagenda Budak Setan, Nora Elena (Kasih Yang Suci), Stanza Cinta, Bicara Hati, sampai lah yang terbaru Ombak Rindu. Rentetan dari itu, banyak lagi list novel yang menanti untuk dijadikan drama/filem. Terbaru, Pilot Cafe. Ada jugak kisah-kisah dari drama diabadikan dalam bentuk novel.
Honestly, dulu aku suka jugak baca novel. Tapi tak pernah pun ade koleksi sendiri. Asyik pinjam jew. Nak beli tak mampu le. Masa tu student. Harga 1 novel plak average RM20-22. Mane la mampu kan. Lepas tu minat baca novel tu sikit-sikit hilang n hilang begitu saja.
Sampailah ada 1 hari ni, my housemate Linda (Chinese) duk kaku kat kerusi. Bila tanye "U baca buku apa tu? Nampak cam fokus bebenor". Bila dia angkat muka, terkejut. Menangis. Wowww. Then, i nak pinjam nak pinjam. Kalau orang chinese baca buku ni sampai nangis-nangis sah la novel ni best. Novel apa?
Jeng jeng jeng.....
AND seriously best giler. Memang menangis. Bahasa yang dia guna, perwatakan yang dia olah terasa sangat dekat dalam kehidupan kita. Buku yang boleh tahan tebal jugak, amik masa dekat 2 minggu jugak la nak abis. Tapi kalau orang yang memang kaki novel, 2 3 hari dah habis katam.
Then, start dari situ la aku dah start balik minat membaca novel ni. Yang latest, baru je abis semalam aku baca. 7 Hari Mencintaiku.
Cam tak pecaya je novel ni setebal 1000 m/s, aku berjaya abiskan dalam masa 3 4 hari. Mula-mula baca macam tak best sebab ayat dia cam skema jer. Tapi bila lama-lama, teruja! Maybe sebab terlalu banyak konflik. Agak complicated. Itu yang best.
Lepas baca 2 novel karya Siti Rosmizah ni, aku dengan suka-suki nya nak conclude kat sini yang novel-novel Siti Rosmizah ni memang best teheee.. Sila la beli, tak rugi!
Selamat membaca korang~
Thursday, December 29, 2011
Wednesday, December 28, 2011
Rapuh Seribu.
*Aku memang peminat Shila Amzah. Orang kata dia gedik tapi aku tetap suke teheee.*
Rapuh seribu??
Aku ingat aku ni kebal
Sekebal kereta kebal
Mungkin juga sekebal bilik kebal
Tapi rupa-rupa nya tidak.
Sungguh tak sangka serapuh ini ketahanan mental dan fizikal aku.
Okay la, senang cite kita straight to d point je la.
Aku dah berhenti kerja walaupun baru 4 hari aku kerja wakakakaka.
Tapi kali ni lain sikit sebab aku cabut lari. Tak seperti kebiasaan aku hantar notis sebelum berhenti.
Entah la. Apa nak jadi dengan aku ni? Arghhhhhhh...
Tapi aku berhenti bukan sebab memilih kerja nak yang best aje. Tapi bila bekerja dikelilingi ramai lelaki dari Bangla, Myanmar, Vietnam sumpah sangat mengerikan. Walaupun kau kerja position tinggi ke ape ke, bila dah kerja dalam environment macam ni memang kau tak boleh lari dari status 'Minah Kilang'.
Renung-renungkan.
Thursday, December 22, 2011
Hari yang suram
Semalam tak dapat tidur
Sebab.....
Masih pikirkan tentang masa depan, masih.
Terasa makin kabur
Entah ke mana menghilangnya matlamat hidup.
Eh, kau memang takde matlamat hidup la.
Hari ini, aku mesti set balik
Set matlamat hidup
Apa yang aku nak
Apa objektif aku hidup
Tapi diri terasa amat lemah
Aku harus tidur dulu
Kuang kuang kuang
Wednesday, December 14, 2011
Jerawat pemanis muka
Holla....
Setuju tak kalau orang kata jerawat itu pemanis muka. Ye, serious untuk sesetengah orang yang bernasib baik memang nampak macam pemanis rupa. Seolah-olah terletak indah dan nampak molek je kat muka. Tapi sayang sekali............
Sayang sangat sebab bila jerawat tu tumbuh kat muka aku, memang nampak sangat errkkkk....:D Setelah sekian lama perjalanan hidup ku tak pernah sepi tanpa jerawat, akhirnya aku redha (ye, redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah bak kata Lisa Surihani dalam Ombak Rindu).
Sometimes, i just wondering macam mana penerimaan kawan-kawan kalau tiba-tiba muka aku jadi licin. Mesti pelik kan? Pelik kan? Sebab first time diorang jumpa aku memang muka dah sedia cantik berjerawat. Kompem ada suara sumbang akan cakap "Kitorang nak muka ko yang dulu, penuh jerawat. Taknak muka licin macam ni. Tak sesuai ngan ko kot".. HUARGGHHH...
Ada ke orang taknak muka licin????? Meh tukar ngan aku mehhhh...
Mode: mengarut!
Friday, December 9, 2011
Wednesday, December 7, 2011
Mungkin bukan ditakdirkan untuk ini.
Ketika ini hujan di luar sedang turun membasahi bumi yang indah ini,
Sama macam hati aku yang sedang menangis di kala ini,
Menangis kecewa. Kecewa yang bukan sedikit,
Yang hampir memusnahkan impian aku,
Mungkin juga masa depan ku.
Lalu aku muhasabah diri,
ku pujuk hati kecil ini,
supaya jangan bersedih,
Dia, di atas sana sedang menguji.
Tapi hati terus-terusan menangis,
Dari dulu sampai sekarang,
Aku masih mencuba,
Berharap tuah akan menyebelahi aku.
Akhirnya aku mengalah,
Mungkin aku memang bukan ditakdirkan untuk menjadi......
SEORANG GURU.
Aku redha.
~Amin~
Saturday, December 3, 2011
Bila facebook dah jadi public diary....
Memang susah kalau semua orang dah hilang buku diary ataupun memang tak pernah ada buku personal diary. Semua benda hal remeh temeh pun nak buat status tergempar, mungkin juga termasuk dengan aku sekali *blushing*.
Sekarang easy access kat mana-mana dan di mana saja pada bila-bila masa. |
Tapi aku akan akan dan akan cuba untuk post status yang logik dan boleh diterima pakai supaya di kemudian hari takde la sampai orang akan remove dari friend list.
Paling merimaskan bila tengok budak-budak baru nak bergelar remaja katakan selalu sangat update status every 30 min i guess. Kalau post bab-bab study okay la jugak. Ini duk post status single, couple. Boleh nak post tapi jangan la overdose sangat sampai orang membaca pun rasa annoying gila.
Kalau nak post yang fefeeling ROMEO tu, bukak la belog. Yup, belog adalah salah satu cara untuk korang mengekspresi kan apa-apa perasaan dengan secara terhormatnya tanpa perlu merendahkan maruah (okay, ayat nak over je kan). Sebab, tak semua orang akan baca belog kau. Unless kau pergi menjaja ke sana sini.
Lagi satu trend terkini, ramai yang amik inisiatif menggunakan facebook sebagai medium 'menyindir' kawan-kawan. Ceh, kalau berani sangat cakap depan depan la kan. Face to face.
Curik gambo kat google lagi |
Sometimes, kita berbalas comment ngan kengkawan kat facebook macam duduk jauh beribu batu padahal depan belakang jer. Teringan zaman aku belajar dulu. Post status nak gempak jer, yang tukang comment? Kawan-kawan yang duk bilik sebelah jer. Baik kau pergi masak air, buat teh cicah biskut tawar dan mulakan sesi mengumpat secara berjemaah. Lagi best. Tapi haruslah kita kena ikut trend, mengumpat secara public kat facebook kan? Baru ada gaya.
Okay, semua situasi ini aku tak tunding jari kat sesiapa pun. Siapa yang terasa, sila lah terasa. Aku bercakap based on experience sebab aku pun pernah buat semua ni dulu tapi sekarang aku dah bertaubat. Kalau ada nak post apa-apa status pun pikir 2 3 kali jugak. Biarlah status kita tu general sikit, senang mata orang nak membaca kan.
HUARGHHHHHHH!!
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Thursday, December 1, 2011
Filem Ombak Rindu mesti tonton.
Seriously, sebelum ni duk ajak teman-teman sana sini pergi tengok filem Ombak Rindu. Konon-konon peminat setia novelis Fauziah Ashaari. Sebut je Izzah, Harris mesti ingat punya. Novel tu kalau tak silap meletop sekitar tahun 2002 kot. Masa tu baru je form 2.
Bila masuk jer panggung tadi (first day okay), sumpah! Aku memang dah tak ingat langsung jalan cerita dalam novel tu macam mana. Izzah & Haris je watak yang aku ingat. Pak Dolah? Mila Amylea? Siapa tu?
Then, ini review dari aku (pengkritik filem tempatan hehe);
- Mungkin ramai yang pikir 'Sesuai ke Maya Karin tu berlakon jadi orang kampung?'. For me, okay la. Not bad. Even Maya Karin ni darah mix tapi kulit dia cam orang melayu. Yang penting, pengarah n semua yang terlibat peka terhadap satu perkara. Apa dia? Orang yang duk kampung tak de nye nak pakai mekap memanjang. Dalam filem ni boleh tengok muka MK yang sangat suci.
- Lisa Surihani tu okay tak berlakon? Dia kan berlakon agak kaku sikit. Tapi dalam filem ni suprise! Memang lain dari yang lain. Suka lakonan Lisa kali ni, semua okay termasuk mimik muka segala bagai. Yang penting Lisa tetap kiut.
- Haris aka Aaron Aziz tersangat la macho. Cair hati ku.
- Tak kurang juga maybe ramai yang pikir bila sesebuah cerita yang diadaptasikan daripada novel mesti penceritaan tergantung, klimaks terlalu cepat sebab masa tak cukup kan. Contoh; Lagenda Budak Setan. Tapi Ombak Rindu ni okay la. Tapi still cam rushing jugak la jalan cerita nya. And op kosh dah ada ubah-ubah sikit cerita nya sebab ini adaptasi dari novel ombak rindu je tak termasuk sambungan novel yang lain macam Duri.
- Arghhhh, pendek cerita korang pergi la tengok sendiri.
Teheee, bye~
Subscribe to:
Posts (Atom)