Wednesday, April 27, 2011

Bagaimana untuk dapatkan kulit halus, mulus dan gebu?




Ronasutra Mineral Powder






Yer, percayalah yang saya sedang cuba untuk meyakinkan/mempengaruhi minda kamu semua dengan Ronasutra Mineral Powder ni. Memang sesuai especially kepada sesiapa yang malas nak pakai foundation tebal tebal sebelum tepek bedak kat muka tu.


Sesiapa yang rasa gusar nak pakai sebab tahu kulit muka alergik, sensitif sila hentikan kegusaran anda sekarang. Kenapa? Haaa, meh la nak gebang sikit. Bedak ni jenis loose powder ala-ala bedak baby jonhson.


Bedak ni diperbuat daripada 100% tanah galian asli dan bahan mineral terpilih untuk melindung, merawat dan merapi wajah. Tak nampak ke semua tu adalah semualajadi? Takde nak lebihkan bahan kimia yang plastik semua tu!


Kenapa masih taknak cuba? Rugi beb!

Apa yang penting;
  • HALAL! Boleh dipakai pada waktu solat.
  • Takde tarikh luput-jimat bukan?
  • Boleh dipakai walaupun untuk tidur malam. Tak mudarat. Takyah nak tepek bedak sejuk macam hantu.
  • Tak perlu pakai foundation 
  • Boleh merawat jaerawat, jeragat, resdung, menyamarkan parut jerawat (yang mana susah nak percaya yang ini tapi kamu harus percaya!)

Harganya boleh tahan mahal RM48. Tapi kalau beli dengan saya murah jer..:D

Sesiapa yang berminat boleh tanya sekarang jugak. Saya buka kaunter pertanyaan.

Sila jangan malu.:D

Saturday, April 23, 2011

Maharaja Lawak Minggu-4 Part-2 Jozan

Thursday, April 21, 2011

Esok boleh?

Just now i had tons of idea to jot down here. Entah mana pergi idea-idea tu. Menyampah!  Esok-esok la yer.



Nunyte~

Tuesday, April 19, 2011

Rambang mata


Seriously i'm telling u, when we are surrounded with 'ohsome' things automatically we have no idea which one we should choose. At the end, yang hodoh/buruk jugak yang dibelinya. T T


some people used word 'mabuk warna' to express the feeling where u cant choose the one that u really like.

So many choices.....plus colourful....plus with very up-to-date style



why oh why? i just dont understand kalau yang display kat patung semua nampak gorgeous tapi bila balik tilik depan cermin huh buruk.


Lastly, just wanna say that this is for Hari Raya hahaha..Biasa la perempuan-perempuan sentiasa cepat bab-bab macam ni..Dah lumrah..:D


*ppppsssstttt, puasa ganti camne??

Wednesday, April 13, 2011

Gorgeous You!



Siapa tak mahu cantik woh? Dwit dalam bank beribu-ribu buat apa simpan-simpan? Guna, guna, guna!


Kalau nak cantik, pe de hal berhabis sikit sebanyak kan. Tapi mintak jauh la 'nak jadi cantik, silap-silap dapat hazab'.. :D


Nak citer ni, hari ni I got something yang memang menggembirakan hati . I memang tak boleh biarkan dwit banyak-banyak kat dalam bank. So, apa lagi keluarkan la tadi. Tak banyak pun, ada dalam RM10 ribu jer keh3.


Guess what?? I bought new supplement. Haa, ye la tu supplement untuk kecantikan dalaman and luaran. Maklum lah bila umur meningkat ni macam-macam nak cuba. 


Dulu I pernah post kat belog pernah minum Innershine. Tapi macam takde effect sangat kot. Asyik berak berak berak but it means that ia bagus untuk sistem pencernaan kamu. Orang kata kena continuosly baru dapat tengok effects nya. Cahaya akan terpancar kat wajah sebab toksin dah banyak buang kan macam yang Maya Karin cakap 'Tak pakai mekap pun kulit tampak cantik'.  Masalah nya saya ni kalau boleh malam ni minum sebotol esok nak terus cantik. Huh! Tu yang tak tahan nak tunggu lama-lama.


Then, this morning tetiba nak try Soy Collagen keluaran Nur Beauty Line. Harga RM 39. Ada 10 sachet kat dalam. Ada 2 jenis taw!

Ini yang paling basic la RM29 ada 10 paket kat dalam.

Boleh nampak tak tagline dia? Rahsia Muda Jelita! Awwwwww..Kelaasss gitu.



Sama jer fungsi dia cuma yang ni ada EXTRA collagen!!


  Okay, rasa-rasanya yang mana satu yang I dah beli tadi? Oh yeah. Mestilah yang 2nd pic. Terus nak guna yang EXTRA collagen kan. Ape kelasss guna yang kurang collagen. Kan? Kan? Hello, i'm not that kedekut-type person untuk benda-benda kecantikan camni. Tapi kalau nak beli buku-buku pelajaran,memang pikir panjang jugak nak beli ke tak..:D


Testimoni: Tadi baru jer teguk 1 gelas Soy Collagen. Senang je nak buat. Guna 1 paket taruk dalam gelas then kacau dengan air suam. Peringatan! Wajib guna gelas sebab ia teramat pekat.

Kalau korang tanya apa perasaan? Macam mana rasanya? Okay, pengakuan jujur. I rasa nak muntah sebab over-saturated. Pekat yang amat. Tambah lagi korang bayangkan Soya+susu tepung apa rasanya? Tapi saya tak rasa pun collagen nye camne kih3.

Habis minum tu tiba-tiba rasa muka tegang. Dalam hati hehe berkesan jugak yer. (Imaginasiku semata-mata).

Selamat terpengaruh dan mencuba yer. Orang cakap kalau nak beli supplement ni kalau boleh beli yang ada collagen baru berkesan cepat sikit. Pergi belek innershine takde collagen pun. T T

TQ.

Tuesday, April 12, 2011

Kawan jadi lawan.

Masa belajar kita kawan.
Masa makan kita kawan.
Dalam kelas saling tolong menolong.
Saling back up meng'back up' bila kena marah dengan cekgu.
Sama-sama ponteng kelas.
Sama-sama pernah takde duit.
Selalu kongsi makanan.


Tapi..

Bila cakap pasal interview,
kawan boleh jadi lawan.
Masa ni la tiada lagi istilah kawan.
Kalau siapa masih nak jaga istilah kawan-kawan,
memang rugi!
Sama-sama akan compete untuk dapatkan job yang satu.
The best will win.


*Tapi ni bukan kawan makan kawan okay. 


Congratez to my friend sebab dapat jadi guru Mara. Wish u all the best. :D 

Monday, April 11, 2011

Nak habaq mai kami pi kedah.



Quick update sebelum tido.


Yay, I mish my belog so much. Lately, terasa rajin nak update belog sebab sebab sebab ini semua sebab takde kerja! Macam ni la life seorang penganggur kerja dia mengalahkan semua orang..on9 25 jam sehari.


Actually, I still in mood teruja lepas balik dari Kedah. Dah lama kot tak pergi sana. It almost 5 years. Time tu belajar kat Kolej Mara Kulim. Tapi macam biasa, memang satu keajaiban kalau saya akan ingat selok belok jalan kat sana. Haram satu benda tak ingat.


I takde la hebat sangat Geografi tapi bab-bab lukis peta ni memang lawa la sebab tekap guna kertas minyak. :P


Tolak ke tepi dulu bab jalan-jalan ni. I had an important mission. Ingat saja-saja ker nak pegi jalan-jalan kat sana. Kalau takde hal-hal penting memang takdenye nak berholiday ke apa ke. I went to Kedah erm no! actually Jitra or to be more precise Kubang Pasu to attend an interview.


Tapi taknak cerita lagi la pasal interview tu. Tunggu next post (again! bajet orang nak baca belog ni) 




Goodnyte guys. Have a sweet dream. :D



Thursday, April 7, 2011

Menangis.

pehhlisss..i really really need to cry....T T


It almost 4 months after I attended the MARA interviewed. And I nearly forget about it until one of my friends, Ena, called me just now. She sounded very happy. Just to inform me that she got the second chance to be interviewed for jawatan guru MARA this upcoming Monday at MRSM Kubang Pasu. Wow, jelesh weh! I told her that I didnt got any calls. 


After we ended our converse, I noticed that I got 5 miscalls!!! Sepantas kilat, I checked who are the "miscallers" ngeh3. Forgive me for a very poor grammar. My eyes were caught on the number from 'utagha area'. Maybe?? Maybe?????




Buang masa apa lagi?? Cepat call!! And it's true!! It's MRSM Kubang Pasu. Unfortunately, they told me that the person who called me just now has gone. Oooppss, I mean sudah balik. So, takde sape ke yang boleh bagitahu saya kenapa orang tu call? Orang tu akan call balik ke esok? How come they said 'Kami tak tahu'.. 


Aaaarrrrggghhhhh, mungkinkah penantian saya perlu dihentikan sekarang?? Jangan tunggu lagi. Lupakan saja angan-angan nak jadi cekgu. 




Dan sekarang, I sedang belek-belek newspaper part 'jawatan kosong'. Maybe i'll try to apply for jawatan pemandu lori. Serius banyak kosong. Okay, thank you.









Tuesday, April 5, 2011

Salah ajar,kurang ajar.


Assalamualaikum

Apa beza mengajar dan mendidik? Nampak sama tapi tak sama. Hakikatnya semua orang pandai mengajar tapi bukan mendidik. Mengajar mudah, mendidik agak sukar.

Salah mengajar hasilnya kurang ajar, salah didik hasilnya derhaka. Paham? Hari ini, semua orang berpelajaran tapi moralnya sangat rendah.

Peluang untuk semua orang adalah sama rata. Tiada diskriminasi. Bumi bertuah ini bukan hanya untuk orang Islam tapi pelbagai bangsa dan agama untuk hidup bersama.

Kalau kita mengajar anak-anak muda 'berkongsi', suatu hari nanti mereka akan amik kisah hal orang sekeliling. Tapi kalau kita pisahkan mereka ini, macam sekarang yang berlaku realiti depan mata "kau-kau dan aku-aku, apa aku peduli sama kamu".


Adakah ini bentuk masyarakat '1 Malaysia' yang kita idam-idamkan?




Petikan dari Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Dilema Melayu Kini



*Tajuk peerrrggghhh nak yang hebat jer sehebat Dr. Mahathir
(menangis air mata darah)*


Hai! Assalamualaikum...


Lately, i've been thinking to blog about serious thingy. The unsolved issues. Tapi takut kena saman. Feeling macam orang akan singgah baca belog ni. pooodaaah!! But to tell you we have rights to shout out our opinion!




Masa zaman saya study dulu sekolah rendah or menengah, saya sempat lagi belajar dalam bahasa melayu. Fully bahasa melayu okay. Sempat la jugak belajar terms yang sekarang ni kalau kita dengar so wierd macam jujukan aritmetik, persenyawaan, persamaan Al-gebra. Bila masuk matrikulasi terkejut berok kena belajar in fully english lalu jadikan ia sebagai alasan kukuh kat mak bapak kenapa dapat pointer rendah. Tak boleh adapt lagi katanya teheee.


Dah masuk unibersiti, bukan main bangga lagi belajar fully english. Baca buku rujukan semua fully english tapi dictionary kena ada kat tepi la. Tak toleh langsung kat buku-buku yang masih guna bahasa melayu. Memang kalau baca sah kena ulang 10x baru paham. Tapi result hancur jugak! Saya ingat lagi masa nak buat thesis. Abstrak punya part perlu dwibahasa (English and Melayu). Mak ai berpeluh gilos nak translate english kepada bahasa melayu. 

And saya teringat ada member cakap 'kita ni belajar masuk U semua, bahasa Melayu makin dilupakan tapi penggunaan bahasa inggeris tak maju mana pun'. Then, I realized it. Memang betol!


Masa saya duk merempat di rumah kakak kat Banting konon-konon nak cari kerja, sambil tu saya ringan tangan la jugak tolong ajar anak buah buat homeworks. Kesian pulak, kicik-kicik dah kena belajar fully in english. 


Pandangan saya, mereka ni muda lagi. Bahasa melayu tak sempat nak belajar, kat sekolah kena belajar dalam bahasa inggeris. Bila masa mereka nak belajar bahasa melayu?Balik rumah nak kena practice speaking lagi dengan mak ayah kan.


Saya ada terbaca komen kat satu belog ni, orang-orang yang duk area pedalaman ni memang kurang pandai berbahasa inggeris tapi ada jugak yang pandai kan. So, apa kesan nya kalau terus dikerah untuk menggunakan bahasa inggeris? It can be two consequences.
  • mereka akan jadi pandai!
  • mereka terus-terusan jadi tak pandai! haha

Tak paham? Saya pun dah pening keh3. Ini bermakna kalau mereka jadi pandai-Bagus! Kiranya matlamat kerajaan tercapai nak melahirkan rakyat yang pandai berbahasa omputih dan berdaya saing. Tapi kalau mereka gagal-ia akan menjauhkan lagi jurang antara mereka dan orang-orang yang duk kat kawasan bandar.


Kalau semua orang berbahasa inggeris hari-hari duk guna bahasa omputih, nak cakap 'malay terms' pun dah ada bunyik-bunyik omputih macam ayat kat Fatin Liyana's belog (pinjam ye) "Can we still call our country MALAYsia?" But op kosh tak salah kalau belajar bahasa inggeris demi memajukan diri supaya tak out-to-date kan dan dapat bersaing dengan orang lain. Tapi jangan dilupakan terus bahasa kebangsaan kita.

PEACE!!



Monday, April 4, 2011

The Real Sentap.

hahaha..bantai gelak tak henti-henti bila follow twitter @DamnItsCool. Tweets die memang besh sebab betol-betol real!

Jum gelak..


Kita akan SENTAP kalau......

  • Duit topup pakai duit parents, ada hati nak msg awek 24 jam!
  • bila kita tulis mesej panjang2, dia reply 'K' je. Patah ke tangan tu kalau reply panjang sikit?
  • Tengah sedap makan cendol ada lalat plak dlm mangkuk
  • bila ada awek tanya result kau, pastu kau jawap dgn yakin. Bila tanya result dia, dia ckp Rahsia. Celaka kau.
  • bila orang cakap kita gemuk lepas jogging pusing padang 10 round.
  • bila birthday kau takde orang wish dan bagi hadiah.
  • bila ada bau kentut, orang lain asyik pandang² dan senyum² kat kita
  • bila hadiah yang kita bagi, orang buang dalam bakul sampah.
  • bila tunggu lama kat restoran, pelayan tak ambil order. 
  • bila kau tanya soalan, takde orang sudi nak jawab. ouchh.
  • bila kawan baik kau lebih percayakan orang yang baru dia kenal berbanding kau.
  •  bila orang layan kau macam kuli.
  • bila gambar kita yg keluar suratkhabar yg kita frame cantik2 kat rumah, org buat bungkus nasi lemak yg kita makan!
  • bila kawan curi-curi baca SMS kau.
  • bila adik kau buat hal tapi kau yang kena marah dengan mak kau.
  • bila bukak Facebook dapat friend request dari mak bapak kau.
  • bila kawan hacked Facebook, update status 'I'm Gay'.
  • bila kawan yang tiru assignment kau dapat markah lagi tinggi.
  • Order nasi goreng mintak nasi lebih, kalau bayar tak nak lebih pulak? 
  • Kalau kentut semua orang tak ngaku. Tapi kalau duit jatuh memang kau yang punya
  • Berangan nak kurus, tapi still kuat makan & tak exercise.
  • Usaha tak, doa pun tak. Tapi berharap dapat result bagus
  • bila kau update status kat FB, takde orang yang 'Like' atau komen.
  • "Nak pinjam kereta? Ambik la. Aku memang beli kereta tu untuk kau pun." 
  • Aku dah siapkan assignment dah, untuk kau copy paste
  • Artis bila kahwin masuk Nona, bila dah cerai masuk Melodi.

Sunday, April 3, 2011

Anuar Zain - Sedetik Lebih.flv

April Full

 
Memang satu benda pun takkan jadi 
kalau asyik duk menghadap laptop
online 25 jam sehari 8 hari seminggu.