Tuesday, January 29, 2013

Serabai, selekeh, sila rapikan.



Tolong jangan nampak selekeh sangat, sakit mata memandang.

Walaupun kita tak berduit, tak mampu nak beli pakaian mahal-mahal, tu semua bukan alasan untuk nampak selekeh kan?

Walaupun muka kita tak licin, berjerawat, kusam, bukan bermakna tiket untuk kita nampak serabai kan?

Walaupun kita takde boipren or gepren, bukan tiket untuk kita nampak tak terurus kan?

Walau apa pun, yang paling penting diri kita semasa nak menghadap Yang Maha Pencipta. Bersih, wangi bukan terhad pada wajah saja tapi bersih hati, harum jugak hati. Insyaallah.



:P



Sunday, January 27, 2013

Pertunangan orang Tg. Karang



Halliiiiuuuu uolsss....


Selamat Hari Thaipusam semua. Kepada yang berkerja tu, aku tersangat la cemburu. Aku ni makan tido makan tido je, takde kerja nak buat. Esok pun still cuti, haishhh nak patah dah tulang ni sebab tak biasa duduk tak buat kerja ni *statement mintak tampar* kahkahkah.


Okay, hari ni aku ada sikit masa eh betul sikit je masa nak update blog lepas ni nak pegi tuisyen pulak. Jadi aku nak cerita pasal E-Day Cik Yati budak Tg. Karang tuh. Phewww, namanya Tg Karang area Kuala Selangor tapi rasa macam dah nak pergi Perak dah. Kalau pergi depan sikit terus ke Teluk Intan. 2 jam setengah jugak lah.


Semoga Berkekalan sampai bila-bila Yati & Alif.


Aku pergi ngan Ain, kitorang sampai dalam pukul 11.45 a.m. Pandang kanan kiri eh memang kitorang tetamu pertama sampai. Tolong la apa-apa yang patut, tapi dah bukan apa yang patut dah bila kitorang dah canaikan 4 hantaran lagi. Dah memang rupa roti canai dah, bidan terjun la katakan dengan warna lari tema. Yati pulak cakap takpe design camne pun asalkan siap, dia dah tak cukup tangan dengan nak bermekap lagi. Dan sampai habis majelis pun kitorang rasa Yati tak sempat tengok hasil gubahan weolss. Nanti bila dia tengok dalam gambar kompem terkejut gagagaga.


Sebenarnya banyak benda yang aku belajar dari pertunangan Yati ni. Dari hari kitorang teman beli barang-barang tunang sampailah ke hari majlis tersebut. Kitorang memang terkejut, masa beli dulu punya la beli riben pink, biru, bunga biru, bunga putih tapi entah ke mana menghilang. Aku tanya yati, mana tema pink dan biru tu? Yati pun geleng kepala, katanya hantaran hari tu semua serah kat emak n nenek dia yang buat. Kitorang gelak jeww, dalam hati ni terus cakap "Nampak je senang tapi rupanya susah jugak nak buat pilihan". Kadang-kadang kita plan macam tu, last minute tukar plan, tapi biasanya planning last minute yang menjadi.


Walau apa pun warna tema, dah selamat pun siapkan 18 jenis hantaran. Hapeeeee?? Tak caya ke? Betul! 18 hantaran sebelah pempuan berbalas 21 hantaran dari pihak lelaki. Haaaa, sesuatu yang baru aku tahu. Awal-awal aritu aku pun ada tanya kenapa banyak sangat? Biasanya tunang pakai sikit je hantaran. Rupa-rupanya adat diorang kasi hantaran banyak-banyak masa tunang, time kawen nanti dah tak payah bawak hantaran lagi. Bawak diri je. Owhhh, gittewww ke?


Siapa kata cinta zaman sekolah cinta monyet? Respek betul kat diorang lama  tuh..
Okay, taknak cite banyak, meh la zoom gambar yang aku sendiri curik kat fesbuk diorang. Aku memang tak sempat pun nak bergambar haritu sebab duk serve orang makan hewhewhew.






Set Nouveles Visage yang mahal tuh. Haish, mulai sekarang aku memang kena cari produk skin care yang mahal-mahal ni. Nak letak buat hantaran nanti nampak cantik jew harharhar.






Owh, yang apam kaler merah tu aku ada amik dua bijik bawak balik, makan dalam kereta. Dua bijik yang bentuk love tuh hewhewhew.











Tak menahan yang ni kitorang siap cakap kat Yati, Alif dah bagi amaran tuh. 1 hantaran full set sayur kubis, carrot, lada, lada benggala, kacang panjang. Suruh prektis memasak awal-awal lettew kot. Actually, ni 1st time aku tengok hantaran sebegini. Idea yang menarik jugak lah, sweet jew.




Aku pefeeling lebih-lebih. Kat fesbuk ramai yang tanya aku tunang ke? Taknak la komen, pandai-pandailah diorang baca komen yang sebelum tu. Mesti tengok picca terus komen, tak baca apa yang orang dah discuss kat atas tuh. Yang menakutkan, aku nampak gemuk. Bukan, memang dah naik berat pun! Baidewei gambar hantaran yang 3 kat depan tuh adalah hasil gubahan tangan aku ngan ain. Kuning, biru dan riben oren. Lari tema tak terkejar rasanya.




Ho hem jeeee.. me looks so tembam. Hari tu pun sebenarnya aku malu sebab pakai baju sama tema pulok. Nasib baik pakai shawl kosong tak berlabuci hewhewhew.



Yati with her bestfriend, Ain. Orang yang paling excited dengan pertunangannya. So sad, kalau lah cukup satu column lagi Zara datang mesti meriah. Takpe, time aku nanti aku nak paksa semua datang. Eh, ada nak datang ke jauh? Aku nak pegi Tg Karang 2 jam setengah pun dah rasa jauh. Haaa, mungkin itu lah yg kawan aku pikir nanti, jauhhhhhhh.. Takpelah...tsk tsk tsk..




Okay, ni adalah second round aku makan. 1st makan nasik udang sambal petai phewww  yummi. Pastu semua orang balik, aku bedal pulak ayam goreng 3 ketul, ayam goreng dia ala-ala KFC beb. Hoi, camane tak gemuk?




Tengok!!! Ini betul-betul sebelum balik, sempat makan fruit tart, apam dan kek hewhewhew.. Lastly, selamat berbahagia Yati & Alif. Bercinta sampai ke Syurga~


Daaaaa~




Friday, January 25, 2013

Belum bersedia.



Kadang-kadang mulut je beria-ia cakap lebih, tapi hati ini belum bersedia sepenuhnya lagi.


Dan sejujurnya aku memang belum bersedia untuk gemuk!


Ramai orang yang selalu mendoakan si kurus jadi gemuk. Sepatutnya ayat yang sesuai "tambah lah berat badan tu sayang". Haaaa macam tu lah.


Bagi sesetengah orang, nak naik 5kg tu elehh small the pieces la. Makan, makan, makan! Bagi sesetengah orang pulak, makan lah banyak mana pun nak naik 1kg tu punya lah susah. Tahu tak susah?


Okay, itu jeww entry kali ini. Itu jewww??? Sampahnya content. K bye.











Saturday, January 19, 2013

Berbintang-bintang...


Awesome!



Tanpamu...


This is best bro...








Enjoiceee!

Monday, January 14, 2013

#Tips; Sleeping Beauty


Sleep is one of the best beauty treatments you can follow   #zzzzzzzzzzzzz





  • Get a goodnight's sleep. You'll thank yourself in the morning.


  • Getting enough sleep is just as important as eating well and exercising.


  • Get your sleep. If you sleep less, it shows with the dark wrinkles and the unhealthy look your skin gets. Get your sleep before it gets you.


  • Never ever sleep with your make-up on. Sleeping with your make up on is only further clogging up your pores.

  • Try sleeping on your back as much as possible to avoid making contact between your face and your pillow.

  • Remember this! Please wash your pillow case twice a week.

  • Get at least 8 hours of sleep a night. This is so important because your skin restores and repairs itself while you are in  dreamland.

Then, goodnight uollllssssss!!



Credit to #AcneSkinSite


Thursday, January 10, 2013

Strategi psikologi




Taknak lah beli yang ni, RM 6.00 mahal. Yang tu lagi murah, RM 5.99. ??#@!$

Wah, mahal giloo 1 baju RM 40, baik beli 2 baju RM 79.90 jeww!!

Perghh, jam Polo ni ada discount 70%. Harga asal RM359, kena beli ni! Kalau takde promosi camni, mana mampu beli.


Pernah tak korang mengalami situasi ni? Pernah kan? Pernah kan? Malu lettew nak mengaku. Bijak kan orang yang menciptakan psikologi camni? Yang kurang bijaknya siapa? Kiteww la, senang terpengaruh. 


Sekarang ni pergi mana-mana shopping mall, memang berlambak promosi-promosi. Dari bulan December sampai skang tak berhenti-henti. Hari tu promosi sempena krismas + cuti sekolah, pastu Chinese New Year pulak. Untung ke diorang kalau promosi sampai berbulan-bulan lamanya? Haaaa, itu yang kita nak siasat.


Sebenarnya aku sangat geram dengan diri sendiri kalau dalam bab promosi, dipromosi, dipujuk, dibeli, membeli, tergadai wang ringgit, merana diri, berendam air mata. Pantang nampak sign begini;


"Buy 1, Free 1"


Musykil, memang betul-betul wujud ke ataupun harga yang di 'offer' tu dah termasuk harga untuk kedua-dua barang sekali? Apa je yang penjual untung kalau buat macam ni? Orang selalu cakap "Ini mesti nak clear stock lama". Tapi bagi aku la, kalau nak clear stock pun takkan tak amik untung sikit pun kan. Tapi dalam banyak-banyak promosi, aku memang suka la yang ni "Buy 1 Free 1". Perempuan mesti suka beli yang ni  pastu share ngan kawan bayar half tapi malu nak mengaku kalau orang tanya, "Beli 1, dapat 1 free heh?". *Blushing*. Sampai ke sudah tak mengaku depan boipren. Eh eh?!@#






"Spend RM 100 above in a single receipt, get free RM5 discount coupon"


Promosi yang ni aku paling tak suka!! Bayangkan kita masuk 1 kedai tu pada awalnya cuma nak beli contohnya novel la. 3 novel dah dalam RM75. Eh hanya semata-mata nak dapatkan RM5 free, kita tambah 1 lg novel untuk cukupkan RM100. Bayar kat kaunter dapat la voucher pastu sengih sampai ke telinga. Padahal kita tak sedar, nak dapatkan RM5 free tu sebenarnya kita dah bazirkan RM25 untuk 1 novel extra tadi. Pastu lagi parah bila nak guna voucher tu balik dah expired la date dia. Padan muka kau!!! Eh padan muka aku lah. Ada la dalam 2 3 voucher terlepas sebab tak sedar dah masuk tahun 2013 kan, maklumlah workaholic betul sejak dua menjak ni.



Jadi, apa kaitan aku gigih sangat nak menghuraikan secara terperinci banda alah ni semua? Hoi, ini ada kaitan dengan azam tahun baru tau!! 



Salah satu azam baru untuk tahun ini, "Aku berikrar untuk tidak cuba terpengaruh dengan segala promosi-promosi, atau pujukan-pujukan membeli produk kecantikan, ajakan-ajakan cuba menggoda aku untuk buat insurans perudential atau apa-apalah. Sekian" 



Persoalan nya kenapa kita manusia senang terpengaruh dengan psikologi kejam sebegini? That's why aku lebih suka beli sesuatu dengan harga asal. Mahal pun mahal lah asalkan bukan yang discount punya. Sebelum kena lahar dengan statement ni baik aku lariiiikkkkk dulu. Bye! haha



Saturday, January 5, 2013

Ramalan AJL27.



Awas, ini bukan entry saje2  taw. Aku dibayar hokkay untuk buat spekulasi atau ramalan keputusan AJL27. Pangggg!! Eh, verangann, sape yang nak bayar aku? kihkihkih. 


Sekali lagi siapa yang agak-agak dah terlupa lagu apa yang masuk bertanding, nah ini diaa dah ikut turutan persembahan nanti;

1. Bed Room Sanctuary - Lagu ; taknak komen lagu ni sebab kurang gemar. 

2. Black ft Malique - Teman Pengganti ; ermm, no komen jugak sebab aku memang tak pokus part bercakap-cakap tuh. Kalau lagu ni on air aku cuma tahu nyanyi part Black jeww. 

3. Shylla Amzah - Patah Seribu ; aku suka je lagu ni, tapi ramai yang tak suka. Tak tahu kenapa, sama ada tak suka lagu atau tak suka Sharnaz tuh. Kaitan sangat Sharnaz dengan lagu ni. 

4. Azlan & The Typewriter - Idola ; aku taknak komen banyak-banyak sebab aku rasa lagu ni boleh jadi JUARA. Kalau tak dapat pun, at least top 3 tu ada dalam genggaman. Kompiden je. Haruslah, lagu ni dah jadi ringtone aku berbulan-bulan.

5. Stacy - Pelangi Senja ; aku suka lagu ni sebab lari dari kebiasaan lagu Stacy yang sebelum ni yang mana aku rasa muak tahap nak muntah dengar lagu disco dia. Kalau ada rezeki mungkin ada tempat dalam top 3. Lirik puitis, ekceli aku agak terkesan jugak la dengar lagu ni especially lirik merintih part akhir sekali "Kini hanya tinggal kenangan, hanya waktu menentukan kita kan bersama....". Motip?

6. Hafiz & Adira - Ombak Rindu ; lagu ni best sebenarnya cuma lirik terlalu pendek. Kalau dua orang ni dapat vokal terbaik pun okay jugak sebab ada part nada rendah dan tinggi, tak ramai yang boleh nyanyi lagu nada rendah dengan baik. Lagu ada dinamik. Perghhh. 

7. Amir Jahari - Tanpamu ; Aizat wanna be. Lagu bagus, aku suka. Ada rezeki ada la kot tempat nanti.

8.Hafiz - Ku Akui ; Too melodious. 4 5 kali dengar okay, tapi dah lama-lama dengar aku rasa penat nak tunggu lagu ni habis, meleret-leret sangat. Tapi vokal Hafiz memang tak boleh disangkal. 

9. Yuna aka Aizat - Terukir Di Bintang ; for sure mesti ramai yang paling tak sabar nak tengok persembahan dari Aizat sebab lagu ni memang shuwitt sangat, camane la agaknya Aizat nyanyi nanti. Mesti penuh dengan senyuman, awwww. 

10. Mojo - Andai Ku Bercinta Lagi ; lagu ni kedengaran macam muzik zaman 90-an. Oldskul, macam lagu Shahir-Kebahagiaan dalam perpisahan. Apa pun Edry memang terbaik!

11. Hazama ft Amy Serach - Simetri ; Lagu catchy, okay jugak. Lagu ni kalau buat gimik lebih sikit boleh menang lagu terbaik ni.

12. ONE ft Jimmy Palikat - Anak Kampung ; Takde komen pasal lagu cuma nak komen harap-harap Mimi tu tak verangan nak jadi Rihanna wanna be, jangan tonggek-tonggek sangat. Berdarah mata aku nanti nak nengok.


Then, ini adalah pilihan aku;

Vokal terbaik : Hafiz atau Stacy (depends pada lagu kali ni, kalau tak aku tak pilih Stacy)

Persembahan terbaik : depends on persembahan retiss esok lah camne

Tempat ke-3 : Patah Seribu - Shylla Amzah

Tempat ke-2 : Terukir di Bintang

JUARA : IDOLA - AZLAN & THE TYPEWRITER


Voleyyyy gittewww?



Wednesday, January 2, 2013

Surat Resign.



Kehkehkeh, aku yakin dengan meletakkan tajuk seperti di atas pasti kawan-kawan aku akan terkejut especially Azma cayunkk. Sorry uolsss, surprised!! Aku dapat offer lagi lumayan tawu!! Jadi recording artis kat Ambang Klasik. Wujud lagi ke company Ambang Klasik ni? hewhewhew.


Tiba-tiba je kan aku nak bercerita pasal surat berhenti kerja. Apa ke hel?? Takde lah, sempena tahun 2013, aku berhasrat untuk memberi sumbangan pada orang ramai. Sumbangan apa? Yang pasti bukan duit!! Tapi sumbangan dalam bentuk perkongsian idea gitteww. Selepas buat analisa pasal belog ni, ramai jugak yang klik blog ni untuk mencari contoh soalan temuduga yang pernah aku tulis kat sini dulu. Jadi secara tak langsung aku berbangga jugak la dapat berkongsi sesuatu dengan orang-orang di luar sana. Rentetan dari tu (cewahhh), aku cuba untuk menaip entry yang berfaedah yang boleh dijadikan rujukan. Taknak la asyik cerita pasal produk kecantikan jeww. Tapi kan...... cuba tengok ni;





8 dari 10 senarai kat atas membuktikan ramai yang singgah blog ni sebab nak cari review/tips/kelebihan/cara pakai produk bio essence hehehe. Hari-hari memang confirm la keyword bio essence muncul. 


So hari ni aku nak share macam mana nak menulis surat berhenti kerja sebab aku tengok memang ada yang taip keyword "nak tulis surat resign" terus link ke blog aku. Ehh ehh? Sentap uolss mentang-mentang aku banyak kali berhenti kerja kenss. So, ni contoh je la kan;



Tuan/Puan,

PER: NOTIS BERHENTI KERJA 

Merujuk kepada perkara di atas, saya Cantik Jelita, ingin memaklumkan kepada pihak puan tentang perletakan jawatan saya. Tarikh akhir saya berkerja di SMK Akademi Fantasia adalah pada 18 Mei 2012.

2. Untuk makluman pihak puan juga, tujuan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah menerima tawaran pekerjaan yang baru. Saya akan mula melapor diri pada 21 Mei 2012.

3. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya. Selama tempoh 4 bulan menjadi guru ganti banyak memberi ilmu baru kepada saya. Jasa baik dan tunjuk ajar pihak puan amat saya hargai.


ATAUPUN


Dear Sir/Madam,

REF: NOTICE OF RESIGNATION

With reference to the above, with much regret, I would like to inform that I am tendering my resignation as a retail trainee by giving the company’s fourteen (14) days notice as to adhere with the contract of employment. My last working day with the company will be on 3 Nov 2011. 
2. It is unfortunate that I have to leave such a great company. I’ve decided to take care of my mom who lives at Paris. Thus, I need to find opportunity to work at the nearer location which will only be a few miles from her.

3.  Working with this company has been a memorable experience and the knowledge and skills acquired are priceless. Therefore, I would like to extend my sincere thank for the support, guidance, and assistance given to me.

4. I will submit all company belongings, keys or documents currently in my possession to you. Lastly, I thank you for giving me the opportunity to serve and be part of your team and wish All the Best to the company.   


Okay, harap-harap dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk korang yang nak berhenti kerja tu. Jahatnya aku macam mengalukan-alukan orang ramai supaya berhenti kerja harharhar. 



Baidewei, contoh nak tulis surat resign ni pun aku refer dekat blog-blog lain jugak. Okay, babai.







Tuesday, January 1, 2013

PTPTN Ujrah; Apa kata anda?



01.01.2013. Hello uolss!! How's 2013 treating you so far?


Hokkay, sekali lagi tahun dah menginjak ke angka yang baru dan aku percaya masing-masing mesti dah list out azam/harapan/wishlist sempena tahun 2013 ni kan? And for sure, for sure, sangat sangat sure ramai sekali manusia-manusia yang berumur 25 tahun pada tahun ini tengah pikir 1 benda iaitu bila nak kawen?. Fullstop. Status kat fesbuk skang ni pun dah lain macam, masing-masing tengah tepek dialog bersama mak/tunang pasal kawen, quote2 islamik pasal kawen dan bla bla bla. Dulu perempuan itu sifatnya pemalu, pendiam. Diam tandanya setuju orang tua cakap. Tapi skang dah lain, semua benda nak tepek kat public. Takpelah, masing-masing punya hal kan. Aku pun terasa jugak nak buat macam tu *larikkkkk*.


Seriously muqoddimah aku macam dah lari jauh 100 meter dari point utama hewhewhew.


Setiap orang pasti ada azam tersendiri. Sama macam aku, terlalu banyak kot. Salah satu azam aku untuk tahun ni nak konsisten bayar balik pinjaman PTPTN. Ada orang cakap "Ahh, tak payah bayar la wei. Kau bayar pun tak tahu sampai bila akan habis. Mungkin tak sempat habis". Siapa yang cakap camtu? Tak lain tak bukan, aku jugak. Pastu keluar sistem Ujrah tahun 2011 iaitu bayaran secara upah. Orang duk sibuk apply, aku pun apply. Kalau tanya aku apa tu ujrah weh? Aku geleng kepala, jangan tanya banyak kau apply je lah. Dan aku dapat offer ujrah tu tapi bila kena settle kan dokumen-dokumen dengan setem hasil, nak mati setem la, seriously aku cakap aku takde masa nak hadap semua benda ni. Eksyen gilooo masa tuh, aku tengok orang lain duk susah payah, aku pandang sebelah mata je. Adeiii, bagi aku takde beza mana pun ujrah ke tak ujrah. Bayar tetap kena bayar.


Then, sejak bila aku mula bukak mata berkaitan hal ptptn ni? Tak lain tak bukan bila discount 10% dan 20% diuar-uarkan dalam Bajet 2012. Niat hati ni memang kalau boleh nak bayar habis, terus dapat discount 20% tapi takpelah. Aku lebih suka mengamalkan bayar sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Giteewww lah katakan. Tapi aku still tak boleh bezakan sangat lah antara ujrah dengan tak ujrah. Apa kelebihan sangat ujrah tuh???


Nahhh, amik kau kasi berdarah mata yang menengok nya!!




Ini statement tahunan bagi peminjam tegar yang kaya raya, yang degil tak nak apply ujrah!! Hamekkauu, yang tak paham tuh mari aku summarize kan ape benda semua ni. Kita penat dah bayar RM750 (refer no 3) tapi kos pentadbiran yang melampau-lampau RM585 (refer no 5). Total jumlah yang dibayar sebenarnya dalam  RM200 jew. Penat tak? Rasa macam down gila sampai nak bersumpah taknak bayar lagi. Nasib baik aku ni jenis yang tenang dan sabar *uhuk-uhuk*.







Ini pulak statement tahunan bagi yang apply ujrah (tak tahu rembat siapa punya, mintak maap ye tuan badan). Kos pentadbiran dia memang buat air mata aku bercucuran. Lagi parah bila tengok baki akhir dia dah turun ke angka 19k. Nampak macam 19 hengget je kan. Yang kat atas tuh padan muka, pinjam 21k, habis tu yang duk bayar bulan-bulan nampak gaya memang bayar untuk bunga sekali dengan pasu bunga jew. Itu yang makin bertambah-tambah!!


So, 2 3 hari lepas otak aku dah berpusing-pusing duk pikir camane aku nak settle pasal ujrah ni sebab aku baru dapat tahu yang ujrah ni akan ditutup pada 31/12/12. Homaigooooodd, sempat tak ni? sempat tak ni?
Dokumen-dokumen malasnye lah nak isi, nak mati setem lagi. Hadoiiiiyai.







Pagi Sabtu ( 29/12/12 ), aku bawa diri sorang-sorang ke KL Center. Takde sape nak teman, padan lah muka tuh, suka buat kerja last minit. Orang banyak keje, mana sempat nak teman. Luckily, PTPTN One Stop Center mengubah hari ku menjadi ceria.


Tadaaaaa...



Layanan memang superbb. Aku puji sebab diorang tahu tanggungjawab, hari Sabtu kan kerja half day. Paham-paham lah mesti ramai yang datang. So kaunter ada 13 semua. Bagus!! Dan semua kaunter tu berfungsi. Tak macam kat Pejabat pos, ada 5 kaunter tapi yang beroperasi biasa 2 kaunter je. Memang fed up!


Finally, aku berjaya apply ujrah!!! So, bagi sesiapa yang pernah ada pemikiran macam aku dulu, silalah buka mata, buka telinga, buat siasatan mana yang terbaik untuk diri sendiri. Berubah demi masa depan!! Sekali lagi aku nak tegaskan " Hutang wajib dibayar", walau sesempit mana hidup kita tapi kalau kita ada niat nak bayar hutang, Insyaallah Allah akan permudahkan jalan. Amin.