Wednesday, July 18, 2012

Hanya mendengar pada suara yang merendah diri itu...


Holla uolss..

Hari ini iols berblogging di office sebab idea tiba-tiba datang, kalau diperam lama-lama mungkin akan hilang. Otak aku ni capacity dia tak besar sangat, so tak boleh nak simpan lama-lama. Disebabkan itu, hal-hal yang lepas dah kena remove dari terus menghuni otak ni, dah full la katakan.. Intro kalau tak melalut memang tak sah kan? Aduhhh, apa dah aku nak taip? Lupa daaa, ni yang aku tak suka. Okay la, tukar cerita lain ekeke.




Minggu lepas, aku kena deal dengan pihak JAKIM berkenaan Halal Cert. Call punya call, dapat bercakap dengan Hadi Razak. First time aku call, terus dia yang angkat. So, aku dengan senang hati assume dia ni mesti staff biasa-biasa JAKIM. Lepas cerita masalah aku kat dia ewahhh bunyi macam cerita masalah peribadi je kan? "aku tanya kepada siapa harus saya usulkan permasalahan ini?". Biasa la, deal dengan pekerja government ayat nak skema habis.


"Okay, camni puan boleh buat satu surat rasmi bla bla bla dan send by email kepada saya". Wait! wait! wait! Puan? Adakah suara saya bunyik macam tua bangka sangat? Terus dia mintak maap *rasa bersalah pulak aku* dan dia bagi email address kat aku (terpaksa dirahsiakan) tapi dekat email tu aku bagi contoh la abcdefg84@gmail.com. Kahkahkah 84? Kau tua lagi dari aku!! "Terus dia mengaku "Ha'ah, memang saya dah tua kan. Saya sedar". Then say thank you atas penerangan itu dan letak gagang telepon.


Semalam, aku call lagi JAKIM sebab lama sangat nak tunggu respon, aku pulak jenis kurang penyabar tambah-tambah lagi bos dah pandang serong. Tak pasal-pasal pulak kata aku lembap buat keje walaupun pada hakikatnya memang begitu kihkihkih. Ada sorang staff angkat phone dan cakap hampir semua staff sekarang tengah attend meeting. Okay, fine. Takpelah, saya cuma nak tanya pasal surat permohonan saya hari tu, camne? Dah diproses belum? Pasal bla bla bla bla bla.


Oh itu puan kena refer dekat Penolong Kanan Jabatan Halal, Puan Norhanim. Aku dah tak puas hati, eh itu hari your staff suruh prepare surat rasmi takde pulak suruh refer pada sekian sekian. "Siapa nama?". Hadi Razak! Oh, itu Timbalan Pengarah kita.

 Hah?? Timbalan Pengarah??

Yer puan. Itu Ustaz Abdul Hadi Razak.

Apa? Ustaz?

Pengsan maaaakkk. Malu kat diri sendiri. Muda-muda lagi dah jadi Timbalan pengarah. Kerja kerajaan pulak tuh. Tambahan muda-muda lagi orang dah panggil ustaz. Untunglah~





5 comments:

tamsilankendiri said...

ko patut tanya, ustaz dh kawen belum?haha..

mar yanie said...

dgr gaya mcm blum kawen..kahkahkah..DANNNN....aku tgh berkawan ngn die..wakawakawaka..tp mcm nk undur diri jekk..segan, kne g penuhkan ilmu di dada dulu..

tamsilankendiri said...

uit, ape salahnya mencuba. aku baca citer mu pon aku rasa teruja. sila la call jakim tu ari2..hehe

mar yanie said...

mi..mu nk kol pn xpe jgk.ekeke.smlm aku kol,die jgk angkat.tnye aku bunyi suara mcm x sihat je..ololooo,terharunye...gagaga

tamsilankendiri said...

owhh rasa bdebar plak bila baca. lepas ni mu wat sore batuk2 plak, side effect bunyi selesema ala2 sengau sikit.huhu..aku nk wat2 salah dail no la.