Sunday, December 2, 2012

Jangan cemuh, jangan mengeluh dan jangan segala jangan...



Sila jangan pening dan muntah bila baca tajuk entry aku kali ini. Aku nak bagi korang peluang untuk berfikir dan cuba hadamkan ayat-ayat di atas.


Dulu kalau penat kerja nak rehatkan otak dan badan, boleh on fesbuk. Tapi sekarang kalau penat tak payah la nak on sangat fesbuk. Makin stress dibuatnya. Tiap kali nak baca status update kawan-kawan fuhhh berdebar gilooo nak habiskan ayat, semua dah pandai buat ayat tersirat. Contoh;


#Counting: 28 days to go..can't wait!
Double - triple meaning. Boleh jadi 28 hari tak sabar menunggu hari pertunangan? hari pernikahan? atau nak tunggu tahun 2013 menjelma?


Pastu ada pulak yang putus cinta duk meroyan update status sedih-sedih, seolah-olah diri dianiaya bla bla bla... Sungguh annoying bukan? Sila katakan bahawa semua itu annoying bukan??


TAPI.....


Jangan la cemuh, kalau tak suka hide kan je dari pandangan mata. You know why? Kita tak tahu apa yang mereka rasa, ada manusia ni dikurniakan hati yang kuat, ada yang rapuh. Kalau kita bandingkan mereka dengan kita, secara jujurnya tak adil pulak rasanya. Kita boleh cakap "Alaaah, aku dulu putus cinta takde nak meroyan bagai. Kau putus cinta pehal nak heboh satu doooniaaa?". Boleh jadi situasi kita tak sama. Senang cerita "We're not in their shoes".


Dan secara jujurnya aku pun pernah begitu. Kalau dah terkena batang hidung ohhh dah tak sedar dah update status itu ini. Itulah bahana nya kalau emosi yang menguasai diri, rasa malu tu semua dah tolak ke tepi. Sebenarnya ada jugak bagusnya. Kenapa aku cakap camtu? Bila kita dah penat nanti baru kita sedar ohh bodohnya aku. Apa aku dah buat ni? Alhamdulillah, sempat kembali ke jalan yang benar. Ye dok? hewhewhew.


Lagi satu, kalau ada kawan-kawan dapat kerja bagus, murah rezeki, jangan lah rasa kenapa lah perjalanan hidup aku ni tak selancar, tak seindah perjalanan hidup orang lain?. Seriously, ini peringatan untuk diri aku sendiri. Jangan dengki dengan kejayaan orang, boleh jadi untuk diorang sampai ke tahap sekarang ni, mungkin perjalanan hidup diorang lagi teruk dari apa yang aku pernah alami. Kita harus percaya dan yakin bahawa Allah itu ada perancangan yang baik untuk hamba-hamba yang suka meminta pada-Nya.


Alhamdulillah, rasa insaf sekejap. Mari lah kita muhasabah diri ye kawan-kawan.





5 comments:

tamsilankendiri said...

aku terasa sebab aku dah termencemuh dlm blog aku.hehehe

Mar Yanie said...

well,aku pun terasa ngan diri sendiri..hahaha..

tamsilankendiri said...

haha..walau cuba bersangka baik tapi kita tetap xpuas ati. yg clash aku blh trima lg, yg gedik2 post pasal husband-wife tu aku mnyampah yg amattt!

mynameisYAT said...

hahaha. aku baru nak wat post cenggini!

Mar Yanie said...

So kawan2, kalau aku accidentally post2 status yang agak menjelikkan, korang boleh ingatkan aku pd entry ni. kasi aku jilat balik ludah sendiri..gagagaga