Assalamualaikum
Apa beza mengajar dan mendidik? Nampak sama tapi tak sama. Hakikatnya semua orang pandai mengajar tapi bukan mendidik. Mengajar mudah, mendidik agak sukar.
Salah mengajar hasilnya kurang ajar, salah didik hasilnya derhaka. Paham? Hari ini, semua orang berpelajaran tapi moralnya sangat rendah.
Peluang untuk semua orang adalah sama rata. Tiada diskriminasi. Bumi bertuah ini bukan hanya untuk orang Islam tapi pelbagai bangsa dan agama untuk hidup bersama.
Kalau kita mengajar anak-anak muda 'berkongsi', suatu hari nanti mereka akan amik kisah hal orang sekeliling. Tapi kalau kita pisahkan mereka ini, macam sekarang yang berlaku realiti depan mata "kau-kau dan aku-aku, apa aku peduli sama kamu".
Adakah ini bentuk masyarakat '1 Malaysia' yang kita idam-idamkan?
Petikan dari Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
No comments:
Post a Comment