Tuesday, January 1, 2013

PTPTN Ujrah; Apa kata anda?



01.01.2013. Hello uolss!! How's 2013 treating you so far?


Hokkay, sekali lagi tahun dah menginjak ke angka yang baru dan aku percaya masing-masing mesti dah list out azam/harapan/wishlist sempena tahun 2013 ni kan? And for sure, for sure, sangat sangat sure ramai sekali manusia-manusia yang berumur 25 tahun pada tahun ini tengah pikir 1 benda iaitu bila nak kawen?. Fullstop. Status kat fesbuk skang ni pun dah lain macam, masing-masing tengah tepek dialog bersama mak/tunang pasal kawen, quote2 islamik pasal kawen dan bla bla bla. Dulu perempuan itu sifatnya pemalu, pendiam. Diam tandanya setuju orang tua cakap. Tapi skang dah lain, semua benda nak tepek kat public. Takpelah, masing-masing punya hal kan. Aku pun terasa jugak nak buat macam tu *larikkkkk*.


Seriously muqoddimah aku macam dah lari jauh 100 meter dari point utama hewhewhew.


Setiap orang pasti ada azam tersendiri. Sama macam aku, terlalu banyak kot. Salah satu azam aku untuk tahun ni nak konsisten bayar balik pinjaman PTPTN. Ada orang cakap "Ahh, tak payah bayar la wei. Kau bayar pun tak tahu sampai bila akan habis. Mungkin tak sempat habis". Siapa yang cakap camtu? Tak lain tak bukan, aku jugak. Pastu keluar sistem Ujrah tahun 2011 iaitu bayaran secara upah. Orang duk sibuk apply, aku pun apply. Kalau tanya aku apa tu ujrah weh? Aku geleng kepala, jangan tanya banyak kau apply je lah. Dan aku dapat offer ujrah tu tapi bila kena settle kan dokumen-dokumen dengan setem hasil, nak mati setem la, seriously aku cakap aku takde masa nak hadap semua benda ni. Eksyen gilooo masa tuh, aku tengok orang lain duk susah payah, aku pandang sebelah mata je. Adeiii, bagi aku takde beza mana pun ujrah ke tak ujrah. Bayar tetap kena bayar.


Then, sejak bila aku mula bukak mata berkaitan hal ptptn ni? Tak lain tak bukan bila discount 10% dan 20% diuar-uarkan dalam Bajet 2012. Niat hati ni memang kalau boleh nak bayar habis, terus dapat discount 20% tapi takpelah. Aku lebih suka mengamalkan bayar sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Giteewww lah katakan. Tapi aku still tak boleh bezakan sangat lah antara ujrah dengan tak ujrah. Apa kelebihan sangat ujrah tuh???


Nahhh, amik kau kasi berdarah mata yang menengok nya!!




Ini statement tahunan bagi peminjam tegar yang kaya raya, yang degil tak nak apply ujrah!! Hamekkauu, yang tak paham tuh mari aku summarize kan ape benda semua ni. Kita penat dah bayar RM750 (refer no 3) tapi kos pentadbiran yang melampau-lampau RM585 (refer no 5). Total jumlah yang dibayar sebenarnya dalam  RM200 jew. Penat tak? Rasa macam down gila sampai nak bersumpah taknak bayar lagi. Nasib baik aku ni jenis yang tenang dan sabar *uhuk-uhuk*.







Ini pulak statement tahunan bagi yang apply ujrah (tak tahu rembat siapa punya, mintak maap ye tuan badan). Kos pentadbiran dia memang buat air mata aku bercucuran. Lagi parah bila tengok baki akhir dia dah turun ke angka 19k. Nampak macam 19 hengget je kan. Yang kat atas tuh padan muka, pinjam 21k, habis tu yang duk bayar bulan-bulan nampak gaya memang bayar untuk bunga sekali dengan pasu bunga jew. Itu yang makin bertambah-tambah!!


So, 2 3 hari lepas otak aku dah berpusing-pusing duk pikir camane aku nak settle pasal ujrah ni sebab aku baru dapat tahu yang ujrah ni akan ditutup pada 31/12/12. Homaigooooodd, sempat tak ni? sempat tak ni?
Dokumen-dokumen malasnye lah nak isi, nak mati setem lagi. Hadoiiiiyai.







Pagi Sabtu ( 29/12/12 ), aku bawa diri sorang-sorang ke KL Center. Takde sape nak teman, padan lah muka tuh, suka buat kerja last minit. Orang banyak keje, mana sempat nak teman. Luckily, PTPTN One Stop Center mengubah hari ku menjadi ceria.


Tadaaaaa...



Layanan memang superbb. Aku puji sebab diorang tahu tanggungjawab, hari Sabtu kan kerja half day. Paham-paham lah mesti ramai yang datang. So kaunter ada 13 semua. Bagus!! Dan semua kaunter tu berfungsi. Tak macam kat Pejabat pos, ada 5 kaunter tapi yang beroperasi biasa 2 kaunter je. Memang fed up!


Finally, aku berjaya apply ujrah!!! So, bagi sesiapa yang pernah ada pemikiran macam aku dulu, silalah buka mata, buka telinga, buat siasatan mana yang terbaik untuk diri sendiri. Berubah demi masa depan!! Sekali lagi aku nak tegaskan " Hutang wajib dibayar", walau sesempit mana hidup kita tapi kalau kita ada niat nak bayar hutang, Insyaallah Allah akan permudahkan jalan. Amin.





3 comments:

aienzunnur said...

Bgs la yani ni.boleh jadi duta ptptn..hehe

Mar Yanie said...

ahahaha..malu weh..klu jadi duta JPA or MARA okay gok..

mynameisYAT said...

so azam 2013, setelkan terus utang ptptn. Jom!